Friday, 1 May 2015

[W7b] LGBT: Penyebaran Menggunakan New Media

Pemaparan LGBT di dalam media merangkumi positif dan negatif. Apabila difokuskan di dalam Malaysia sahaja, sudah tentunya golongan-golongan LGBT ini menerima kutukan yang padu oleh masyarakatnya yang rata-rata masih berfikiran konservatif. Lain pula penerimaan dari masyarakat luar negara bilamana mereka lebih bersifat terbuka terhadap kewujudan komuniti LGBT ini. Penerimaan masyarakat luar terhadap LGBT dapat dilihat apabila mereka berani memaparkan kisah cinta sejenis di dalam kaca televisyen. 

Terdapat beberapa rancangan televisyen yang terkenal memaparkan kisah-kisah ini, antaranya ialah Grey’s Anatomy, Degrassi, Ugly Betty, Orange Is The New Black dan Glee. Tujuan mereka ‘mempromosikan’ LGBT ini di dalam rancangan mereka adalah untuk menunjukkan  sokongan terhadap golongan ini kerana bagi mereka setiap manusia berhak memilih jalan hidup masing-masing dan tidak patut ditindas hanya kerana seseorang itu berbeza daripada orang yang lain.

Namun begitu, hal ini merisaukan banyak pihak kerana walaupun rancangan-rancangan sedemikian membawa mesej yang baik, namun interpretasi daripada semua orang berbeza. Golongan muda, terutamanya senang dipengaruhi. Mereka mungkin akan berasa homoseksual itu amat menyeronokkan kerana pelakon yang mereka gemari itu amat bahagia sebagai LGBT di dalam rancangan tersebut!



Glee.. adakah peminat Glee mungkin terikut-ikut trend?

            Golongan-golongan LGBT ini semakin berani dalam mempersembahkan dirinya di depan khalayak. Malah, ada juga beberapa orang yang memilih gaya hidup LGBT sebagai cara untuk mendapatkan pendapatan. Apakah benda pertama yang terlintas di dalam minta anda sekiranya anda tendengar soalan seperti “Kami menawarkan khidmat seks ataupun rumah urut” ditujukan kepada anda? Sudah tentu secara automatik kita akan mengaitkan kaum hawa dengan perbuatan itu, bukan?  Namun hal ini berbeza sekiranya individu-individu yang menawarkan perkhidmatan tersebut adalah seorang lelaki. Mereka yang berbekalkan wajah yang ‘jambu’ dan berbadan ‘sado’ ini digelar ‘Money Boy’ dan bergiat aktif di dalam sosial untuk mencari pelanggan yang memerlukan perkhidmatannya.

            Seperti yang dikhuatiri, sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan teknologi baharu untuk melakukan benda yang tidak senonoh sedemikian. Antara bahayanya ialah mereka yang kesempitan wang akan menjual badan sendiri. Selain itu, penyakit AIDS juga akan meluas sekiranya aktiviti sedemikian dipromosikan melalui SNS yang sering diguna oleh rakyat Malaysia.

Metro, 26 April 2015... artikel berkatain Money Boy 
            Jelaslah bahawa golongan-golongan yang tergolong di dalam kumpulan LGBT ini semakin berani di Malaysia. Perkara ini sangat membimbangkan sekiranya dibiarkan berleluasa kerana khuatir mereka akan mempengaruhi lebih ramai anak-anak muda untuk menyertai mereka. Namun demikian, kita hendaklah bersifat adil terhadap mereka. Hal ini demikian kerana, kadang-kadang mereka menjadi sedemikian bukan kerana kehendak diri mereka sendiri. Kebanyakan daripada mereka terkesan daripada kehidupan mereka yang sukar seperti didikan ibubapa yang gagal ataupun pernah mengalami gangguan seksual di usia yang sangat muda. Hasil daripada perbuatan-perbuatan ini, wujud di dalam diri mereka tentang perasaan dendam terhadap diri sendiri dan memberontak untuk menjadi lain dari yang lain.

            Namun begitu, kita masih tidak menggalakkan penggunaan teknologi baharu untuk menyampaikan maklumat yang tidak benar dan bersifat negatif.



            Seorang Money Boy yang bernama Zack menjelaskan bahawa tiada siapa di dalam dunia ini yang tidak mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik keesokan harinya. Sudah tentunya kehidupan yang kita miliki pada hari ini selayaknya diperbaikkan di masa hadapan. Lebih-lebih lagi apabila apa yang kita miliki sekarang ini tidak memberikan kesan yang baik terhadap diri sendiri mahupun kepada masyarakat umum.

            Adakah anda dapat menerima aktiviti-aktiviti mereka ini yang dipandang hina oleh masyarakat sendiri? Adakah tindakan mereka untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti LGBT di media sosial mahupun tempat terbuka adalah sesuatu yang boleh diterima akal? Tidak semua golongan LGBT itu jahat dan tidak semua golongan bukan LGBT itu baik. Tepuk dada, tanya selera. 

