Saturday, 21 March 2015

[W3b] Media Digital dan Penggunaannya



Majoriti pada hari ini penggunaan media digital telah mengambil alih aktiviti seharian dalam kehidupan masyarakat. Masyarakat kebanyakannya akan meluangkan masa yang lebih dalam menggunakan media digital mereka dengan melakukan pengaksesan melalui aplikasi digital yang disediakan.




Media Digital vs Media Tradisional
Perbandingan terhadap penggunaan kedua-dua media digital dan media tradisional ini menunjukkan bahawa media baru kini mendominasi media yang banyak digunakan di peringkat antarabangsa. Salah satu artikel yang bertajuk “Global Web Index”  oleh Jason Mander mengenai analisis tingkah laku masyarakat terhadap penggunaan media tradisional dan digital mendapati bahawa penduduk dunia kini lebih kerap mluangkan masa menggunakan media online berbanding media tradisional.


Rajah di atas menunjukkan jumlah masa yang diluangkan dalam menggunakan media online dan tradisional media. Aliran graf berwarna ungu yang mewakili media online menunjukkan bahawa masyarakat dunia lebih banyak meluangkan masa menggunakan media online berbanding media tradisional. Negara kita Malaysia juga tergolong dalam pengguna yang tertinggi meluangkan masa dalam penggunaan media online. Melalui statistik ini tidak mustahil sekiranya media tradisional seperti akhbar, television dan radio di negara kita Malaysia akan lenyap kerana wujudnya media digital yang lebih cekap dan mudah untuk diakses.



Pembangunan atau Penjenayah negara?
Perubahan masa telah menyebabkan pelbagai perubahan dalam diri masyarakat, bukan sahaja dari aspek ekonomi, social dan politik bahkan dari segi anjakan minda masyarakat kepada minda kelas pertama. Di negara Malaysia kerajaan berusaha menyediakan jaringan internet di setiap perkampungan untuk memudahkan semua masyarakat menikmati kecanggihan teknologi masa ini. Persoalannya disini, adakah setiap penggunaan media digital ini akan membawa kepada masyarakat yang berintelek atau melahirkan masyarakat yang kurang aktif?  Sesetengah pengguna menggunakan media digital ini untu meningkatkan taraf hidup melalui askses perniagaan melalui internet tetapi terdapat pengguna yang menggunakannya sehingga ketagih dan tidak melalukan aktiviti lain.
Penggunaan media yang terlalu kerap ini boleh membawa ke arah jenayah siber. Contohnya individu yang sering kali menggunakan  media online akan menyebabkan mereka lebih kreatif hingga tanpa mereka sedari bahawa mereka telah melakukan satu jenayah siber. Pemikiran yang semakin pintar membawa ke arah yang bertentangan dengan menggunakan maklumat orang lain untuk menyebarkan sesuatu perkara yang tidak senonoh sehingga menjejaskan maruah orang lain.

Pada 23 September 2014 The Star telah menyiarkan bahawa Malaysia merupakan negara ke-6 terdedah dengan jenayah siber selain daripada Hong Kong, Taiwan, Thailand, China, India dan Indonesia. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata kepada The Star bahawa rakyat Malaysia juga menghadapi ancaman daripada organisasi jenayah antarabangsa yang menyalahguna internet untuk aktiviti-aktiviti seperti dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan pengubahan wang haram.

Digital media dan Rangkaian Sosial (Social Networking Sites)


Kepelbagaian aplikasi di dalam media digital masa kini amat memudahkan kita. Justeru, tidak  ketinggalan juga terdapat aplikasi rangkaian sosial (SNS) seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainyamenjadikan manusia zaman ini semakin leka dengan kerja masing-masing. Oleh sebab itu tinjauan (survey) telah dijalankan terhadap 101 orang responden mengenai privacy and security concern in SNS.Justeru, beberapa soalan diberikan kepada pihak responden untuk memastikan kajian ini dapat dijalankan. Antaranya adalah: 



Adakah anda menggunakan smartphone atau laptop untuk memindahkan wang?



Adakah anda mengkongsikan nombor telefon di dalam rangkaian sosial (SNS)?
Kita sangat sinonim dengan ‘ucapan hari lahir’ yang diucapkan oleh teman-teman kita di laman sosialkhususnya facebook. Dapatan daripada tinjauan yang dijalankan mendapati bahawa sebanyak 71% yang mengkongsikan tarikh hari jadi (D.O.B) mereka di facebook manakala 30% tidak berbuat demikian.

