Tidak
dapat dinafikan juga bahawa ada sesetengah individu yang tidak boleh berenggang
dengan gadget seperti smartphone dan
juga ipad. Membuka laman sosial
seperti facebook, twitter, instagram
dan sebagainya merupakan rutin harian yang tidak ketinggalan sebagai aktiviti
atau rutin harian mereka. Bahkan setelah bangun pagi, antara perkara yang
dilakukan adalah membuka facebook untuk menulis status atau hanya sekadar
membaca status orang lain.
Di
Korea Selatan misalnya, terdapat 70 peratus (%) daripada 50 juta penduduk Korea
Selatan memiliki telefon pintar. Menurut Syarikat Penyelidikan Pasaran
(eMarket) ia merupakan kadar tertinggi di dunia (http://www2.hmetro.com.my/articles/Ketagihandigital/Article/)
. Hal ini amat menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di negara itu
kerana risau dengan ‘ketagihan’ penggunaan telefon pintar yang bakal dialami
oleh golongan remaja khususnya.
Kebanggaan
Korea Selatan terhadap penduduknya adalah dengan kemahiran menggunakan
kecanggihan gadget masa kini telah mencetuskan kebimbangan dengan satu keadaan
yang dipanggil “ketagihan digital”. Bagaimana pula dengan penduduk di negara
kita Malaysia?
Gadget : Adakah anda “ketagih” dengan
penggunaan telefon pintar(smartphone)?
Meskipun
penggunaan smartphone memudahkan
aktiviti seharian kita namun tanpa kita sedari penggunaan yang berlebihan boleh mengakibatkan tabiat ketagih
terhadap penggunaan telefon pintar. Kajian Susan Davis terhadap 1,600 pengurus
dan professional di Harvard Business School , mendapati bahawa :
- 70 % individu mendapatkan telefon pintar selepas bangun tidur.
- 56% individu merujuk telefon pintar sejam sebelum tidur.
- 48% individu yang memeriksa telefon pintar pada malam hujung minggu iaitu Jumaat dan Sabtu.
- 51% individu memeriksa telefon pintar secara berterusan pada hari percutian.
- 44% individu akan berasa resah apabila tiada menggunakan telefon pintar dan tidak boleh berjauhan dentan telefon mereka dalam tempoh seminggu.
Berdasarkan
peratusan kajian di atas, ia membuktikan bahawa masyarakat semakin ‘ghairah’ dengan media
digital yang menyediakan pelbagai aplikasi masa kini. Adakah anda tahu mengenai kesan penggunaan
ini terhadap kehidupan seharian kita?
Tahukah anda?
Kesan
penggunaan gadget ini sangat mempengaruhi bukan sahaja dari aspek luaran
seperti , ekonomi, sosial dan politik. Namun pengaruh ini juga boleh memberi
kesan negative dari segi mental seseorang. Salah satunya ialah kesan ke atas
cara kita berfikir. Sesetengah masyarakat menganggap penggunaan gadget ini
mampu memberi idea yang lebih banyak dalam melakukan sesuatu tugasan namun
sebaliknya, minda kita semakin lebih bergantung kepada gadget inui hingga menyebabkan pemikiran kita
menjadi kaku. Alat-alat elektronik dan ubat-ubatan farmaseutikal lebih
kurang sama kesannya kepada struktur selular mikro dan biokimia kompleks otak
kita . Seterusnya akan mempengaruhi keperibadian, tingkah laku dan ciri-ciri seseorang.
Pendek kata , kemodenan hari ini boleh mengubah identiti manusia.
Kesimpulannya,
ketagihan terhadap penggunaan gadget ini mampu mempengaruhi setiap sudut
kehidupan manusia. Tidak dapat dibayangkan pada masa yang akan datang manusia
hanya berteman dengan gadget masing-masing tanpa menghiraukan keadaan yang
berlaku di sekeliling mereka.
Jadi, adakah anda seorang penggemar gadget? Atau, anda adalah seorang yang sedang mengalami ketagihan untuk menggunakan gadget?
I strongly agree that people nowadays are too rely on gadget. My nephew who was 4 years old is also too rely on it. Whenever I saw him, he sure play around with his own Iphone. He not even greet any people who came to his house. Now, he is forced to wear spectacles because of short sightedness which was caused by spending more than 8 hours on smart phone . Because of spending most of the time on smart phone, my nephew seldom communicate with peoples. It had caused him do not like to communivate with peoples.
