“Games” merupakan salah satu
daripada rutin harian masyarakat pada masa ini sama ada bagi golongan
kanak-kanak, remaja mahupun dewasa. Terdapat pelbagai jenis kategori permainan seperti
aksi, aksi-pengembaraan, pengembaraan, berperanan, simulasi, strategi, dan
simulasi kenderaan, mengikut minat individu tersendiri.
Permainan video memberi kesan positif kepada
pemain. Antaranya ialah dapat melatih individu untuk berfikir dalam membuat
keputusan. Hal ini dapat dilihat apabila pemain perlu memenuhi tugas yang
diberikan dengan merentasi pelbagai halangan untuk mencapai misi. Selain itu,
permainan video juga dapat meningkatkan kemahiran sosial seperti sifat
kerjasama berkumpulan, serta dapat mengeratkan perhubungan antara pemain. Malah, permainan video juga dapat
meningkatkan daya pemikiran kritikal untuk membuat keputusan dalam jangka masa
yang singkat. Pelbagai kategori permainan video mengasah pelbagai jenis
kemahiran dalam kalangan pemain.
Berdasarkan artikel yang
dikeluarkan oleh ABC News yang bertajuk The
Benefits of Video Games menyatakan bahawa dengan permainan video, pengguna
dapat meningkatkan daya pemikiran di samping memperoleh kepuasan. Menurut Daphne
Bavelier, seorang profesor otak dan sains kognitif di Universiti Rochester,
pemain video menunjukkan peningkatan dunia sebenar pada ujian perhatian,
ketepatan, visi dan multitasking selepas bermain gelaran tertentu. Sebagai contoh,
permainan Pac-Man memerlukan pemain untuk mengemudi watak untuk mengutip pellet-pelet
serta mengelak musuh (hantu) dalam mencapai matlamat permainan dengan mengutip
semua pelet tersebut. Permainan ini juga dikaitkan dengan kemahiran memandu
apabila pemandu perlu menggunakan sistem navigasi untuk mengelakkan kesesakan lalu
lintas untuk sampai ke destinasi tepat pada masanya.
http://www.furtherfield.org/sites/furtherfield.org/files/olga_panades_massanet/pac-man.jpg
Walau bagaimanapun, permainan
video sebagai rutin harian juga dapat mengkaburi masyarakat kini sama ada
mereka sedang mengalami ketagihan atau hanya sekadar rutin harian. Terdapat dua
jenis utama permainan video yang menyebabkan dua jenis utama ketagihan terhadap
permainan video.
Permainan video standard
adalah direka untuk dimainkan oleh seorang pemain untuk mencapai sesuatu misi
atau target, seperti menyelamatkan seorang puteri. Ketagihan dalam permainan
ini dikaitkan dengan tekad pemain untuk mencapai misi atau mencapai markah
tertinggi.
Seterusnya ialah ketagihan
yang berpunca daripada permainan video dalam talian yang melibatkan banyak
pemain. Permainan ini menyebabkan ketagihan kerana dimainkan dalam talian
bersama pemain lain yang biasanya tiada pengakhiran. Pemain yang mengalami
ketagihan selalunya lebih gemar untuk menikmati watak dalam permainan tersebut
berbanding hidup di dunia realiti.
Permainan video tidaklah memberi kesan yang
buruk terhadap pengguna, tetapi penggunaan yang berlebihan tanpa mengira waktu
yang menyumbang ke arah kesan negatif kepada pengguna. Menurut Prof Dr Osman
Che Bakar, Pakar Perunding Psikatri UiTM berkata, ketagihan permainan video
yang paling kronik adalah apabila pemain lebih memilih untuk terus bermain
permainan video berbanding untuk mandi mahupun makan yang dipetik daripada
laman sesawang Malaysiandigest.com (http://www.malaysiandigest.com/frontpage/282-main-tile/532172-video-games-ruined-my-life-good-thing-i-have-two-extra-lives.html)
. Hal ini demikian memberi impak negatif
terhadap rutin harian seseorang sepeti makan, tidur, pergi ke kelas dan
tanggungjawab yang lain.
Oleh yang demikian, secara
tidak langsung kita berkemungkinan untuk mengalami ketagihan terhadap permainan
video sama ada sedar atau tidak. Seperti yang dapat kita lihat, masyarakat pada
abad ini lebih menumpukan perhatian terhadap gadget-gadget dan kebanyakannya mempunyai
aplikasi permainan dalam gadget masing-masing.
\
Persoalannya, adakah anda
juga penagih permainan video?
Ketagihan???
