Apakah itu Blog?
Secara
umumnya, Blog merupakan satu laman yang digunakan oleh individu untuk tujuan
peribadi seperti menceritakan tentang kehidupan diri sendiri atau dalam erti
kata lain sebagai satu diari. Terdapat juga blog yang digunakan untuk aktiviti
perniagaan.Kini blog merupakan satu medium yang menjadi tumpuan para ahli
politik untuk menyebarkan ideology masing-masing. Semakin hari penggunaan blog
semakin bertambah dan setiap blog tersebut masing-masing mempunyai tujuannya
yang tersendiri.
Blog
Xiaxue
atau nama sebenarnya Wendy Cheng yang merupakan seorang blogger terkenal
berasal dari Singapura dan lebih kurang 40 000 pengguna yang akan berkunjung ke
blognya setiap hari. Hal ini kerana pelbagai perkara yang sensasi dimasukkan
dalam blognya. Blog ini merupakan blog yang sangat tidak digemari kerana
terlalu terbuka.
Pemilik
blog ini seorang yang sangat berani dalam mengeluarkan kata-kata yang boleh
menjejaskan reputasi orang lain. Dari segi kandungan yang dipaparkan jelas
membuktikan bahawa beliau merupakan seorang yang sangat berani dalam mendedahkan
perkara yang berlaku dalam kehidupannya. Penulis blog yang sebegini menyebabkan
sesebuah blog akan lebih mendapat sambutan dalam kalangan blogger yang lain.
Berdasarkan
isi kandungan blog ini kita mendapati bahawa budaya seperti ini boleh membentuk
satu budaya baharu iaitu penggunaan blog dijadikan tempat menjatuhkan maruah
individu atau pihak yang lain. Blog ini tidak digemari kerana kurangnya
fakta-fakta yang boleh memberi faedah kepada pembaca.
Pernahkah anda
mendengar mengenai blog Tun Dr Mahathir?
Blog
beliau yang dikenali sebagai nama Chedet telah mendapat perhatian para pengguna
blog di Malaysia dan juga luar negara. Blog ini lebih menjurus kepada isu-isu
politik dan dan idea-idea mengenai sisitem pemerintahan dalam negara. Blog
ini merupakan blog yang sangat digemari kerana blog ini lebih menggalakan
pembaca berfikir mengenai info-info serta idea yang dikongsikan. Pemilik blog
juga seorang yang sangat professional dalam melahirkan idea serta info tanpa
menggunakan sebarang kenyataan yang berbaur kebencian dan hasutan.
Salah satu
info yang sangat menarik iaitu mengenai pembinaan Jambatan yang menghubungkan Malaysia
ke Singapura. Dalam kenyataan ini beliau telah menyatakan kekecewaannya apabila
projek ini ditolak oleh Perdana Menteri Malaysia kita.
Menerusi
info-info kita dapat melihat bahawa blog ini lebih menceritakan mengenai
perkara yang sebenarnya berlaku dalam dunia politik. Maklumat sebenar agak
sukar diperoleh kerana media-media kini tidak akan menyiarkan perkara yang
sebenarnya berlaku. Kewujudan blog kini telah mendapat perhatian setiap
masyarakat kerana lebih banyak info yang boleh diketahui berbanding media lain
seperti di televisyen,radio, dan akhbar.
Penggunaan
blog yang semakin meningkat dari tahun ke tahun ini agak menggugat media yang lain dan pada pendapat anda adakah
blog akan mengatasi sumber informasi yang lain pada masa depan? Bersamalah kita
merenung kembali sistem politik,ekonomi dan sosial negara sebelum kewujudan
blog-blog ini dengan hari ini.
Penggunaan blog kini semakin menjadi pilihan masyarakat jika dibandingkan media lain untuk mendapatkan maklumat. Namun kebanyakkan blog kini digunakan oleh ahli politik negara semata-mata untuk menyebarkan ideologi mereka sahaja sehingga boleh mewujudkan sentimen antara kaum dan huru-hara dalam kalangan masyarakat. Berbanding dengan zaman dahulu dimana masyarakat hanya menggunakan blog sebagai tempat untuk mendapatkan maklumat yang berinformasi sahaja.