ReplyDeleteOn the other hand, my cousin had made full use on Iphone as a tool to teach her child. Every day, she will spend one hour to accompany her child to play some games which was related to her son's syllabus. This help her son to absorb and learn new knowledge easily. My cousin will fully guide on her son and she never allow her son to play on Iphone more than one hour.
As conclusion, gadget can be useful if we use it wisely. It can provide us a lot of benefits to our lives. However, it give strong negative impacts if we too rely on it even though the user is just a child. Gadget is just an object. It cannot function without people give an order to it. So, gadget either benefit or harm people is depended on peoples who are using it.
Hai Inphiniti!
ReplyDeleteYa. Sememangnya gadget amat diperlukan oleh setiap peringkat umur terutamanya golongan remaja. Apa yang dapat saya perhatikan masa kini adalah manusia terlalu bergantung sepenuhnya dengan gadget. Bak kata orang 'hidup menjadi tidak keruan tanpa gadget'.
Penggunaan gadget tidak mengira tempat, waktu dan masa menyebabkan manusia zaman moden ini semakin leka serta lalai akan persekitaran mereka. Dalam erti kata lain, mereka tidak endah akan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Hal ini demikian kerana, mereka sangat sibuk dengan gadget terutamanya smartphone apatah lagi dengan kewujudan pelbagai aplikasi yang ada. Siapa yang harus dipersalahkan dalam hal ini? Teknologi digunakan untuk membantu memudahkan kerja manusia tetapi apabila ia disalahgunakan menyebabkan kita melihat bahawa teknologi membawa kesan negatif terhadap tingkahlaku manusia.
Kesimpulannya, gunakan gadget yang kita ada untuk memudahkan kita bukan memudaratkan kita. Jangan sampai kita menjadi pendiam atau anti-sosial disebabkan gadget menjadi peneman setia.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteHai Inphiniti!
ReplyDeleteKecanggihan teknologi yang semakin moden dari hari ke hari tidak dapat dinafikan lagi menjadi faktor utama sesetengah masyarakat ‘ketagihan’ gadget. Pada mereka, tidak cukup memiliki telefon mudah alih namun gadget tersebut haruslah ‘trendy’ dan berfungsi mengikut trend semasa dari aspek reka bentuk sehinggalah aplikasi-aplikasi dalamannya. Kegilaan terhadap gadget ini sedikit sebanyak mempengaruhi cara hidup masyarakat. Maka wujudlah ‘keyboard warrior’, ‘Facebook addicted’ dan ‘WeChaters’ seumpamanya. Selain itu, gadget seperti Ipad, Tab dan smartphone yang direka mengikut kesesuaian masyarakat semasa menjadikan gadget kini bukanlah asing lagi bagi setiap lapisan masyarakat. Dari bayi umur 12 bulan hinggalah nenek 80 tahun menjadikan gadget sebagai barang kegemaran mereka.
Saya tidak menafikan kesan yang diberikan oleh penulis mengenai gadget yang kebanyakkannya menceritakan kesan negatif kewujudan gadget-gadget ini. Buktinya, pada awal bulan Mac 2015, Metro melaporkan kes seorang anak berusia 12 tahun sanggup meracuni ibunya kerana berang Iphone yang dimilikinya dirampas oleh ibunya. Kejadian yang berlaku di Amerika ini menguatkan lagi penangan negatif kesan daripada ketagihan gadget sehingga anak tersebut cuba meracuni ibunya menggunakan cecair peluntur kali kedua setelah gagal pada cubaan pertama.
Namun begitu, tidak dapat kita nafikan kesan wujudnya gadget yang canggih ini membawa impak positif yang banyak dari aspek sosial mahupun dari aspek ekonomi kita. Pertama, dari aspek sosial, masalah jenayah seperti vandalisme dan kaki lepak sedikit sebanyak dapat dikurangkan. Pada saya lebih baik ketagih Facebook daripada ketagih jenayah seperti ketagih dadah seumpamanya. Tanpa kita sedari kewujudan media-media sosial seperti Blog dan Facebook berjaya menggilap bakat-bakat masyarakat untuk melahirkan karya seperti puisi, berita dan lainnya. Harga mampu milik telefon pintar masa kini juga memudahkan perkembangan anak-anak berfungsi dan berkembang dengan lebih cepat. Contohnya, anak kepada kakak saya sendiri. Sedari umur setahun sudah memiliki Ipad untuk belajar huruf, aplikasi permainan yang bertujuan mendidik dari aspek pembelajaran awal. Seterusnya, dari aspek ekonomi. Kini sesiapa saja boleh menjadi peniaga. Tanpa permit perniagaan sesiapa saja layak menjadi peniaga dengan syarat mempunyai gadget seperti Ipad sebagai medium utama menjalankan perniagaan. Hal ini secara langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat termasuklah seorang suri rumahtangga.