ReplyDeleteSaya akui betapa pentingnya kandungan memori dalam telefon untuk memasang aplikasi permainan kerana permainan video melengkapi hidup saya. Sekiranya saya kebosanan, saya akan bermain aplikasi permainan yang telah dimuatturun dalam telefon bimbit saya. Selain itu, sekiranya saya mengalami stress, aplikasi permainan juga dapat mengubat kerisauan yang saya alamai.
Namun begitu, saya tidaklah bergantung kepada permainan sahaja. Sekiranya ada masa lapang barulah saya bermain dengan aplikasi tersebut. Kadang-kadang aplikasi permainan juga membuatkan saya berlengah-lengah untuk membuat sesuatu kerana terlalu leka bermain tetapi tidaklah sampai sanggup berlapar dahaga untuk mencapai target permainan tersebut.
Pada pandangan saya, permainan video adalah salah satu hiburan yang terhasil daripada teknologi. Seperti yang kita ketahui, teknologi memberi kemudahan kepada manusia malah ia juga memberi keseronokan dalam hidup kita seperti wujudnya pawagam yang berteknologi tinggi dengan sistem bunyi yang canggih dan skrin 3Dimensi. Begitu juga permainan video yang dilahirkan searus perkembangan teknologi.
Kesimpulannya, teknologi memberi kemudahan dan keceriaan dalam hidup kita tetapi janganlah kita menggunakannya melebihi batasan kerana ia akan memudaratkan diri kita sendiri.
Kecanggihan media baru terutama dalam Permainan Video memang sudah tidak asing lagi. Baru-baru ini PS4 telah diperkenalkan dan alat permainan video ini lebih 3D dan mampu menarik perhatian pelanggan. Namun permainan Video mempunyai pro dan kontra terhadap pengguna.
ReplyDeleteKeburukan permainan Video adalah mampu membuatkan kita ketagihan sehinggakan kita leka untuk melakukan perkara yang lain . Berdasarkan pengalaman semasa di sekolah menengah dahulu, saya pernah menjadi penagih permainan video kerana saya pernah memiliki PS3( Play Station 3) iaitu sejenis alat permainan. Saya kerap menghabiskan masa untuk bermain PS3 sehinggakan boleh bermain dari petang sehingga malam. Tambahan pula kesan daripada ketagihan bermain PS3 prestasi pelajaran saya merosot. Saya juga kerap sendiri di dalam bilik dan tidak berkomunikasi dengan keluarga semasa bermain ‘game’.
Namun, bagi saya permainan Video mampu memberi kebaikan dari segi kawalan emosi kerana mampu membantu mengurangkan tekanan. Apabila saya berasa stress, saya hanya mampu menghilangkan rasa stress melalui permainan video. Saya akan berasa terhibur apabila bermain ‘game’. Tambahan pula, pada masa lapang dan berasa kebosanan saya akan bermain ‘game’ dan saya telah menjadikan ‘game’ sebagai peneman saya.
Kesimpulannya, kecanggihan media baru seperti Permainan Video ada baik dan buruknya. Kita sebagai pengguna media baru haruslah bersikap matang dan rasional supaya tidak ketagih bermain ‘game’ dalam kehidupan seharian. Baik dan buruk teknologi adalah terletak pada diri kita sendiri sebagai pengguna.
Hai Inphiniti..
ReplyDeleteKetagihan dalam permainan game kini sangat ketara bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak bahkan golongan dewasa juga mengalami ketagihan ini.
Permainan yang disediakan dalam aplikasi semakin canggih sehingga mampu meragut nyawa seseorang individu. Namun bagi saya, saya bukanlah seorang yang fanatik dengan permainan yang disediakan di atas talian ini kerana bagi saya permainan ini sangat membuang masa dan boleh menyebabkan saya sangat tertekan. Peerkara ini menyebabkan saya tidak pernah menyentuh aplikasi permainan yang disediakan.
Permainan yang semakin banyak diwujudkan pada hari ini perlulah didaftarkan terlebih dahulu dan ditapis kerana risikonya tinggi kepada anak-anak kita yang masih kecil. Aktiviti ini juga boleh menjadi penyebab utama kanak-kanak terbantut dari segi akal dan fikiran sekiranya dari kecil lagi mereka didedahkan dengan aplikasi permainan yang tersedia ada.
Hi inphiniti, there is no denying that games actually can make people addicted. I also enjoyed playing games actually. There is one game that actually makes me addict is The Sims. I can sit in front of my laptop and play it the whole day. But my addiction is only in one day. The next day I will go back to my daily routine, do the daily works that I should do.