Selain itu, hasil tinjauan juga mendapati terdapat sebanyak 67.3% iaitu seramai 68 orang responden yang mengatakan bahawa lebih daripada 15 orang yang mengucapkan ‘selamat hari lahir’ kepada mereka sempena hari jadi mereka. Manakala, hanya 9 orang responden iaitu sebanyak 8.9% sahaja yang tidak pernah menerima ucapan ‘selamat hari lahir’ daripada teman-teman mereka.
Anda tidak mengingati Hari Lahir kawan anda sekiranya tidak diberitahu melalui SNS seperti 
facebook
Hasil tinjauan memperlihatkan kepada kita bahawa terdapat sebanyak 80 % responden daripada jumlah keseluruhan tidak mengetahui ‘hari lahir’ kawan mereka sekiranya tidak dinyatakan di dalam SNSseperti facebook. Hanya 20% sahaja yang mengingati hari lahir kawan mereka. Mendedahkan lokasi seperti kemana-mana sahaja kita pergi juga sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita zaman sekarang Hal ini dibuktikan dengan jumlah sebanyak 64.4% responden mengatakan bahawa mereka seringkali mendedahkan lokasi mereka berada. Justeru, daripada jumlah keseluruhan reponden terdapat sebanyak 14.9% sahaja yang mengkongsikan alamat mereka di laman sosial seperti  facebook.
Adakah anda pernah menyatakan lokasi anda berada melalui SNS?

Sehubungan dengan itu, rentetan daripada perkongsian alamat, nombor telefon dan sebagainya di laman sosial menyebabkan ramai dalam kalangan masyarakat kita seringkali diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi 75.2% responden mengatakan bahawa mereka pernah diganggu oleh orang yang tidak dikenali. Manakala hanya 24.8% mengatakan bahawa mereka tidak pernah diganggu.

Kesimpulannya, kita sebagai pengguna pelbagai media perlu bijak menggunakannya supaya tidak memberi kesan buruk kepada diri kita sendiri. Pada pandangan anda mampukah kita menyekat penggunaan peralatan digital ini ataupun kita sendiri yang disekat akibat penggunaan yang berlebihan? 

11 comments:

  1. In my opinion, although new media is widely used in whole over the world, media traditional could never "extinct". Newspaper is one of the very good example. Nowadays, peoples was attracted to online news instead of printed news. However, peoples like housewife and senior citizens still prefer printed news. This is because newspaper is cheap and easy to grab it. As we can see, every morning, senior citizen will get a newspaper to cafe to read it while having their breakfast. Some cafe will also prepare a variety of newspapers for their customer to read it.

    Besides that, magazine is also one of the very good example. As we know, we can get plenty of information from new media in anytime and everywhere. However, magazine is still cannot be apart from our lives. For example, housewife will buy a magazine to get the recipe in it. Some salons and hotels always prepare some magazine for their customer as an entertainment. Fans of artist will also buy the magazine which related to their artist to keep it as their collections. Therefore, I don't think that media traditional will be extinct as people still need it.

    In this era digital age, digital media is impossible to be apart from us. We should control our behavior when we are using it instead of control others' behavior or follow their immoral behavior blindly. So, we should be educated and always remind ourselves to be a polite user of digital media.

    ReplyDelete
  2. Hai Inphiniti.

    Saya sangat bersetuju dengan pernyataan bahawa media tradisional semakin kurang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini. Kecanggihan serta kemodenan yang kita kecapi hari ini telah menyebabkan masyarakat telah beralih arah. Jika dahulu surat khabar adalah medium penting bagi masyarakat sebagai medium penyampai maklumat terutamanya bagi masyarakat luar bandar. Namun kini, kehadiran internet amat memudahkan kita untuk membaca berita secara online seperti utusan malaysia online, utusan borneo online dan sebagainya.

    Bagi menjawab persoalan yang dilemparkan oleh anda, penggunaan media digital tidak boleh disekat disebabkan kerancakkan zaman teknologi masa kini. Pada pendapat saya, sikap pengguna itu sendiri perlu bijak dalam menggunakan media digital itu adalah sangat penting. Penggunaannya tidak boleh disekat tetapi sekiranya kita bijak menggunakannya ia tidak mengundang masalah kepada kita seperti ketagihan yang tidak terkawal.

    ReplyDelete
  3. Hai Inphiniti!