Namun begitu, resam kehidupan, yang baik ada buruknya dan buruk ada baiknya. Impak positif ini juga saling berangkai dan menimbulkan kesan sampingan yang negatif. Pada saya, kita hanya mampu mengawal namun tidak dapat memberhentikan kerana yang kurang baik itu datang dari manusia itu sendiri dan hanya manusia itu juga yang berjaya mengawalnya.
Hi inphiniti, from the article above, I think I am the one addicted to gadgets! Is very hard for me to live without gadget and internet. I use gadget every day to do works everyday. I use a laptop to complete my assignment; I use smartphone to connect with my family and friends; I use iPad for my entertainment and so on so forth. How can I wake up in the morning? I use my smartphone to set the alarm to wake me up. The first thing I do is check message from my smartphone, reading notification from the social networking website on my bed. Yes. I am addicted to gadget.
ReplyDeleteThe gadget is really cool and make I cannot live without it. I believe most of the young people today enjoy using gadget today. And I also believe that the age of young people using gadget will become younger than now. My nephew is aged 11 months, he is now addicted to watching cartoons from the television. If there is no cartoon for him, he will cry. So his mother has to open cartoon from iPad for him to watch. He is only 11 months! I can imagine how his life as he grows up!
From my point of view, I think parent have to become a role model to their children. Parent should provide traditional entertainment to children and do not rely on the new technology. As the article above mentioned, using gadget can be harmful to us. We have to use wisely and avoid addicted to it, especially for children.
I am a gadget-addict myself too. The first thing I do when I woke up is to look at my handphone; I look for nice food using Foursquare apps; I walk to class listening to MP3 player; I listened to music before I sleep.
ReplyDeleteI have to admit I cannot survive without using digital gadgets.
However, gadget-using is a culture for young generation. If we were to ban the use of gadgets by children, I believe the impacts will be even more harmful. First of all, the children will be discriminated by their friends. All of the friends are using gadgets, so their talking topics will be about gadgets and videos they watch online. If the kids were not using gadgets, they cannot blend into their friends circle.
Besides that, human beings tend to have more desire to have something they cannot own. If the children are not allowed to have gadgets, they will do outrageous things to own a gadget.
Banning the use of digital gadgets can never help solving the issue. Instead, we should be educated to use them more wisely.
Penggunann gadget pada masa ini amat sukar untuk dielakkan bukan sahaja dalam kalangan generasi muda bahkan semua lapisan masyarakat bergantung kepada gadget.
ReplyDeleteKetagihan gadget bukan semata-mata disebabkan oleh sikap dan diri individu itu sendiri, namun ketagihan penggunaan nya disebabkan oleh aplikasi yang tersedia menyebabkan pengguna semakin tertarik untuk menggunakannya. Saya sendiri tidak dapat berjauhan dari telefon bimbit dan akan membuatkan saya sakit bila telefon tidak bersama saya. Hal ini bukan kerana sikap kita tetapi semakin canggih aplikasi tersebut semakin membuat saya lebih teruja menggunakannya. Oleh kerana zaman kini semakin memerlukan teknologi seperti ini masyarakat harus tahu mendidik terutama generasi muda agar tidak menjadi mangsa ketagihan gadget.
Kesan ketgihan gadget ini bukan sahaja dari segi sosial tetapi memberi kesan kepada mental. Seseorang yang ketagih menggunakan gadget boleh bertindak di luar kawalan untuk mendapatkan gadget mereka. Selain itu, ketagihan gadget menyebabkan seseorang individu menjadi perengus, mudah marah dan suka memberontak. Ibu bapa kini lebih gemar menjadikan gadget sebagai satu hadiah kepada anak-anak terutama apabila anak-anak mendapat prestasi yang cemerlang. Namun tidakkah kita sedar kepada kesannya pada masa depan.
Kesimpulannya disini jadilah pengguna gadget yang mengetahui batas penggunaannya dan elakkan diri menjadi pengguna tegar.