10 comments:

  1. Lesbian, gay, biseksual dan transeksual atau singkatannya LGBT sebenarnya bukanlah perkara baru di Malaysia. Kewujudan golongan ini sudah lama wujud namun semakin popular setelah penggunaan laman media sosial menjadi penghubung manusia zaman kini. Saya tidak menidakkan kata-kata penulis bahwasanya golongan ini bukanlah jahat atau bukan juga dikatakan baik, tetapi sebagai manusia yang sememanganya sudah diberikan akal, mereka harus bijak memikirkan mana yang baik dan buruk. Ya! Mungkin sedari lahir mereka wujud dengan perasaan sebegitu namun agak mustahil usaha untuk berubah ke arah yang positif tidak dapat dilakukan oleh golongan ini.

    Penggunaan media baru sebagai medium baru kegiatan golongan ini. Bukan sahaja sebagai medium baru bahkan golongan ini semakin berani menyerlahkan diri mereka melalui laman-laman sosial Facebook umpamanya. Malaysia Gay Media Sharing dan Lesbian Malaysia seumpamanya, halaman Facebook yang ditubuhkan sebagai medium golongan-golongan ini mendapatkan dan menawarkan khidmat seks dan mencari mereka yang sama interest dengan golongan ini. Jika kita melihat dan membaca post-post dalam laman Facebook LGBT ini, sebenarnya kita tidak menyangka mereka yang bertudung litup, lelaki berpakaian normal juga sebenarnya adalah antara mereka yang melanggan golongan ini. Kata singkatannya, semakin terserlah manusia menggunakan dua identiti di laman media sosial ini.

    Berkaitan dengan persoalan yang ditimbulkan oleh penulis, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan ilmu, sememangnya kewujudan LGBT ini tidak dapat diterima oleh diri saya. Maka, penggunaan media baru ini juga tidak harus dijadikan tempat oleh LGBT sebagai mempromosikan dan memberitahu kepada umum kegiatan mereka. Seharusnya, pihak berkuasa bertindak tegas kerana perkara ini bukanlah perkara sihat dan mengundang masalah sosial dalam kalangan masyarakat dimana mampu mempengaruhi orang lain sedangkan secara asasnya kegiatan seperti ini adalah salah sama sekali.

    ReplyDelete
  2. Hello Inphiniti...
    LGBT di kebanyakan negara terutamanya negara barat adalah sesuatu yang biasa bagi mereka tetapi tidak di negara kita Malaysia. LGBT ini merupakan satu hubungan sejenis yang disebabkan oleh factor-faktor seperti persekitaran serta diri individu itu sendiri.
    Namun, perubahan zaman yang kini semakin mencabar menyebabkan di negra kita sendiri golongan ini semakin meningkat. Dari pandangan mata saya sendiri, LGBT ini tidak masuk akal jika kita lihat lelaki dan lelaki bersuap suapan di kedai makan dan berpegang tangan di pusat-pusat membeli belah. Keadaan ini menunjukan dunia kini semakin mengerunkan kita apabila kita sudah tidak dapat mengenalpasti identity kita sendiri. Malah bukan setakat itu sahaja impaknya juga sangat besar terhadap perhubungan seharian kita. Kita memilih untuk lebih berhati-hati berkawan dengan golongan LGBT ini dan ini menyebabkan satu jurang dalam sesebuah masyarakat.
    LGBT ini juga disebabkan oleh kemajuan dalam bahagian teknologi kerana paparan yang diberikan boleh diakses oleh semua masyarakat dan golonga tertentu terutamanya remaja sangat mudah untuk terjebak dalam LGBT ini. LGBT ini juga adalah salah di sisi agama dan setiap kaum juga mengetahuinya. Oleh itu masalah ini harus dibendung dengan mengenakan satu undang-undang khas kepada sesiapa yang mengamalkan LGBT.

    ReplyDelete
  3. As social science students, we was taught not to discriminate LGBT. As we can see that, LGBT was being negatively critique by society when it is shared in social network site. People should not discriminate LGBT because they are free to be themselves. However, it does not mean that LGBT can share their sex activities or search for sex partner in social network site. Actions should be taken strictly on whoever share their sex activities in social network site.

    Social network site users should know that sex activities are "personal" things and it do not have to be shared to others. Yes, LGBT try to gain support from others via social network site but they should remember that it is important for them to gain support in the correct and manner ways. They can share all their photos with their partners to gain blessing from whole over the world except those sex photos.

    Government should take actions on those who share their sex activities photos and videos in social networking site without discriminate LGBT. Moreover, education to younger generations should be emphasized so that they can become a polite and rational user of social networking site.

