Seperti yang kita sedia tahu, dengan adanya
teknologi dan internet segala pengaksesan dan perkongsian maklumat adalah tanpa
batasan. Dengan adanya teknologi dan internet, komunikasi antara manusia adalah
mudah tanpa mengira jarak dan waktu. Malah, kita hanya perlu menaip untuk
mencari maklumat di mana-mana saja tanpa perlu bergegas ke perpustakaan untuk
mengetahui sesuatu perkara. Namun,
digital divide memberi batasan kepada sesetengah golongan untuk mengakses
maklumat dan teknologi komunikasi mengikut kawasan dan demografi. Sebagai contoh,
rangkaian internet di Kuching adalah lebih pantas berbanding di kawasan
perkampungan seperti Lundu. Di samping itu, digital divide juga memberi impak
terhadap ketidaksamaan.
Berdasarkan artikel From Unequal Access to Differentiated Use: A Literature Review and Agenda for Research on Digital Inequality, perkongsian pada
hari ini adalah tentang kesan digital divide dalam konteks sosial. Antaranya
ialah pengurangan daya saing meningkatkan ketidaksamaan. Hal ini dapat dilihat
dalam sektor pekerjaan. Pengurus sesebuah syarikat akan mengambil golongan
pakar untuk bekerja malah menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding golongan
yang kurang mahir. Golongan yang kurang mahir berkecenderung untuk dibuang
kerja atau ditawarkan posisi yang lebih rendah yang gaji yang sedikit. Ini merupakan
langkah yang mudah diambil oleh pengurus syarikat dalam menggurangkan kadar
bayaran gaji serta hasil yang lumayan kerana golongan yang pakar dapat
melakukan kerja yang mungkin dilakukan oleh 4-5 orang pekerja yang kurang
mahir. Namun, golongan yang kurang mahir akan terus kekal di bawah kerana tidak
diberi peluang untuk belajar perkara baru.
Mengambil Malaysia sebagai satu contoh, mereka yang berasal dari bandar terdedah kepada lebih banyak penggunaan gajet-gajet digital. Manakala mereka yang berasal dari kampung pula tiada peluang yang sedemikian. Pada era digital ini, semestinya mereka yang pandai menggunakan gajet-gajet akan diupah untuk bekerja. Mereka yang tidak tahu tentang gajet-gajet pula disisihkan, dan kehidupan mereka tidak akan menjadi maju.
Selain itu, teknologi baru juga mempengaruhi ketidaksamaan
dalam struktur masyarakat. Teknologi semakin hari semakin meningkat serta
memudahkan kerja manusia. Dalam sektor perindustrian, penggunaan teknologi
moden telah meningkatkan hasil produk yang membawa keuntungan kepada sesebuah
syarikat kerana tidak perlu mengupah ramai pekerja. Kesannya, kadar
pengangguran semakin meningkat terutama golongan buruh. Oleh yang demikian,
mereka tidak mampu untuk membiayai teknologi yang canggih serta rangkaian
internet. Ini memberi kesan terhadap pengaksesan maklumat yang berbeza mengikut
lapisan masyarakat.
Secara konklusinya, masalah ekoran digital divide ini seolah-olahnya tidak dapat diselesaikan dengan senang. Di sebaliknya, masalah ini hanya akan semakin menular. Tanpa dirasai, terdapat pelbagai kesan kepada masyarakat terhasil
daripada digital divide. Pada pendapat anda, adakah digital divide turut memberi
kesan positif kepada masyarakat?