ReplyDeleteTidak mustahil jika suatu hari nanti blog dapat mengatasi media-media lain di negra kita. Persoalannya, dimanakah letaknya kredibiliti media lain seperti akhbar, radio dan televisyen sehingga masyarakat lebih tertumpu kepada blog untuk mendapatkan sesuatu berita.
Pada pandangan saya media baru seperti blog merupakan salah satu platform yang sesuai untuk bersuara atau mengeluarkan pandangan atau pendapat memandangkan negara kita Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi iaitu kebebasan bersuara. Setiap orang boleh memiliki blog yang tersendiri dan blog boleh diakses dimana sahaja selagi ada rangkaian internet.
ReplyDeleteMelalui media baru iaitu blog, kita bebas utnuk melontarkan padangan, kritikan, cadangan atau perkongsian terhadap sesuatu perkara. Namun penggunaan blog ada hadnya dan bukan untuk tujuan fitnah yang boleh memecahbelahkan masyarakat. Baru baru ini, seorang blogger kontroversi iaitu Alvin Tan telah memuatnaik video yang menghina azann dalam blog beliau. Ini telah menimbulkan kemarahan bukan sahaja masyarakat Islam malah masyarakat bukan Islam di Malaysia. Dalam hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum, kita haruslah menghormati antara satu sama lain. Walaupun kita bebas untuk bersuara melalui blog, namun kita tidak seharusnya menyentuh perkara yang sensitif yang boleh menguris perasaan orang lain.
Selain itu, pada tahun 2013 seorang blogger yang dikenali sebagai papagomo telah difailkan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan menfitnah. Dalam saman fitnah tersebut, beliau terpaksa membayar tuntutan sebanyak RM 100 juta. Ini menunjukan penyalahgunaan blog dalam kalangan blogger.
Kesimpulannya, kita haruslah menggunakan media baru seperti blog secara rasional dan beretika iaitu memberi pandangan yang bernas, kritikan yang membina, pandangan berasakan fakta dan tidak untuk bersikap membuta tuli.
Blogging dan masyarakat sekarang bukan sesuatu perkara yang baru. Blog dijadikan platform untuk melontarkan pandangan, menyuarakan rasa tidak puas hati, diari kehidupan dan sebagainya.
ReplyDeletePerkongsian maklumat atau pandangan di dalam blog perlulah secara berhemah. Kebanyakan masyarakat kini hanya pandai berceloteh tanpa berfikir dengan waras tentang apa yang mereka lontarkan.
Pertumbuhan blog pada masa kini juga diibaratkan seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Terlalu banyak pendapat yang dinyatakan oleh penulis-penulis blog telah menyebab kerunsingan terhadap sesuatu perkara yan baru kerana terdapat pelbagai pendapat dari sudut yang berbeza. Sejujurnya, sekiranya terdapat perkongsian laman blog untuk mengetahui sesuatu isu, saya lebih cenderung untuk mengabaikan laman blog tersebut.
Blogging is becoming popular nowsaday. The blog is being used as a diary before, people will write about their daily stuff over there. However, today's blog is going to another level. The blogger uses blog to write news, critique others, and increase their reputation.
ReplyDeleteI think blog is actually threatening the other media, especially the newspaper or online news. In a newsroom, every news has to under filtration. The reporter has to be very careful in their writing, be aware of the sensitive issues. The head of department in the newsroom has the power to choose what news is suitable for publishing or not. If they are making any mistake, this might affect the reputation of their company.
However, blog is a free platform. There is no cost in creating a blog. Therefore, blogger is able to express and write anything they want. Blogger is able to reveal the real story behind that cannot find in the newspaper. This is why there are some political blogs becoming so popular because readers love to read the fact.
Nevertheless, I think readers should read those online blogs carefully. Some of the writings in blogger do not have any sources, it might be only just a fake story that use to attract reader and increase the blog reputation. Thus, all readers should not only trust the information from the blog and be a smart reader!