Penggunann gadget pada masa ini amat sukar untuk dielakkan bukan sahaja dalam kalangan generasi muda bahkan semua lapisan masyarakat bergantung kepada gadget.
ReplyDeleteKetagihan gadget bukan semata-mata disebabkan oleh sikap dan diri individu itu sendiri, namun ketagihan penggunaan nya disebabkan oleh aplikasi yang tersedia menyebabkan pengguna semakin tertarik untuk menggunakannya. Saya sendiri tidak dapat berjauhan dari telefon bimbit dan akan membuatkan saya sakit bila telefon tidak bersama saya. Hal ini bukan kerana sikap kita tetapi semakin canggih aplikasi tersebut semakin membuat saya lebih teruja menggunakannya. Oleh kerana zaman kini semakin memerlukan teknologi seperti ini masyarakat harus tahu mendidik terutama generasi muda agar tidak menjadi mangsa ketagihan gadget.
Kesan ketgihan gadget ini bukan sahaja dari segi sosial tetapi memberi kesan kepada mental. Seseorang yang ketagih menggunakan gadget boleh bertindak di luar kawalan untuk mendapatkan gadget mereka. Selain itu, ketagihan gadget menyebabkan seseorang individu menjadi perengus, mudah marah dan suka memberontak. Ibu bapa kini lebih gemar menjadikan gadget sebagai satu hadiah kepada anak-anak terutama apabila anak-anak mendapat prestasi yang cemerlang. Namun tidakkah kita sedar kepada kesannya pada masa depan.
Kesimpulannya disini jadilah pengguna gadget yang mengetahui batas penggunaannya dan elakkan diri menjadi pengguna tegar.
Ketagihan gadget memang bukan tidak asing pada masa kini tanpa mengira peringkat umur. Saya juga merupakan salah seorang daripada individu yang mengalami penyakit ketagihan gadget. Namun kini saya mampu mengurangkan penggunaan gadget setiap masa.
ReplyDeletePada pandangan saya, salah satu punca berlakunya ketagihan gadget adalah perkembangan kecanggihan aplikasi permainan yang terdapat di telefon pintar. Tren aplikasi permainan terbaru yang sangat popular pada masa kini adalah Clash of Clan atau lebih gemar disebut secara singkatan iaitu ‘COC’. Menurut web Forbes mendapati 8.5 juta pemain yang aktif bermain permainan ini setiap hari (Harian Metro). Bahkan jumlah pemain yang pernah muat turun aplikasi ini menerusi PlayStore saja sudah mencecah angka 100 juta. Ini menunjukkan bahawa manusia akan sentiasa menggunakan telefon bimbit mereka untuk bermain COC.
Oleh itu, pada pendapat saya, permainan aplikasi pada masa kini bukan sahaja untuk hiburan malah mampu membuat kita ketagih sehinggakan kita sanggup menghabiskan masa begitu sahaja. Ini mampu memberi kesan yang negatif terutama remaja yang masih bersekolah. Mereka akan lalai dengan pelajaran kerana sanggup menghabiskan masa bukan sahaja untuk bermain COC malam banyak lagi aplikasi permainan dalam gadget. Oleh itu, pemantauan daripada ibu bapa amat diperlukan dalam mengelakkan berlakunya ketagihan gadget dalam kalangan anak-anak yang masih bersekolah.
Namun tidak dapat dinafikan bahawa gadget juga memberi banyak faedah kepada manusia.
Hai inphiniti!
ReplyDeletePenggemar gadjet atau ketagihan menggunakan gadget?
Persoalan yang hangat pada era kini. Perkembangan gadget adalah searus dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang pada zaman ini. Saya tidak pasti sama ada masyarakat masa kini dikategorikan penggemar gadget atau ketagihan menggunakan gadget. Bagi saya, jika anda penggemar gadjet, sudah tentulah anda akan menggunakannya sebaik mungkin yang berkecenderung untuk mengalami ketagihan. Manakala sekiranya anda mengalami ketagihan menggunakan gadget, secara tidak langsung anda juga akan menjadi seorang penggemar gadget kerana denga ketagihan yang anda miliki, anda akan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan gadget dan menaik taraf gadget anda dengan gadget yang berteknologi tinggi.
Pada pendapat saya, gadget adalah penting pada masa kini kerana kecanggihan teknologi memudahkan urusan seharian kita. Sekiranya anda seorang pelajar, saya amat yakin tanpa gadget yang canggih anda akan runsing walaupun hanya untuk sehari. Hal ini demikian, kebanyakan urusan seharian dan untuk menghubungi orang lain kita menggunakan telefon pintar yang boleh mengakses rangkaian internet.
Kesimpulannya, kecanggihan teknologi tidaklah hanya menyebabkan ketagihan terhadap gadget malah meningkatkan lagi taraf hidup dan memudahkan urusan seharian kita. Tanpa teknologi kita tidak mampu mencapai kemajuan yang dicapai sekarang. Namun, janganlah kita terlalu taksub dengan gadget yang boleh melalaikan kita.
Hello inphiniti,
ReplyDeleteSaya merupakan seorang penggemar gajet, namun begitu saya bukan seorang yang ketagih untuk menggunakan gajet. Secara jujurnya, gajet-gajet canggih khususnya telefon pintar mahupun tablet bukanlah sesuatu keperluan, tetapi hanyalah kehendak. Bagi saya, telefon sememangnya penting kerana tujuannya sebagai alat komunikasi menjadi penghubung antara manusia. Tujuan asalnya cumalah untuk berhubung dan bukanlah hiburan. Kini, telefon yang dahulunya hanyalah bertujuan untuk menelefon dan menghantar pesanan ringkas telah berubah wajah hasil daripada ledakan teknologi yang canggih. Aplikasi-aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menjadikan telefon pintar ataupun tablet sebagai alat hiburan. Kesannya, seseorang itu mampu mengisi masa lapang seorang diri. Saya ulang, seorang diri!
Saya mempunyai seorang anak buah yang sangat ketagih menggunakan telefon pintar dan juga tablet. Dia sanggup menghabiskan masa bersama telefon pintarnya. Dia tidak pernah bermain dengan rakan-rakan yang sebaya dengan umurnya. Bagi saya, perkara ini amat tidak baik lebih-lebih lagi apabila melibatkan komunikasi interpersonal. Disebabkan sudah menjadi kebiasaan tidak bersosial dengan orang lain, dia menjadi seorang yang pasif yang mana sikap tersebut turut tidak disenangi oleh saya.
Namun begitu, lain orang lain cara penggunaanya terhadap gajet. Apa yang penting, jangan biarkan gajet ataupun alat teknologi canggih menguasai kehidupan kita. Kita sebagai pengguna/ manusia yang sepatutnya menguasai gajet dan mengawal cara penggunaan kita terhadap gajet-gajet.
Hai inphiniti,
ReplyDeleteSebagai seorang yang boleh dikategorikan sebagai seorang 'penagih' digital, memang tidak dinafikan saya selalu bergantung dengan telefon pintar. Manakan tidak, saya bergantung sepenuhnya dengan penggera untuk memudahkan saya bangun sekiranya mempunyai kelas awal pagi. Selain itu juga, saya turut menggunakan aplikasi 'note' di dalam telefon untuk menyalin nota. tidak kurang dari itu, saya turut menggunakan kamera pada telefon pintar untuk menangkap gambar nota di dalam kelas.
Ketika PnP pula, saya sering menggunakan aplikasi google di dalam telefon pintar untuk mencari maksud terma-terma tertentu yang saya kurang jelas. Saya sebagai seorang yang kurang fasih dalam bahasa Inggeris juga sering menggunakan aplikasi kamus untuk tujuan terjemahan.
Dalam konteks sosial pula, saya dan rakan-rakan sering berbincang mengenai perihal kerja kumpulan melalui aplikasi whatsapp. aplikasi ini bukan sahaja mempermudahkan kerja kami tetapi juga menjimatkan masa. Saya percaya ramai yang berpendapat bahawa wujudnya aplikasi seperti ini dapat membantu pelajar dalam melaksanakan perjumpaan-perjumpaan kecil dalam sesebuah kumpulan.
Seperti yang kita lihat, ketagihan kepada digital ini tidaklah seteruk yang disangka sekiranya digunakan dengan cara yang betul. Mereka yang menggunakan telefon pintar dengan cara yang salah mungkin memberi impak yang tidak sihat kepada diri si pengguna. Oleh yang demikian, kita sebagai seorang pelajar yang bersifat terkini hendaklah menggunakan teknologi yang disediakan dengan sepenuhnya. Meskipun saya seorang 'penagih' digital, saya menggunakan kemudahan dengan sebaik mungkin sebagai seorang pelajar.