ReplyDeleteThere are some game applications in the phone or tablet are smart actually. They limit the energy of the players to play the game. As an example, in Farm Heros game, the players only have 5 lives. After finishing all the 5 lives, player cannot play anymore, they have waited the live refill, it might take around half hours to refill all the lives. This is a smart way to solve the addiction problem.
As the article mentioned, playing games also able to increase the skills in the real life, I agree with this point. I used to play games when I was young, my brother influences me. I remembered that when I was in my national services, I scored a high marks in shooting training. Therefore, I think playing games have actually given impact to me.
In my opinion, people should only consider playing games as entertainment, not a daily routine or a necessary task. When we are stressed and need to release the tension, playing games is one the ways. Too much playing will not bring much benefit to us.
Hai inphiniti,
ReplyDeleteSaya juga seorang penagih. Namun apa yang dapat saya perhatikan, saya tidak seperti kebanyakan orang ketagih dengan jenis permainan online seperti Defence of The Ancient (DOTA), League of Legends (LOL), Ragnarok dan sebagainya. Saya hanya meminati permainan yang berbentuk RPG (Role-playing games) yang membuatkan saya seperti menjadi seorang watak utama di dalam permainan tersebut.
Jujur saya katakan bahawa saya sangat ketagih dengan permainan video ini kerana adakalanya saya terlepas waktu makan tanpa saya sedari. Malah, sikap bertangguh juga semakin menjadi-jadi selepas berkecimpung dengan dunia permainan video ini. Kesan daripada aktiviti ini juga membuatkan saya selalu membuat tugasan saat-saat akhir.
Meskipun permainan video meninggalkan kesan yang baik terhadap pemain seperti mengasah minda untuk berfikir dengan cepat, tetapi kesan negatif yang ditinggalkan adalah jauh lebih banyak daripada kesan positif itu sendiri. Saya sehingga kini masih mengalami kesukaran untuk menghindarkan diri daripada bermain video pada waktu lapang. Kepada pembaca di luar sana, lebih baik mencegah daripada mengubati. Maka dengan itu, adalah lebih baik jangan memulakan diri untuk bermain dengan permainan video kerana ketagihannya sukar diatasi.
Sebagai kesimpulan, teknologi sememangnya memberikan kecerian dalam kehidupan. Namun, sekiranya digunakan berlebihan, keceriaan itu mampu bertukar menjadi igauan. Tepuk dada, tanya selera.
Nowadays, young generation are addicted to online games. It is good if they play some games to release stress but it turn out to be harmful if they are addicted to it.
ReplyDeleteThey are many cases happened in whole over the world to show that addicted to online games give negative impact even death. A few years ago, they is a guy from China spends days at cyber café to play online games with friends and he was dead in the cyber café because he did not consume any food or drinks and he not even sleep for few days as well. There is another guy from Taiwan who spends hours to play games and he was indirectly killed his mother because of addiction to online games. His mother was just back from the market and called his name for a few times at the door but he can’t listen to his mother voice because he was playing online games with earphone. Then, his mother was so worry about him and climbed into his bedroom through the door but she accidentally drop down to the bottom of the apartment and it causes death to his mother.
I agree that playing some games can give advantages to us but it will because worst if people are addicted to online games. So, it is essential for teenagers like us to know about the importance of time management so that we will not neglect others important things like doing revision and communicate with family members rather than just focus on online games. It is true that younger generation nowadays can play online games in everywhere and any time as long as they download the apps in their smart phones and Ipad. However, they had to control their mind set to prevent themselves from addicted to online games.
Hai Inphiniti,
ReplyDeleteMemang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat kita sekarang cenderung untuk ketagih dengan permainan melalui aplikasi gadget canggih masa kini. Saya juga akui bahawa saya tidak berminat untuk bermain permainan (games) tetapi saya secara tidak langsung mulai berminat dengan permainan ini semenjak mempunyai aplkasi games di dalam gadget.
Jika dilihat secara mendalam, permainan games ini bukanlah ke arah yang negatif sahaja malah memberi kesan yang positif kepada kita. Kesan negatif berlaku apabila kita menghadap permainan ini berjam-jam lamanya sehingga mengabaikan perkara lain. Sebagai pelajar, kita tidaklah boleh terlalu memberi fokus kepada pelajaran sahaja kerana boleh mengundang tekanan. Jadi, permainan melalui aplikasi gadget ini digunakan untuk melepaskan tekanan yang kita ada. Saya sendiri menggunakannya apabila terlalu tertekan.