In my opinion, blog act as an important medium for people to express their ideas, opinions and experiences. Nowadays, people like to have their discussion on current issues at blog instead of just read it from newspaper. They can read other people’s comments to look at the current issues from different perspectives and they can comment on it as well. It is only fair to people especially those who stay in the democracy country as they can make their own choice in order to stand at which point they believed to be truth.
ReplyDeleteThere are many business men also create their own blog. They share their experiences and tips on ways to be a successful business man. At the same times, there are many company use blog to promote their products and services in order to reach their target audiences. There are certain political men create blog to promote their ideology as well. On the other hand, there are some peoples who create blogs just to gather more information and know more about current issues. So, as we can see that blog plays an important role in the society and it have plenty of uses depends on how people using it.
The only bad thing about blog is readers felt difficult to identify the article written or share by blogger whether it is true or fake as many blogger use second identity on their blog and they do not felt any responsible on the content of the article shared by them. So, blogger should use their blog wisely and do not simply trusts on any articles easily by understand the surface meaning of the articles only.
Pada pendapat saya, blog merupakan satu bahan bacaan yang menyeronokkan. Hal ini demikian kerana penulis bebas menyuarakan semua pendapatnya tanpa sekatan atau tapisan mana-mana pihak. Oleh yang demikian, isi-isi yang terdapat di dalam penulisan blog adalah lebih santai dan dapat menarik minat membaca dalam kalangan belia.
ReplyDeleteMeskipun begitu, hasil-hasil penulisan blog kebanyakannya adalah bersifat pendapat individu semata-mata. Tidak semua pendapat yang disuarakan adalah betul. Akibat daripada perbuatan ini, terdapat segolongan masyarakat yang tidak dapat membezakan antara fakta dengan pendapat dan menyebabkan berlaku salah faham dalam kalangan orang ramai. Penulisan-penulisan blog juga boleh dikatakan tidak berkredibiliti kerana sumber informasi penulisan ini adalah tidak sahih atau tidak kukuh. Masyarakat Malaysia masih boleh dikategorikan sebagai konservatif dan perlu berhati-hati ketika menulis sesuatu untuk mengelakkan salah faham oleh pihak-pihak tertentu.
Meskipun begitu, Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bergiat aktif dalam penulisan blog untuk menyuarakan pendapatnya terhadap kerajaan Malaysia pada ketika ini yang mengalami bermacam-macam krisis. Meskipun menggunakan kaedah penulisan blog, blog seperti ini merupakan salah satu contoh blog yang berkredibiliti kerana author atau penulisnya merupakan seorang yang sangat dihormati di Malaysia pada hari ini.
Hai inphiniti..
ReplyDeleteBlog bukannya benda yang asing lagi pada masa kini. Malah ia telah digunakan sejak dahulu lagi. Jika dilihat melalui beberapa blog seperti masammanis.com, kebebasan dalam menyampaikan segala perkara melalui blog tanpa batasan selagi tidak menyalahi hukum serta polisi yang ditetapkan oleh kerajaan.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa ada sesetenfah pihaj menggunakan blog untuk meluahkan pendapat serta mengkritik parti-parti tertentu. Perbincangan dalam blog akan menjadi lebih hangat apabila timbulnya komentar-komentar yang tidak relevan berkenaan perkara yang dibincangkan. Hal ini menimbulkan perbalahan antara dua atau lebih pihak yang tidak menyokong perkara tersebut.
Kesimpulannya, blog bertujuan sebagai medium perbincangan secara tidak formal. Tetapi amatlah tidak baik sekiranya ia digunakan untuk menjatuhkan reputasi mana-mana pihak. Sekian
I wish to express more on Singapore's Blogging Industry. Singapore's blogging industry has always been very competitive. The bloggers such as XiaXue and other bloggers under the GushCloud company earn revenues through blogging. The bloggers compete with each other to get advertising revenue. The blogging trend in Singapore can result in positive and negative impacts.
ReplyDeleteFirst of all, active blogging industry allows more people to share their opinions. In many countries, blog is used to express opinions of those who are being suppressed. The country can be free of monopoly and one-sided dissemination of information only from the government or power holders.
