Saturday, 28 March 2015

[W4b] Ketidaksamaan dalam Digital Divide?

Seperti yang kita sedia tahu, dengan adanya teknologi dan internet segala pengaksesan dan perkongsian maklumat adalah tanpa batasan. Dengan adanya teknologi dan internet, komunikasi antara manusia adalah mudah tanpa mengira jarak dan waktu. Malah, kita hanya perlu menaip untuk mencari maklumat di mana-mana saja tanpa perlu bergegas ke perpustakaan untuk mengetahui sesuatu perkara.  Namun, digital divide memberi batasan kepada sesetengah golongan untuk mengakses maklumat dan teknologi komunikasi mengikut kawasan dan demografi. Sebagai contoh, rangkaian internet di Kuching adalah lebih pantas berbanding di kawasan perkampungan seperti Lundu. Di samping itu, digital divide juga memberi impak terhadap ketidaksamaan. 


Berdasarkan artikel From Unequal Access to Differentiated Use: A Literature Review and Agenda for Research on Digital Inequality, perkongsian pada hari ini adalah tentang kesan digital divide dalam konteks sosial. Antaranya ialah pengurangan daya saing meningkatkan ketidaksamaan. Hal ini dapat dilihat dalam sektor pekerjaan. Pengurus sesebuah syarikat akan mengambil golongan pakar untuk bekerja malah menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding golongan yang kurang mahir. Golongan yang kurang mahir berkecenderung untuk dibuang kerja atau ditawarkan posisi yang lebih rendah yang gaji yang sedikit. Ini merupakan langkah yang mudah diambil oleh pengurus syarikat dalam menggurangkan kadar bayaran gaji serta hasil yang lumayan kerana golongan yang pakar dapat melakukan kerja yang mungkin dilakukan oleh 4-5 orang pekerja yang kurang mahir. Namun, golongan yang kurang mahir akan terus kekal di bawah kerana tidak diberi peluang untuk belajar perkara baru.

Mengambil Malaysia sebagai satu contoh, mereka yang berasal dari bandar terdedah kepada lebih banyak penggunaan gajet-gajet digital. Manakala mereka yang berasal dari kampung pula tiada peluang yang sedemikian. Pada era digital ini, semestinya mereka yang pandai menggunakan gajet-gajet akan diupah untuk bekerja. Mereka yang tidak tahu tentang gajet-gajet pula disisihkan, dan kehidupan mereka tidak akan menjadi maju. 




Selain itu, teknologi baru juga mempengaruhi ketidaksamaan dalam struktur masyarakat. Teknologi semakin hari semakin meningkat serta memudahkan kerja manusia. Dalam sektor perindustrian, penggunaan teknologi moden telah meningkatkan hasil produk yang membawa keuntungan kepada sesebuah syarikat kerana tidak perlu mengupah ramai pekerja. Kesannya, kadar pengangguran semakin meningkat terutama golongan buruh. Oleh yang demikian, mereka tidak mampu untuk membiayai teknologi yang canggih serta rangkaian internet. Ini memberi kesan terhadap pengaksesan maklumat yang berbeza mengikut lapisan masyarakat.


Secara konklusinya, masalah ekoran digital divide ini seolah-olahnya tidak dapat diselesaikan dengan senang. Di sebaliknya, masalah ini hanya akan semakin menular. Tanpa dirasai, terdapat pelbagai kesan kepada masyarakat terhasil daripada digital divide. Pada pendapat anda, adakah digital divide turut memberi kesan positif kepada masyarakat?

12 comments:

  1. In my opinion, digital divide is ineffective because every individual should have equality in accessing information and knowledge, so it should be reduced. A digital divide is an economic and social inequality in accessing to, use of, or knowledge of information and communication technologies (ICT) according to categories of persons in a given population. It may refer to inequalities between individuals, businesses, or geographic areas, usually at different socioeconomic levels and demographic categories.

    The predominant amount of internet access is in the western world, and Northern Asia, where as access is more restricted in the poorer less developed countries such as Africa, and southern parts of Asia. These poorer nations are unable to afford the start up cost in investing into technology to allow their nation to be able to have and maintain internet access. This is due to the fact that it will impacts on society at many levels. Due to the lack of IT skills people from poorer countries are incapable to compete at an international level.
    In contrast the richer countries advantage from more highly trained people who will in turn enable higher economic growth. In urban areas more people seem to have internet access as contrasting to rural areas causing yet another divide. Also countries that don’t have internet access are unable to carry out e-commerce and e-business putting their companies at a significant disadvantage with in the global market. It would cause the rich countries are getting richer at disadvantage of the poorer countries.

    ReplyDelete
  2. I think that digital divide should be one of the disadvantage of technology revolution. Nowadays, people rely on computer and Internet to gather as many latest information as possible. For example, pharmacists need Internet to gather the knowledge of new medicine produced by scientist. Teachers need Internet to gather more new information for their students and upgrade their teaching process by learning with other experienced teachers as shown in Internet. Mothers who responsible in managing household also need Internet to help them in analyzing and choosing the best household utensils to be used in the house by viewing the comments shared by peoples who had used those utensils before. This shows that Internet had became essential in the lives of peoples.

    However, income level, education level, occupation and many other factors causes digital divide. People who do not possess a computer or any devices that can connect to Internet is just like frog underneath coconut shell. Those people will lack of the latest information which can be the obstacles for a country to develop well. A country could never improve to be better if the societies are satisfied with their condition now without seeking any new information to upgrade themselves. So, Internet is important because it acts as one of the biggest sources of information and knowledge as well.

    Therefore, problems occurs from digital divide should be eliminated. Computer and technology education should be carry out by government to educate the society about how important it is to engage themselves to technology such as computer and Internet. It will helps those people to accept new technology instead of holding the mindset that rely on computer is bad. Government could also subsidies to people who was unable to get themselves a computer to encourage every houses to get at least one computer. So, it is a must to eliminate the problems causes by digital divide.

    ReplyDelete
  3. Digital divide is harmful to the development of a country. When a part of a society is unable to develop due to their insufficient knowledge on technology, then they will be slowly eliminated from the development plan of a country. When such thing happens, the income gap between the rich and the poor will increase as time passes. The rich naturally earns a lot, but the country is never a developed ones if poverty still exists.

    To encounter this problem, I do agree with Lee Yong Hui. Government plays a vital role in providing EVERY citizen the exposure to digital gadgets. Computers and internet, especially, are important. By having these facilities, the peoples in rural areas can get more exposure. But of course, the IT education must be provided too.

    Besides that, NGOs should play their parts too. NGOs can offer free IT courses, cheaper IT schools or give the rural youngsters some digital gadgets.

    We as the society members should be very updated with the trend. Parents should expose the children to these IT advancement. The children, also, should pay attention to any updates in IT field.

    1Malaysia campaign is an ideal campaign, if it really works. If it works, problems caused by digital divide will not arise. Everyone has the same opportunity because everyone starts at the same starting point.

    ReplyDelete
  4. Hi Inphiniti……..

    Sememangnya Digital divide memang memberi impak terhadap ketidaksamaan dalam lapisan masyarakat. Masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman sudah pasti akan mengalami celik IT. Walaupun memiliki komputer, laptop atau smartphone yang canggih namun tidak mempunyai rangkaian internet sudah pasti tidak membawa faedah. Bukan sahaja rangkaian internet, ada sesetengah kawasan pedalaman di Sarawak tidak mempunyai rangkaian telefon. Ini sudah pasti akan menimbulkan ketidaksamaan terutama dari segi celik IT antara kawasan pedalaman dengan kawasan bandar. Ini sekali gus akan meningkatkan jurang dari segi pemikiran, gaya hidup, status antara golongan bandar dan luar bandar. Golongan luar bandar pasti tidak mampu untuk bersaing dengan golongan bandar terutama dalam bidang pekerjaan kerana tidak mahir dalam bidang teknologi.