    Tiada yang lama maka tiadalah yang baru. Walaupun media digital atau media baru kini rancak menjadi pilihan masyarakat namun media tradisional masih tidak dilupakan bahkan media tradisional kini juga diperbaharui reka bentuknya mengikut kesesuaian masyarakat pada masa kini Jika dulu televisyen besar berat namun kini televisyen juga ibarat computer peribadi, nipis dan ringan. Menyedari masyarakat kian beralih menggunakan media digital, syarikat-syarikat atau penerbit produksi mengambil langkah bijak dengan membuat pra-pengeluaran produk di dalam website mereka. Contohnya, surat khabar online seperti Kosmo Online dan Berita Harian, menggunakan Twitter menyampaikan tajuk-tajuk berita. Namun begitu, masyarakat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai berita tersebut terpaksa mendapatkan surat khabar yang sebenar. Selain itu, mereka ini juga bijak dimana menggunakan sistem bayaran dimana news online secara berbayar. Kesimpulannya, pejuang-pejuang media tradisional ini seakan-akan sudah bersedia setelah mengenal pasti media tradisional kini kurang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Hal ini pastinya kerana media digital menepati cita rasa masyarakat contohnya mudah diakses dan memenuhi kepuasan hiburan sebilangan masyarakat.

    Penulis mengatakan penggunaan yang kerap boleh membawa kepada jenayah siber tanpa disedari masyarakat. Saya kurang bersetuju kerana jenayah siber ini tidak memerlukan seseorang untuk terlalu ‘addict’ dengan siber itu sendiri dan terdapat banyak sebab utama yang menyebabkan kes jenayah siber ini berlaku. Contohnya, pada 16 Februari 2015 negara dikejutkan dengan ugutan video dari sekumpulan lelaki bertopeng hitam mengugut untuk meletupkan mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan sistem keadilan di Malaysia. Mereka yang menggelar kumpulan mereka Anak Muda Anti Demokrasi menggunakan gambar selebriti tempatan Nora Danish dan kali kedua menggunakan gambar selebriti Jaafar Onn dengan ugutan cuba membunuh ketua polis negara, Tan Sri Khalid Ibrahim. Video yang dimuat naik di media sosial You Tube ini tersebar di Malaysia dan ini juga boleh dikatakan sebagai jenayah siber. Kesimpulannya, jenayah siber ini datang dari perasaan niat atau mempunyai tujuan utama sebagai misi dalam diri seseorang untuk keuntungannya.

    Semuanya berbalik kepada diri sendiri, kerajaan mungkin boleh membendung masalah ini tetapi tidak dapat menghentikannya sama sekali.

    ReplyDelete
  4. Hi inphiniti. To answer your question, is technology limits us or we are rely on technology? I think the answer will be the latter. Human create technology, they use it and become they too reply on technology. A very interesting situation happened here. Advancement of technology replaces the labour power. As example, a large manufacturing factory needs many workers to produce the product. By using technology, it may help the factory to increase the productivity and efficiency. The most importantly is reduce man power to save the cost in paying the salary to worker. But this situation is good or not? We might say yes, it is good

    To the contrary, the unemployment rate is high. One of the factors contribute to unemployment is the technology. Some people complain that technology has replaced them, which are why they cannot get a job. To conclude this, is human creating technology to cut down their future income?

    Technology does not limit us; it is all depends on how we use it. If we use it wisely, technology can be very helpful, is not harmful.

    ReplyDelete
  5. Hi Inphiniti,

    Jika diberi pilihan untuk menggunakan sama ada media digital ataupun media tradisional, sudah pasti saya akan memilih media digital.

    Pada pandangan saya media digital adalah lebih mudah dan pantas. Hampir semua perkara yang kita inginkan hanya di hujung jari. Berita dalam negara, luar negara, sukan, politik semuanya boleh diperoleh melalui internet dengan cepat dan pantas. Bukan itu sahaja melalui media digital, kita mampu menyaksikan siaran secara langsung (LIVE) tanpa mengira tempat. Contohnya perlawanan bola sepak, Sukan Olimpik, ucapan tertentu daripada PM ataupun sebagainya. Persoalannya, adakah perkembangan media digital akan menyebabkan media tradisional pupus pada suatu hari nanti?