However, when competition is too fierce, the bloggers tend to go overboard. Just like XiaXue and Grace in the case mentioned, the both of them spoil each other's reputation online (an almost invisible space). Personal attack and cyberbullying followed after the fierce competition. Only the fittest survives, so the bloggers would do anything to beat their competitors.
Hai Inphiniti!
ReplyDeleteBlog akan mengatasi sumber informasi yang lain pada masa depan? Pada saya tidak sama sekali. Kenapa? Sebagaimana yang kita tahu, blog direka dan ditulis oleh orang perseorangan. Maka, penulisan dalam blog tersebut juga lebih kepada pandangan diri sendiri yang mana merangkumi kenyataan yang berat sebelah dan mungkin juga menghentam pihak lain. Sepertimana yang diberitahu oleh penulis, blogger dari Singapura tersebut juga bersifat bebas dimana menyampaikan kata-kata mengikut perasaan beliau sahaja. Jika beliau tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kerajaan maka beliau akan menyatakan rasa tidak puas hati beliau dalam blog beliau. Kata-kata yang dilahirkan timbul daripada perasaan tanpa berfikir terlebih dahulu hanya membawa kepada kata-kata negative semata-mata, maka haruskah ianya dijadikan sumber informasi?
Bahkan dalam bidang akademik juga rujukan dari blog tidak dibenarkan walaupun blog tersebut merupakan blog dari authority yang sebenar contohnya, blog Tun Dr Mahathir. Pada saya, sumber informasi dalam blog tidak boleh dipercayai seratus peratus kerana sesiapa sahaja boleh menjadi blogger dan sesiapa sahaja boleh menjadi Tun M, boleh menjadi Perdana Menteri. Tambahan lagi, sebilangan masyarakat kini hanya ingin mencipta nama melalui penulisan beliau di dalam blog walaupun sebenarnya cerita yang ditulis tidak benar sama sekali. Contoh terbaik adalah blog eksidenz. Baru-baru ini, blog ini mendapat perhatian warga Facebook kerana artikel yang ditulis berkaitan lumba haram kereta Myvi yang membawa kepada kematian tiga beranak di jalan DUKE. Setiap hari akan ada entri-entri baru yang ditulis oleh blog ini, walaupun sebenarnya tidak dikeluarkan oleh mana-mana surat khabar atau berita buletin di stesen televisyen Malaysia. Selepas pembacaan saya terhadap blog ini, blog ini sangat marah akan pemandu Myvi tersebut dan menimbulkan lagi kemarahan pembaca dengan menyatakan perangai teruk pemandu Myvi tersebut. Nyatanya, kehadiran blog ini hanyalah minyak yang memarakkan lagi api yang sedia menyala.
Kesimpulannya, hari ini, kewujudan blog ditulis bukan sekadar perkongsian maklumat sahaja. Banyak faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat mula berminat untuk mewujudkan blog masing-masing. Bezanya, tujuan dan kesan blog tersebut kepada pembaca. Namun, seperti apa yang saya katakana, blog tidak boleh dijadikan sumber informasi yang sahih sebagai rujukan.
Saya yakin majoriti masyarakat kini mempunyai blog. Pada pandangan saya, kewujudan blog dapat meluaskan lagi platform bagi masyarakat untuk melontarkan pandangan dan berkongsi ilmu. Walaupun sesetengah blog mengandungi unsur-unsur negatif seperti fitnah dan sebagainya, namun terdapat lebih banyak blog yang sangat berguna untuk kita.
ReplyDeleteKadang kala saya mengalami kerunsingan untuk mencari idea dalam membuat tugasan, saya akan melayari blog-blog untuk memberi bayangan bagaimana atau apa yang perlu saya lakukan dan fahami. Tetapi, saya tidak suka menulis blog kerana saya tidak biasa untuk menulis dan mempamerkan kepada khalayak ramai.
Saya amat berterima kasih kepada penulis-penulis blog kerana menulis sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh orang ramai. Perkongsian ilmu sangat berguna bagi semua lapisan masyarakat. Oleh itu, jika sesiapa ingin menulis blog, saya ingin sarankan agar penulisannya lebih berbentuk ilmiah dan perkongsian pengalaman yang santai.