    Namun dalam menangani masalah digital divide ini, kerajaan memerlukan kos yang sangat besar oleh. Disebabkan negara kita Malaysia masih menumpukan pembangunan dari segi infrastruktur seperti jalan raya, sekolah, rumah, dan sebagainya, saya berasa agak baiknya kerajaan tidak membuat peruntukan yang besar terhadap rangkaian jaringan internet, telefon dan sebagainya. Namun, kerajaan harus meningkatkan masalah digital divide dari masa ke semasa (secara beransur-ansur) dan tidak mengabaikan pembangunan di luar bandar terutama dari segi IT.

    Persoalannya, adakah masalah digital divide ini ada kaitan dengan agenda politik di Malaysia? Adakah pihak kerajaan tidak mementingkan pembangunan internet di kawasan pedalaman kerana senjata utama pihak pembangkang adalah internet?

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Hai Inphiniti,

    Saya setuju dengan pendapat Joshua. Adalah sangat sukar untuk melahirkan semua masyarakat yang celik IT. Ia memerlukan tenaga serta kos yang tinggi. Masyarakat pedalaman yang jauh dari kota misalnya sudah pasti mengalami ilmu yang cetek dari segi penggunaan digital ini. Kita dapat lihat usaha kerajaan dalam membentuk masyarakat untuk menimba ilmu mengenai kegunaan IT terutamanya masyarakat luar bandar dengan memberikan kemudahan laptop 1 Malaysia dan sebagainya. Namun, adakah ia berkesan? Bagi saya ia bukanlah langkah yang sangat efektif dan satu usaha yang sia-sia. Hal ini kerana ia bukanlah digunakan untuk tujuan pembelajaran tetapi untuk keseronokan semata-mata seperti bermain game dan sebagainya. Kemudahan yang diberikan tidak digunakan untuk tujuan yang betul. Hal ini yang menyebabkan wujudnya ketidaksamarataan dalam masyarakat.

    Justeru, untuk mengelakkan wujudnya ketidaksamarataan dalam lapisan masyarakat, adalah lebih baik sekiranya semua pihak mengambil inisiatif untuk mencuba mendalami ilmu ICT daripada orang yang lebih berpengetahuan. Kewujudan matapelajaran ICT di peringkat sekolah rendah adalah satu inisiatif yang efektif untuk memperkenalkan dunia ICT kepada masyarakat tidak kira sekolah di bandar mahupun di pedalaman. Biarlah ilmu itu mula diterapkan sejak dari akar umbi lagi supaya lebih mahir lagi dalam menjalankan aktiviti yang melibatkan kemahiran penggunaan digital dan teknologi ICT. Sekian

    ReplyDelete
  7. According to this article that Inphiniti shared, I have one question, are those developing countries have a less digital divide? Is developing country such as United States having less digital divide? If the answer is yes, then digital divide plays a crucial role in the development of a nation. . Digital divide that exist in a nation will affect the development. I believe that the United States and Japan have successfully become a developing country is because of their less digital divide.
    In my point of view, all citizens should have equality to access digital technology. Usually, the government only focuses on the core part of the nation. Taking Malaysia as an example, our capital is Kuala Lumpur (KL). In KL, technology is everywhere. They provided convenience transportation such as train and monorail which are hardly to find in rural area.
    Moreover, the way of children learning in school also different than those in urban area. Rural area does not have enough high technology facilities provide to the student. Therefore, for those citizens who come from rural area always hard to get a better or high position job when they go to the city. Like the article above said, they are unable to learn new things because the company needs worker with high skill in technology using than those who does not have any experience on it.
    Citizen of the rural area cannot improve themselves if there is existing of the digital divide. I do not think that the digital divide has positive effects to us. In order to develop a successful nation, it must be fair. It is not only in digital divide, the government should treat their citizens equally. All people should have the right to access the entire thing that want.

    ReplyDelete
  8. Hai Inphiniti 

    Bercerita mengenai digital divide sepertimana yang ditulis oleh penulis artikel kali ini. Penulis memberi kesan digital divide dari aspek sosial dimana menjadi penyebab kesan yang negatif kepada pekerja yang kurang mahir dalam bidang IT. Mereka yang kurang mahir dalam bidang IT ini pula kebanyakannya datang dari masyarakat luar bandar. Hal ini secara langsung meningkatkan perbezaan kelas di antara golongan miskin terus miskin dan yang kaya terus kaya sepertimana yang dikatakan oleh Tiu Kian Wee.