    Jenayah siber?.. Ini mampu dielakkan jika kita menggunakan media digital dengan betul. Kita tidak seharusnya mendedahkan maklumat peribadi kita di media sosial kerana boleh menyebabkan berlakunya jenayah siber. Bagi saya maklumat peribadi seperti alamat tempat tinggal, nombor telefon, lokasi semasa haruslah tidak didedahkan melalui media sosial kerana boleh memudaratkan keselamatan kita seperti berlakunya pencerobohan identiti, penculikan, ugutan bahkan boleh berlaku pembunuhan.

    Kesimpulannya, sebenarnya media tradisional adalah lebih selamat digunakan berbanding media digital walaupun media digital banyak memberi faedah kepada manusia.

    ReplyDelete
  6. hai inphiniti!
    pada pandangan saya, teknologi tidak menyekat kebebasan kita tetapi kita perlu "menyekat diri sendiri" dalam menggunakan teknologi. “Menyekat diri” yang saya maksudkan ialah menjaga tatasusila dan etika semasa menggunakan teknologi seperti media digital. Seperti yang kita sedia maklum, media digital memudahkan perhubungan kita di mana setiap orang boleh mengakses maklumat atau berhubung antara satu sama lain tanpa batasan dengan sekelip mata.

    Sekiranya kita tidak berhemah atau tidak mengambil langkah berjaga-jaga dalam menggunakan teknologi yang semakin melalaikan, kita mungkian akan membuat kesilapan yang memberi kesan negatif kepada kita. Sebagai contoh, si A bergaduh dengan si B walaupun mereka bersahabat. Namun, si A telah meng”update” status di facebook tentang keburukan si B walaupun punca pergaduhan hanyalah masalah kecil, tetapi ia memberi impak yang besar. Si B akan berasa malu kerana semua rakan-rakan telah mengetahui perkara tersebut. Hal ini boleh menyebabkan putusnya silaturrahim antara mereka. Walaupun si A berbuat demikian hanya kerana sifat marah pada waktu itu tanpa niat untuk memburukkan sahabatnya, kesannya adalah lebih teruk.

    Hal ini demikian merupakan metafora untuk menjelaskan bagaimana kita perlu menyekat diri daripada teknologi kerana kita sebagai pengguna teknologi perlu berhemah dan bijak menggunakannya.

    ReplyDelete
  7. Setiap perkara mempunyai kelebihan dan keburukan. Seperti yang Inphiniti berkata, teknologi baharu akan menyebabkan kepupusan media tradisional, malah ada kemungkinan untuk menyebabkan berlakunya jenayah siber. Saya tidak berpendapat bahawa kita harus mempersalahkan teknologi, di sebaliknya, saya rasa kita harus berjaga-jaga dengan penggunaan teknologi sahaja. Sekiranya kita menggunakan teknologi dengan baik, nescaya, teknologi hanya akan mendatangkan kebaikan.
    Saya amat berminat dengan keputusan soal selidik yang Inphiniti telah lakukan. Secara jujurnya, saya bergantung kepada pelbagai rangkaian sosial dan gajet dalam kehidupan seharian saya. Saya juga tidak mengingati sebarang nombor telefon atau tarikh hari lahir kawan dan ahli keluarga saya. Saya selalu ‘check in’ di setiap tempat yang pernah saya pergi. Selepas membaca artikel anda, baru saya perasan betapa bahaya tingkah laku ini. Melalui ‘Check in’, orang yang beniat jahat mampu mengetahui lokasi kita.
    Selain itu, saya juga ingin komen terhadap penggunaan rangkaian sosial untuk melakukan pembulian. Pembulian Siber harus diberi perhatian kerana kesannya amat mengerikan.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Jika diteliti, teknologi bukanlah sesuatu yang buruk. Hakikatnya teknologi memudahkan lagi kehidupan manusia. Peralatan digital yang kita miliki mampu membantu kita terutama dari segi kekangan masa serta sebagai system perhubungan.
    Namun begitu, terdapat beberapa perkara yang ingin saya sentuh berkenaan dengan media tradisional dan juga media digital. Yang pertama, apabila kita lihat dari konteks alam sekitar, kelahiran media digital akan mengurangkan kadar penggunaan kertas yang mana juga akan mengurangkan kadar penebangan pokok yang dijadikan sebagai bahan mentah untuk penghasilan kertas. Hasilnya, kadar karbon dioksida akan menjadi kurang dan oksigen pula bertambah. Hal ini merupakan sesuatu yang positif bagi kita sebagai makhluk hidupan di bumi. Pemanasan global juga boleh dielakkan.
    Akan tetapi, apabila kita lihat dari konteks ekonomi, kelahiran media digital mengancam industri percetakan. Hal ini kerana, media digital memudahkan pengguna memperoleh informasi yang mereka ingini seperti hiburan dan juga berita. Boleh dikatakan segalanya kini di hujung jari. Berbanding media digital, media tradisional memerlukan banyak kos untuk percetakan dan ada kalanya tidak menjamin pulangan yang berbaloi untuk pengeluar bahan cetakan tersebut.
    Oleh sebab yang sedemikian, orang ramai lebih memilih media digital sebagai pilihan untuk memperoleh berita, maklumat dan juga hiburan.
    Berkenaan dengan penjenayah siber, ia merupakan sesuatu yang serius dan harus ditangani dengan segera. Hal ini kerana perkara berkenaan dengan jenayah siber biasa melibatkan kes penipuan berkenaan dengan duit serta ada kalanya mampu mengancam keselamatan kita. Kekerapan melakukan transaksi wang secara atas talian akan menjadikan kita lebih terdedah kepada menjadi mangsa penjenayah siber. Perkongsian lokasi seperti ‘Check-in’ merupakan sesuatu yang bahaya kerana kita mungkin akan menjadi sasaran kepada penjenayah. Kita tidak tahu taktik yang digunakan oleh penjenayah zaman moden sekarang. Hal ini adalah kerana kepakaran mereka menggunakan teknologi membantu mereka untuk melakukan jenayah tanpa dikesan oleh pihak berkuasa. Oleh sebab yang sedemikian, berhati-hatilah apabila menggunakan teknologi lebih-lebih lagi jika ia melibatkan transaksi wang dan juga keselamatan anda. Sekian..