    ReplyDelete
  4. LGBT memang tidak asing lagi bagi kita, bahkan golongan ini merupakan sebahagian daripada populasi masyarakat di Malaysia. Jika dikaitkan dengan hak sebagai manusia yang mana setiap manusia diberikan hak untuk memilih cara hidup, ya, mereka sememangnya layak dan berhak. Jika dikaitkan dengan agama pula, semestinya salah. hal ini kerana Tuhan mencipta seorang Adam dan seorang Hawa yang mana kedua-dua ciptaan tersebut berlainan jantina. Tidak pernah dibuktikan bahawa Tuhan mencipta seorang lagi Adam untuk Adam yang pertama. Betul atau tidak? Maknanya, salahlah perbuatan LGBT ini jika dilihat dari aspek keagamaan.

    Walau bagaimanapun, golongan ini harus diberikan peluang untuk mereka merenung kehidupan yanh mereka sedang alami ini. Siapa tahu, suatu masa nanti mereka akan berubah.

    Seteruk-teruk golongan LGBT, teruk lagi masyarakat yang mengutuk, mencaci, menghina perbuatan golongan tersebut di media sosial. Renung-renungkanlah.

    ReplyDelete
  5. Hai Inphiniti,

    Terima kasih atas perkongsian mengenai isu ini. Sesungguhnya isu ini bukan baru diperdebatkan di mata dunia, malah sejak dulu lagi. Cuma yang membezakannya adalah sekarang kita terdedah dengan pelbagai media yang memudahkan maklumat itu diterima dalam masa yang singkat. Jika kita melihat isu ini dari persepektif agama, sememangnya semua agama menolak hubungan sesama jantina samada lelaki dengan lelaki ataupun perempuan dengan perempuan. Sesetengah pihak tidak dapat menerima golongan ini dan bertindak untuk menyisihkan mereka daripada kelompok masyarakat. Namun, siapakah kita untuk menghukum mereka?

    Menjawab kepada aktiviti golongan LGBT mempromosikan aktiviti mereka melalui media adalah tidak relecan sama sekali. Mengambil Malaysia sebagai contoh, saya sangat menentang aktiviti tidak bermoral golongan ini. Hal ini kerana, negara kita sangat dikenali dengan norma-norma masyarakat yang memiliki pekerti yang bermoral. Jangan kerana setitik nila rosak susu sebelangga. Media perlu dikawal ketat untuk membendung kegiatan yang tidak bermoral ini.

    Konklusinya, golongan LGBT ini perlu diberikan perhatian yang khusus oleh pihak tertentu. Mereka masih mempunyai masa depan yang jauh lebih baik. Sekian.

    ReplyDelete
  6. I would like to focus on the impacts brought by new technologies to the LGBT's world. As Inphiniti has mentioned, even television channels are displaying dramas or shows that have LGBT elements. So, it is not surprising to know that LGBT is becoming more common in Malaysia.

    Do not get me wrong, I believe that homosexuality is a nature thing, instead of nurture. However, due to the influence brought by new technologies, I fear the peoples might be nurtured into homosexual lifestyle! Imagine youngsters who have not known himself or herself yet were exposed to LGBT drama on TV, they might want to follow the trend set by the actors or actresses. Imagine when they see Facebook's post which promote the benefits of being homosexual, and they wish they could taste the benefits!

    Youngsters are too young to tell the wrongs from the rights. And as we learned in our lectures, we faced confusion in sexual orientation when we were young. So, using of new technologies to distribute any information about LGBT is not right. What more to say about those SNS pages which have ill-intention to pollute the mind of youngsters.

    ReplyDelete
  7. Pada pendapat saya, LGBT merupakan aktiviti yang tidak normal kerana kita dicipta berpasang-pasangan antara lelaki dan perempuan. Namun, sesetengah negara atau kelompok sosial menerima LGBT sebagai sesuatu yang tidak melanggar norma-norma manusia serta golongan LGBT perlu mendapat hak yang sama seperti pasangan heteroseksual. Walau bagaimanapun, LGBT masih kurang mendapat sokongan ramai terutama sekali di Malaysia LGBT adalah diharamkan. LGBT merupakan kumpulan minoriti di mana suara mereka tidak didengari.

    Oleh itu, dengan kemajuan teknologi kini telah memudahkan semua pihak untuk melontarkan pandangan mahupun menyuarakan pendapat tanpa batasan. Pengaksesan maklumat juga tiada batasan memudahkan lagi penyebaran maklumat terhadap orang ramai.

    Kesan kemajuan teknologi terhadap golongan minoriti seperti LGBT ialah membantu mereka untuk bersuara dan menuntut hak yang sama seperti golongan lain. Contoh drama atau filem yang ditayangkan pada masa kini berkaitan dengan LGBT adalah terkesan daripada teknologi masa kini.