    Ingat lagi awal tahun 2000 kerajaan sibuk menggalakkan penggunaan 1 rumah 1 komputer. Kenapa? Kerana rancangan Malaysia menuju ke arah wawasan 2020. Kini, banyak kemajuan, perkembangan dari aspek teknologi diperkenalkan sebagai proses menuju ke arah tersebut. Pemberian 1.2 juta laptop kepada penduduk di bawah pendapatan RM3000 setiap tahun adalah salah satu antaraya. Walaupun begitu, digital divide ini masih juga wujud walaupun medium mengakses internet telah diberikan secara percuma. Kenapa?

    Beralih kepada pandangan yang diberikan oleh saudari Koh Hwee Sian, penggunaan teknologi internet dan gadget ini tertumpu di negeri-negeri pusat seperti Kuala Lumpur. Namun bagaimana pula dengan daerah-daerah pedalaman seperti Long Bedian yang terdapat di daerah Miri Sarawak, Long Napir dan segala Long yang ada di Sarawak contohnya. Jawapannya beralih kepada pandangan yang diberikan saudara Joshua Teriki mengenai perbezaan infrastruktur di kedua-dua tempat ini. Nyatanya, kawasan pedalaman ini bukan sahaja tidak memiliki kemudahan internet bahkan masih tedapat kawasan ini yang tidak dijana dengan eletrik dan tiada kemudahan air! Jadi persoalannya bagaimana kemudahan digital, internet seumpamanya boleh digunakan masyarakat tersebut sedangkan masalah asas ini masih tidak dapat ditangani. Maka digital divide akan terus dan terus berlaku.

    Berkaitan pandangan penulis mengenai gaji pekerja yang mahir IT dan yang tidak mahir. Pendapat saya, perbezaan ini bukanlah kesan daripada digital divide ini. Jika kita kaji, sebenarnya penduduk luar bandar juga berpendapatan seperti penduduk bandar kerana kos hidup di dua-dua tempat ini berbeza sama sekali. Merujuk kepada sosial saintis Adam Smith, tenaga masyarakat saling bergantung. Setiap kelompok masyarakat mempunyai kelebihan masing-masing (specialization) untuk memenuhi keperluan antara satu sama lain. Gaji buruh kasar juga sebenarnya kini lebih besar walaupun tidak memerlukan pengetahuan mengenai IT.

    Kesimpulannya, digital divide ini dapat dihapuskan namun mengambil masa yang sangat lama. Walau bagaimanapun, untuk melahirkan semua pekerja dalam satu sektor sahaja adalah sangat mustahil walaupun satu hari kelak semua masyarakat tahu menggunakan teknologi. Pihak berkuasa seharusnya lebih peka dengan masalah akar yang membawa kepada permasalahan digital divide ini. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

    ReplyDelete
  9. Hello inphiniti,
    'Digital Divide' sememangnya memberikan impak yang sangat hebat dalam konteks pembangunan negara. Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, mereka yang kurang mahir atau tidak celik i.t akan disisihkan oleh golongan-golongan yang mahir.

    Saya mempunyai seorang rakan yang bersifat sangat tradisional. Boleh saya katakan yang dia merupakan seorang yang tidak mahir dalam menggunakan alat-alat digital. Dia hanya boleh menggunakan gajet-gajet yang mudah seperti telefon pintar yang asas untuk menggunakan aplikasi whatsapp atau wechat sebagai alat untuk berhubungan dengan orang lain. Daripada pemerhatian saya, dia tidak mempunyai ramai kawan kerana mereka menganggap bahawa dia itu pelik kerana terlalu mundur dalam penggunaan teknologi. Saya tidak menyalahkan sepenuhnya kawan saya itu kerana dia sebenarnya tidak didedahkan dengan teknologi-teknologi ini dengan lebih awal lagi. Saya risau yang dia agak sukar mendapatkan pekerjaan di masa akan datang kerana mengikut pemerhatian saya, kebanyakan majikan memerlukan pekerja yang celik i.t dan mahir menggunakan teknologi untuk kegunaan pejabat. Sekiranya terdapat 10 orang seperti kawan saya ini, saya boleh lihat betapa 'Digital Divide' meninggalkan impak yang sangat serius kepada kita.