    ReplyDelete
  10. Hello inphiniti,
    terima kasih atas post yang membuka mata ini. Saya tidak sedar yang selama ini saya mendedahkan diri saya kepada ancaman bahaya. Saya sememangnya seorang yang aktif di laman sosial. Oleh itu, ketika mempunyai momen-momen yang menarik bersama kawan, saya berkeinginan untuk berkongsi saat-saat itu bersama kawan-kawan yang lain dengan maklumat yang terperinci seperti lokasi dan masa. Saya sepatutnya lebih menjaga privasi selepas ini kerana mereka yang mempunyai niat jahat terhadap saya dengan mudah mencari saya kerana tahu informasi mengenai aktiviti saya.

    Selain itu, saya turut bersetuju bahawa pengguna SNS terutamanya facebook bergantung sepenuhnya dengan 'Birthday Reminder' oleh facebook untuk mengingati hari kelahiran kawan-kawan yang lain. Pada tahun-tahun sebelum ini, saya berkongsi tarikh lahir saya secara umum di facebook dan mendapat ratusan komen mengenai ucapan hari lahir untuk saya. Namun pada tahun ini, setelah saya menyembunyikan tarikh lahir, tidak ramai mereka yang sebenarnya ingat tarikh lahir saya. Saya boleh katakan hanya 15 orang daripada ratusan orang rakan di facebook yang mengingati tarikh hari lahir saya. Oleh yang demikian, saya bersetuju bahawa masyarakat yang menggunakan SNS facebook terlalu bergantung dengan aplikasi ini.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih Inphiniti atas perkongsian mengenai penggunaan media ini.
    Saya berminat dengan perkataan menyekat dan disekat seperti yang dikatakan oleh Inphiniti di dalam artikel ini. Mayarakat kini semakin pintar dalam penggunaan media digital seperti yang kita tahu kanak-kanak juga telah didedahkan sejak mereka masih kecil lagi. Dalam hal ini kita tidak dapat menyalahkan media digital kerana bergantung kepada diri setiap individu dalam mengguruskan penggunaanya. Malah media social seperti yang ditunjukkan dalam kajian yang dilakukan di atas mencerminkan bahawa tiada lagi rahsia tentang diri sendiri kerana semuanya didedahkan melalui media social seperti hidup kita ini wajib dikongsikan dengan semua orang. Perkara ini lebih memudahkan penjenayah yang melakukan jenayah siber menjadikan kita sebagai mangsa sasaran mereka.
    Kesimpulannya disini jika kita adalah pengguna yang bijak kita mampu menyekat diri sendiri daripada terus alpa dengan kecanggihan teknologi yang ada manakala jika kita pengguna yang terlalu aktif sehingga tanpa kita sedari kita telah melakukan sesuatu yang boleh membawa kita ke penjara ini bermakna kita elah disekat oleh media itu sendiri.

    ReplyDelete