    ReplyDelete
  8. Pendedahan terhadap golongan LGBT melalui media tradisional seperti Televisyen dan media sosial seperti facebook memang sudah tidak asing lagi terutama bagi masyarakat barat. Tambahan pula, terdapat beberapa buah negara sudah mengiktiraf kan hubungan sejenis ini. Golongan LGBT kini seakan-akan boleh diterima dan mereka boleh berkahwin antara satu sama lain. Ini adalah perbuatan yang salah kerana semua agama melarang perbuatan seperti ini.

    Pendedahan golongan ini melalui media seperti Televisyen dan Internet haruslah disekat sama sekali. Ini untuk memastikan kanak-kanak yang menonton televisyen tidak terpengaruh untuk menjadi sebahagian daripada golongan LGBT. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan mereka masih tidak matang serta masih tidak mampu membezakan baik dan buruknya. Melentur buluh biarlah dari rebungnya adalah ungkapan yang sesuai untuk menyekat peningkatan golongan LGBT.

    Kesimpulannya, rancangan televisyen mahupun filem yang berunsur LGBT melalui media tradisional mahupun media baru haruslah disekat di Malaysia untuk mengelakkan gejala ini menular.

    ReplyDelete
  9. Hi Inphiniti, thanks for this interesting article, I couldn’t accept LGBT. I thought they are different and abnormal. I don’t have any LGBT friend before, and less interest and do not know what is LGBT, I think these are the reasons why I ejected them. However, as I exposed myself to know more about LGBT, I can totally understand and able to accept them.

    LGBT group is being critique by society because some of them are involved in sex activities. In the article above also mentioned that, a money boy offers sex deal to a same sex customer to earn money. I think this is why LGBT being looked down and always be criticized by other people.


    New technology is playing an important role in giving impacts to the people. As an example, people able to find out more information of LGBTs from the internet, drama, or online article. People can find out the factors of LGBTs through the internet or any form of new media. For myself, I find out the information from drama. Glee is one of my favorite Western dramas, I watch it since I was 16 years old. This drama involved many LGBT scenes which are cannot find in the local television drama. In the drama, western society sees LGBT as normal, and treat them equally. After I watched, I slowly understand LGBTs, and I am able to accept them now.

    Malaysia is a conservative country, we are less exposed to this kind of situation. However, it does not mean that there is no LGBT in our country. In my opinion, people should understand the situation of LGBTs, put themselves in their shoes, understand about LGBTs before criticized them. Not all the LGBTs are bad, I have LGBTs friend too, they are really nice people and they never do any negative things to me or others.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian ini. Ketika berada di usia yang muda, saya beranggapan bahawa golongan LGBT ini sangat menjijikkan kerana bersifat melawan hukum alam. Hal ini demikian kerana pada pendapat saya, dunia ini diciptakan berpasangan dan bukan yang sebaliknya.

    Namun setelah meningkat dewasa dan melalui proses kematangan, saya mempelajari bahawa kita tidak sepatutnya menghakimi golongan ini kerana mereka bersifat sedemikian bukan kerana pilihan mereka sendiri. Kadang-kadang terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan perkara seperti ini berlaku dan kita tidak berkelayakan untuk menghakimi mereka.

    Namun demikian, rancangan-rancangan televisyen yang mempunyai unsur-unsur LGBT seharusnya ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan atau diharamkan terus daripada bersiar. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak dan remaja merupakan golongan yang paling besar menonton televisyen. Golongan kanak-kanak dan remaja masih memerlukan bimbingan oleh orang yang lebih tua agar mereka dapat memahami maksud yang tersirat oleh rancangan-rancangan ini. Saya khuatir sekiranya mereka menonton bersendirian, mereka akan salah faham terhadap mesej yang ingin disampaikan dan berfikiran bahawa sekiranya mereka terjebak dengan gaya hidup LGBT ini merupakan sesuatu yang tidak salah malah membahagiakan seperti yang dipertontonkan di dalam kaca televisyen. Oleh yang demikian, rancangan-rancangan yang bersifat terbuka ini seharusnya ditapis terlebih dahulu sebelum ditayangkan.

    Hujahan saya di atas bukanlah bermaksud saya mengkritik golongan LGBT kerana terdapat segelintir rakan-rakan saya sendiri adalah berasal daripada kumpulan tersebut. Meskipun mereka dipandang serong oleh masyarakat umum, mereka sebenarnya adalah individu yang baik, malah lebih baik daripada kebanyakan masyarakat umum yang menghakimi mereka. Walaupun begitu, harus diakui bahawa gaya hidup LGBT ini adalah tidak sihat. Oleh yang demikian, sebagai seorang masyarakat yang cakna terhadap pembangunan sosial negara, kita seharusnya membendung perkara ini daripada menjadi lebih parah lagi.

    ReplyDelete