    ReplyDelete
  10. Hai Inphiniti,

    Perubahan zaman menyebabkan pelbagai perubahan dari aspek teknologi komunikasi pada masa kini. Hal ini kerana, kemajuan tidak akn dapat dicapai jika kita mengekalkan cara yang lama dan melalui cara yang lama kita boleh mendapatkan cara yang baru yang lebih efektif mengikut peredaran masa.
    Digital Divide dilihat sebagai satu masalah yang mewujudkan jurang antara masyarakat disebabkan oleh ketaksamarataan dari segi penggunaannya kerana tidak semua masyarakat betul-betul mahir dalam mengendalikan sesuatu teknologi baru. Namun, keadaan seperti ini boleh mewujudkan sebuah masyarakat yang berdaya saing. Contohnya, masyarakat yang tinggal di bahagaian luar Bandar kurang mahir dalam penggunaan digital divide tetapi mereka akan berusaha mencari jalan agar dapat berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan masyarkat yang berada di kawasan Bandar terutama dalam sector pekerjaan. Secara tidak langsung masyarakat kita Malaysia bukan sahaja menjadi masyarakat yang mengikut telunjuk sahaja namun mencari alternative sendiri untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran tertentu. Secara konklusinya, digital divide bukan sahaja memberi kesan negative tetapi dapat membangunkan masyarakat yang berdaya saing dalam pelbagai industry dan sekaligus dapat membangunkan negara kita Malaysia.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Hai inphiniti
    Dunia semakin maju, teknologi semakin berkembang moden dan canggih, pembangunan infrastuktur semakin membangun, akan tetapi, adakah manusia itu sendiri sebagai pencipta kepada teknologi turut membangun dari segi skil dan juga intelektual? Persoalan ini harus difikirkan secara mendalam kerana arus permodenan teknologi pada masa kini telah menenggelamkan fungsi manusia terutama apabila dikaitkan dengan pengkhususan pekerjaan. Semua ini terjadi rentetan daripada digital divide. Namun begitu, adakah perkara sebegini sesuatu yang sememangnya negatif bagi kita sebagai manusia? Semuanya bergantung kepada situasi dan juga kemampuan manusia dan juga teknologi itu sendiri.
    Hal ini adalah kerana sesetengan bahgian pekerjaan memerlukan kepakaran manusia itu sendiri. Begitu juga dengan kegunaan mesin yang berteknologi canggih. Tidak semua perkara mampu dilaksanakan oleh manusia. Selain itu juga, kita boleh lihat bahawa manusia dan mesin membantu antara satu sama lain. Perkara ini jelas bahawa mesin tidak akan berfungsi sendiri tanpa bantuan manusia. Di samping itu juga, andai kata sebuah mesin telah rosak, maka pada masa itu, kepakaran manusia akan diperlukan sama ada untuk membaiki ataupun meneruskan kerja mesin yang tergendala itu tadi. Walaupun kuantiti sesuatu produk yang dihasilkan oleh tangan manusia tidak mampu menandingi hasil daripada penggunaan mesin, namun, manusia masih lagi mampu melakukan tugas yang kebiasaanya dilakukan oleh mesin.
    Berkenaan dengan penyisihan golongan yang kurang pegetahuan tentang gajet pula, saya secara peribadinya agak tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Tidak semestinya golongan yang tidak tahu akan penggunaan gajet akan disisihkan, sedangkan golongan yang mahir menggunakan gajet sendiri tidak semestinya tahu ataupun mampu membuat sesuatu pekerjaan secara praktikalnya. Sebab itulah adanya diadakan kursus-kursus ataupun bengkel-bengkel untuk para pekerja untuk meningkatkan skil mahupun pengetahuan selaras dengan perkembangan teknologi zaman sekarang.

    ReplyDelete