Kesimpulannya, teknologi masa kini bukanlah sesuatu yang membawa kesan yang negatif. Hal ini bergantung kepada cara kita menggunakannya dan tempoh masa yang kita luangkan terhadapnya. Jadi, pilihan ada di dalam tangan kita. Sekian
Saya menggunakan aplikasi permainan dalam telefon bimbit saya semasa saya bosan ataupun tidak dapat fokus dalam tugasan Bagi saya, permainan dalam gajet atau komputer tiada masalah. Yang pentingnya pengguna harus mengawal diri.
ReplyDeleteImpak berikutan permainan sedemikian ialah kemerosotan kesihatan seperti rabun mata dan sakit jantung. Oleh itu, golongan pendidik dan penjaga harus menerapkan idea yang betul terhadap golong muda supaya mereka tidak ketagihan permainan. Permainan sepatutnya mengurangkan tekanan hidup kita, bukan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.
Selain itu, pemilihan permainan juga amat penting. Permainan yang jenis Puzzle patut dipilih kerana dapat memberangsangkan penggunaan minda. Permainan yang ganas seperti GTA dan Prototype harus ditapis oleh kementerian tertentu.
Hai Inphiniti!
ReplyDeleteKetagihan permainan video. Dahulunya saya ketagih dengan permainan dalam komputer peribadi saya. Saya juga selalu bergaduh dengan anak saudara saya untuk bermainan permainan tersebut kerana hanya terdapat satu komputer peribadi sahaja. Lebih teruknya, saya tidak mengambil masa tidur yang cukup dan tidak melakukan kerja harian saya. Namun, semenjak datang ke universiti, saya cuba menghilangkan rasa ketagih permainan video ini dengan memadam semua jenis permainan yang ada dalam komputer peribadi saya. Hal ini kerana saya tahu jika saya mula ketagih dengan permainan tersebut saya akan susah untuk berhenti bermain.
Penulis mengatakan impak positif permainan video ini. Saya akui, dengan kemajuan zaman teknologi kini, permainan video lebih senang dimain berbanding zaman dahulu. Jika dulu, permainan video ini melalui televisyen, kemudian wujud Play Station Portable dan kini permainan video atas talian bahkan telefon pintar pada masa sekarang diperbaharui bersesuaian dengan permainan video ini dan gadget-gadget seperti Ipad, Tab mini dijual hanya dikhaskan untuk bermain permainan digital ini. Positifnya permainan video melalui gadget ini yang didedahkan tidak kira lapisan umur dan harga yang mampu miliki, masyarakat lebih peka dan arif bekenaan dengan ICT. Sepertimana anak saudara saya, baru berumur 10 bulan sudah pandai bermain permainan ini dan perkembangan ini membawa kebaikan kepada pendidikan anak saudara saya ini. Umur 2 tahun sudah mengenal huruf ABC dimana semua ini diajar melalui permainan video kearah pendidikan dalam Tab ibunya.
Namun, terdapat juga impak negatif daripada permainan video ini seperti yang dinyatakan oleh Lee Yong Hui. Bahkan, banyak berlaku kes kebakaran, letupan yang berpunca daripada permainan video ini. Apabila seseorang ketagih bermain, bateri gadget tersebut haruslah dalam keadaan penuh maka kerana ketagih, mereka bermain sambil mencas dan apabila keadaan gadget terlampau panas maka berlakulah letupan dan ada yang sampai putus tangan akibat daripada kejadian tersebut.
Pada saya, permainan ini boleh mengurangkan tekanan dan pada masa yang sama juga membawa kepada tekanan. Terpulang kepada seseorang untuk cuba mengawal tahap ketagih atas permainan ini dan mungkin boleh memilih bermain permainan yang lebih sihat seperti sepak raga dan bola. Bukan sahaja memilih untuk sihat, kita juga perlu berfikir kebaikan dan keburukan jika terus bermain permainan tersebut.
Permainan video dan saya tiada pisah. Saya rasa hidup saya akan sunyi jika tiada permainan video. Permainan video yang saya gemari pada masa ini ialah Clash of Clans (COC). Sekiranya saya bosan, saya akan bermain permainan tersebut. Sebaik sahaja bangun daripada tidur malah sebelum tidur, COC adalah perkara pertama saya akan “belai”.
ReplyDeleteSaya juga tidak pasti sama ada saya dikira mengalami ketagihan terhadap permainan video. Walau bagaimanapun, saya masih waras dalam dunia yang berteknologi tinggi dengan tidak terlalu leka bermain telefon pintar atau gadget yang lain pada setiap masa sehingga mengabaikan rutin harian dan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar.