Bunyinya agak rasis apabila kita menyebut bahawa ‘Sarawak
for Sarawakian’ yang bermaksud Sarawak hanya untuk Orang Sarawak. Namun, itulah
realiti yang perlu kita ketahui bahawa negara kita Malaysia menghadapi satu krisis
atau sengketa antara satu dengan yang lain. Malah, ‘Sarawak for Sarawakian’ ini
merupakan satu tentangan terhadap sikap kerajaan yang sambil lewa serta tidak
berlaku adil kepada penduduk tempatan (http://reptoz.com/?p=3146).
Slogan
Sarawak for Sarawakian ini telah lama wujud. Menurut Jurucakap STAR Sarawak,
Zulfakar Sa’adi di dalam Malaysian Today pada 10 April 2014, beliau mengatakan
bahawa Sarawak For Sarawakian ini telah digunakan berates ribu rakyat Sarawak
yang menyertai perhimpunan demonstrasi yang dianjurkan oleh pelbagai gerakan anti-Malaysia
pada tahun 1962. (http://www.malaysia-today.net/slogan-sarawak-for-sarawakians-sudah-lama-wujud/
)
Selain
itu, Melanau Blogger juga mengeluarkan pendapat penulis mengenai halaman
Sarawak For Sarawakian ini. Penulis blog menyatakan bahawa slogan Sarawak For
Sarawkian sememangnya sudah menjadi ramuan utama dalam propaganda parti dari Malaya
yang bermain politik di Sarawak. Malah slogan itu berjaya memancing sentiment pemimpin
tempatan di Sarawak. (http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakian.html)
Sumber dipetik
daripada http://www.sabahsarawakmerdeka.com/2015/04/ada-apa-dengan-perkataan-keluar-pada.html
Jika
dilihat dengan lebih jelas, kewujudan blog ini adalah bertujuan untuk menentang
kerajaan serta protes untuk mendapatkan hak yang sepatutnya diperolehi oleh
masyarakat di Sarawak. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila Sarawak dan
negeri sejiran iaitu Sabah bertindak untuk keluar dari Malaysia.
Sebaliknya,
terdapat masyarakat di Sarawak yang tidak bersetuju dengan idea ini. Bagi mereka, ia tidak kira sama ada
Sarawak adalah sebuah negeri atau negara kerana Sarawak telah hidup secara aman
dengan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Semenanjung Malaysia untuk 51 tahun
di mana beberapa negara lain tidak boleh mencapai perpaduan yang kita kecapi
selama ini. Sebahagian daripada mereka berkata Sarawak tidak bersedia untuk
menjadi dengan sendiri kerana ia kekurangan tenaga kerja dan bahawa ia harus
mengamalkan dasar pintu terbuka.
Remaja atau orang dewasa?
Golongan
remaja merupakan peringkat umur yang sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba
dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi seorang dewasa. Pada peringkat ini,
kita mudah terpengaruh dengan segala perkara yang baru dan mudah didesak oleh
golongan tertentu. Kebanyakkan yang menyertai halaman (page) Sarawak For Sarawakian ini adalah terdiri daripada golongan
remaja. Justeru, golongan remaja yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT)
samada Swasta mahupun Kerajaan juga pengikut tegar halaman ini terutamanya
penduduk tempatan. Pemikiran yang baharu serta kearifan dalam politik golongan
ini adalah menjadikan halaman Sarawak For Sarawakian ini menjadi lebih hangat
apabila meperdebatkan pelbagai isu yang berkaitan dengan kerajaan khususnya.
Adakah anda sebahagian daripada golongan ini?
Sarawak For Sarawakan : Medium yang digunakan
Penggunaan laman sosial seperti facebook adalah amat pantas dalam meyebarkan maklumat kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, hampir semua orang dapat mengakses kepada internet masa kini dan mencari maklumat serta perkembangan semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Begitu juga dengan pasukan Sarawak for Sarawakian ini. Mereka menggunakan facebook untuk menyatakan propaganda serta slogan untuk menarik minat pelbagai peringkat umur serta kepelbagaian kaum yang ada di sarawak untuk bertindak dalam menuntut keadilan. Justeru, youtube juga digunakan sebagai medium kepada masyarakat yang ingin menyokong kewujudan halaman Sarawak for Sarawakian ini. (https://www.youtube.com/watch?v=-hQP4LGQkMA). Pembaca yang budiman, apakah halaman Sarawak for Sarawakian ini adalah satu platform yang baik untuk bersuara? Apakah impak halaman (page) sebegini terhadap negara dan masyarakat?
I come from Selangor, probably one of the more racist state in Malaysia. The peoples are divided clearly according to religion and belief systems. But Sarawak has changed me. Upon reaching here, I saw things that surprised me like wet market selling both halal and haram food; I ate with the Muslims in a same eating place. I have also befriended a lot of Muslims friends in Sarawak.
ReplyDeleteI have never thought I get to learn how and when to speak Bismillah, Alhamdullilah, Insya-Allah and other Muslimic words. My friends and I of different religions share stories and knowledge of our own religions and beliefs.
I love Sarawak. But I disagree with what a certain Sarawakians are doing to 'protect' Sarawak.I dislike how they use new tech to promote such ideology.
Political agendas aside, Sarawak has all the beautiful places and nice peoples. Such ideology might have spoil Sarawak's best features. In addition, using of new tech to promote such ideology can be very harmful, as they are peoples from all ages using the internet. The peoples can be easily influenced and affected.
Hai inphiniti!
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian maklumat yang berguna ini. Sebagai seorang penetap di bumi kenyalang, saya melihat agenda politik menjadi keruntuhan serta ketidaksefahaman dalam kalangan rakyat. Jika kita dapat melihat bahawa negeri sarawak merupakan negeri yang memiliki pelbagai kaum seperti Iban, Melayu, Cina, Bidayuh dan sebagainya. Meskipun kehidupan di negeri ini masih lagi kurang dari aspek pembangunan, tetapi ia kaya dengan perpaduan antara kaum.
Saya melihat bahawa halaman Sarawak for Sarawakian ini lebih menjurus kepada penentangan terhadap pihak kerajaan dan bukan masalah perkauman atau kenegerian. Justeru, ia lebih cenderung kepada sesuatu yang negatif kerana cuba menyuntik semangat 'menentang' sebelah pihak. Hal ini berlaku mungkin kerana terpengaruh dengan cara orang luar (negara lain) dalam memprotes kerajaan yang memerintah dan ia dilihat tidak sesuai dengan norma-norma orang kita yang terkenal dengan budi pekerti yang tinggi.
Hasilnya hanya mengundang pertelingkahan sesama rakyat. Kerajaan seharusnya bertindak adil dalam melaksanakan tugas untuk lebih lama memerintah dan bukan hanya melihat sesuatu isu sebelah mata sahaja. Sebagai kesimpulan, halaman Sarawak for Sarawakian perlu diteliti kembali kewujudannya. Banyak perkara yang perlu difikirkan untuk tidak memecahbelahkan masyarakat yang sekian lama terjalin hubungan. Sekian.
Hai Inphiniti !
ReplyDeleteSarawak for Sarawakians. Bunyi memang racis namun saya percaya slogan seperti ini wujud mestilah mempunyai sebab yang tertentu. Pertama kali saya mendengar slogan ini saya sebagai orang Sarawak sendiri sebenarnya tidak senang dengan kewujudan slogan ini. Pada saya, slogan ini menimbulkan dan menjadi penyebab kepada perpecahan kepada tiga tempat utama yakni Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia sebagai satu negara Malaysia. Kewujudan blog-blog malahan page-page mengenai Sarawak for Sarawakians ini pula seperti minyak yang ditumpahkan ke api yang semakin menyemarakkan kehangatannya. Walhal pengikut-pengikut yang juga terdiri daripada warga Sarawak ini sebenarnya hanya mengikut sahaja tanpa tahu susur galur cerita yang sebenar.
Pertama, kewujudan slogan dan blog ini sebenarnya meluahkan rasa kepada kerajaan kerana sumber dan hasil yang datang dari Sarawak tidak dibahagi sama rata asalnya kepada penduduk Sarawak. Mereka sibuk mengatakan hasil bumi Sarawak hanya menguntungkan masyarakat di Semenanjung Malaysia. Impaknya sehingga kini, Sarawak dikatakan mundur berbanding negara-negara di Semenanjung Malaysia. Namun hal ini semakin mengganas apabila isu perkauman dan komen serta ‘status’ twitter atau Facebook sebilangan masyarakat semenanjung Malaysia yang mengutuk dan menghina orang-orang Sarawak. Maka di sini lebih jelas lagi penyalahgunaan media baru ini meningkatkan perasaan etnosentrisme dalam kalangan masyarakat.
Pada pandangan saya sendiri, protes atau rasa tidak puas hati ini sepatutnya ditunjukkan melalui medium lain yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat lain. Kenapa? Perlu dititikberatkan adalah impak sebelum mewujudkan halaman atau blog yang menjurus kepada perkauman atau kenegerian ini. Mengakhirkan negara Sarawak secara berasingan bukanlah sesuatu yang mudah dimana permulaannya menjadi negara Malaysia juga bukanlah sesuatu yang mudah. Berbalik kepada sejarah, masyarakat kini tidak boleh membuta tuli membuat keputusan kerana sebenarnya hal ini dimulakan oleh orang-orang terdahulu. Maka perlu fikirkan semula siapa sebenarnya yang harus dipersalahkan. Pengikut-pengikut juga tidak seharusnya membutakan mata memekakkan telinga hanya tahu mengikut namun tidak tahu arahnya ke mana.
Kesimpulannya, walaupun pada mereka hanya dengan cara ini suara mereka didengari namun seharusnya mereka harus bijak memikirkan kesan ke atas apa yang mereka lakukan. Menarik rambut, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak.
Hai Inphiniti..
ReplyDeleteSarawak For Sarawakian sudah tidak asing lagi terutamanya dalam kalangan pengguna media laman sosial. Isu ini yang disebabkan oleh tidak puas hati sesetengah pihak terhadap kerajaan perseketuan dan media yang menjadi sasaran utama untuk dijadikan platform utama bagi menyuarakan ideology mereka adalah laman sosial.
Di negara-negara timur tengah seperti Syria, Egypt, dan Iran mendapat banyak liputan media kerana pergolakan serta rusuhan yang berlaku di negara-negara tersebut. Aktivis di negara tersebut telah menggunakan laman sosial media untuk menyebarkan propaganda politik bagi menentang pihak kerajaan. Laman ini dipilih kerana penggunaanya yang lebih meluas bahkan negara lain juga boleh mengetahui dengan lebih mudah mengenai pergolakan yang berlaku dalam negara tersebut. Keadaan ini menunjukkan laman sosial kini dijadikan sebagai tempat untuk sesuatu isu politik negara.
Jika dibandingkan dengan peperangan retorik Sarawak For Sarawakian yang juga menggunakan laman sosial sebagai platform untuk masyarakat bersuara ada kebaikannya seperti pihak kerajaan mengetahui kelemahan mereka dari segi system pemerintahan. Apabila telah wujudnya isu Sarawak For Sarawakian ini dapat membantu mereka menyusun system pemerintahan dengan lebih stabil, adil dan saksama. Namun dalam semua tindakan juga memang ada keburukannya seperti mewujudkan satu masyarakat yang hanya berani bersuara melalui laman sosial tetapi tidak berani untuk tampil ke muka keadilan yang sebenarnya serta mewujudkan lebih huru hara apanila sesetengah masyarakat yang tidak memahami konsep sebenar sesuatu isu.
Isu ini yang telah membawa kepada kewujudan pelbagai laman di dalam media sosial yang masing-masing mempertahankan hak mereka memberi satu impak yang negative kepada masyarakat dan negara kita Malaysia. Hal ini kerana seluruh dunia boleh mengakses berita menggunakan laman sosial dan ini menjejaskan reputasi negara apabila negara lain mengetahui masyarakat kita sering mengutuk system pemerintahan negara. Kesempatan untuk negara lain masuk campur juga agak luas dan menyebabkan sesetengah pihak begitu mudah untuk campur tangan.
Kesimpulannya, media sosial bukanlah medium yang sesuai untk dijadikan platform bagi menyuarakan segala tidak puas hati terutama yang berkaitan dengan politik negara kerana dapat mencerminkan keseluruhan tentang negara kita.
I think the slogan of "Sarawak for Sarawakians" should be eliminated. It sound funny and contradictory as governments always mentioned "Satu Malaysia" but at the same time they created "Sarawak for Sarawakians".
ReplyDeleteInitially, I think Sarawakians are selfish. However, I changed my minds after I encountered some good experiences in Kuching. There are a few times I faced problems on the road in Kuching. However, peoples at there are friendly and they willing to give me some help without consider who am I or where I came from.
The slogan of "Sarawak for Sarawakians" may influence or pollute the reputation of Sarawak especially when it is shared in social network site. People from the other country may not believe our country as our country is popular with unity among different ethnicities. It may change the perception of people from foreign country easily because things spread widely when it is shared online. It is not fair to the Malaysian when government plays their "political games" and it affected the reputation of residents.
Salam inphiniti,
ReplyDeleteBerkenaan dengan isu ini, iaitu “Sarawak for Sarawakian”, merupakan isu yang sememangnya semakin menjadi-jadi dan berkembang dalam kalangan penduduk Sarawak. Secara peribadi, saya bukan sebahagian daripada golongan ini. Hal ini adalah kerana saya sendiri tidak arif berkenaan dengan refendum Sarawak yang sedia ada. Selain itu juga, saya sendiri tidak tahu motif/agenda sebenar golongan yang menyokong pergerakan ini. Memang saya tahu, secara umumnya gerakan ini adalah hasil daripada rasa tidak puas hati golongan rakyat Sarawak terhadap layanan Kerajaan Pusat dalam pengagihan royalty dan sebagainya, akan tetapi adakah mereka (kumpulan yang menyokong gerakan ini) tahu akan impak tindakan mereka ini terhadap pendapat/persepsi penduduk-penduduk dari negeri lain ataupun pelancong-pelancong dari Negara luar terhadap Sarawak? Adakah mereka (golongan muda) sendiri memahami secara telus motif sebenar perjuangan mereka ini ataupun hanya terikut-ikut dan ingin menjadi sebahagian daripada golongan yang mempertahankan hak rakyat Bumi Kenyalang ini. Mungkinkah mereka hanya menjadi pengikut semata-mata tanpa tahu maksud sebenar perjuanagan ini?
Pernah suatu ketika, slogan “Sarawak for Sarawakian” telah menimbulkan perasaan tidak selesa dalam kalangan penuntut dari Semenanjung yang menuntut di UNIMAS. Saya sendiri pernah ditanya mengenai slogan tersebut. Mereka menyatakan bahawa di negeri tempat asal mereka, perkara sebegini (outgroup) tidak berlaku. Saya sendiri tidak mempunyai idea sama ada untuk menyokong slogan ini atau tidak sebab saya sendiri tidak arif berkenaan dengan maksud sebenar slogan ini dan motif sebenar kumpulan yang mengutarakan isu ini.
Bercakap mengenai halaman yang diberi nama “Sarawak for Sarawakain”, memang betul halaman tersebut merupakan salaf satu platform untuk meluahkan pendapat/suara. Namun begitu, pendapat atau suara yang diluahkan tanpa akal fikiran yang waras sememangnya akan menjadi bencana kepada negara. Ketidakpuasan hati, jika diluahkan tanpa sokongan yang sahih ataupun bukti yang kukuh tidak membawa makna kepada sesuatu kumpulan atupun parti, malah boleh mengkucar-kacirkan keamanan yang sedia ada.
From the political view, I think Sarawak is no satisfied with what they gain from government, if not, they won’s established this kind of blog which is called Sarawak for Sarawakians. It's like they want to chase away non-Sarawakian away from their region. I feel sad about this situation because I love Sarawak so much and I am not Sarawakian.
ReplyDeleteSince I study in UNIMAS, I had changed my perspective to Sarawak. Sarawak is a very beautiful state and rich in the diversity of culture. I enjoy my life over here and I totally in love with Sarawak. As compared to my origin, Johor, Sarawakians are more friendly than what I expected. However, due to some issues happened and arouse this Sarawak for Sarawakians issue is making me sad.
Malaysia has launched a campaign called 1 Malaysia since 2010. Before I come to Sarawak, I cannot feel the spirit of it, I do not feel any 1 Malaysia in my place. After I come Sarawak, this 1 Malaysia is really working on here. Different culture and races living in a great land peacefully, is the real 1 Malaysia. However, some of the Sarawakians from this blog “Sarawak for Sarawakians” seems like do not want to have any relationship other than Sarawakians, and keep using social media and new technology in promoting their agenda, brainwashing the readers.
This will bring a negative impact to the society, especially children who do not know the true story behind will follow this rumor and become racists. Therefore, government should take this issue seriously and find solution for it to avoid unharmony nation.
Isu Sarawak for Sarawakian merupakan isu yang sangat sensitif. Ya, saya akui sebagai seorang rakyat senegara namun bukan senegeri, yang menetap di Sarawak berasa kecil hati dengan slogan Sarawak for Sarawakian ini. Sudah tentulah ini tujuan kumpulan ini bagi menegakkan dan menuntut hak negeri Sarawak terhadap negara Malaysia.
ReplyDeleteBagi saya, golongan ini hanya menggunakan Facebook untuk menyebarkan dakyah dan mengumpul ahli yang sebanyak mungkin kerana kerajaan tidak menyekat penggunaan Facebook. Facebook merupakan hasil daripada kemajuan teknologi kini.
Sudah tentunya teknologi memudahkan manusia namun kemudahan yang ada disalahgunakan oleh masyarakat sekarang untuk kepentingan dan kepuasan diri. Sekiranya berlaku perselisihan faham ataupun konflik, selesaikan secara berhemah dan bukannya membuat koloni terutama sekali dalam media sosial.
Kesimpulannya, tidak semua individu sudah bersedia dengan teknologi yang semakin berkembang maju malah kebanyakannya menyalahgunakan teknologi untuk kepetingan tertentu tanpa memikirkan kesan dan akibat.
Sejak beberapa tahun ini ideologi Sarawak for Sarawakian tersebar meluas di seluruh Sarawak dan juga seluruh Malaysia melalui media sosial seperti Facebook dan Youtube. Pada pandangan saya, ideologi ini dibangkitkan kerana rasa tidak puas hati rakyat Sarawak terhadap pemerintahan kerajaan pusat. Masyarakat Sarawak seolah olah ditindas terutama dari segi pembangunan infrastruktur. Meskipun sudah lama merdeka Sarawak masih lagi mundur dari segi pembangunan infrastruktur seperti bangunan pencakar langit yang masih kurang, sistem jalan raya yang masih sehala dan yang paling jelas adalah penyaluran bekalan elektrik. Meskipun Sarawak memiliki banyak empangan penjana kuasa elektrik, namun hampir separuh kawasan di Sarawak tidak mempunyai bekalan elektrik.
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan penyebaran ideologi Sarawak for Sarawakian ini melalui media sosial untuk mendesak kerajaan supaya berlaku adil. Media baru seperti media sosial merupakan platform yang sesuai untuk kita sebagai rakyat bersuara demi menegakkan kebenaran untuk memberi tekanan kepada pemimpin. Walaupun terdapat saluran yang betul untuk bersuara, saya berpendapat bahawa medium tersebut seolah-olah sudah lapuk dan tidak berfungsi lagi. Di samping itu, pada pandangan saya ideologi ini ditujukan kepada pemimpin kerajaan pusat sahaja dan bukannya untuk mewujudkan sentimen kenegerian.
Kesimpulannya, ideologi Sarawak for Sarawakian melalui media sosial bukan untuk dibangkitkan sesuka hati, namun suara rakyat Sarawak yang menginginkan keadilan dalam pembangunan.
Terma Sarawak for Sarawakian tidak lagi asing bagi penduduk Sarawak itu sendiri mahupun orang luar yang menetap di Sarawak. Isu ini timbul bilamana rakyat-rakyat yang prihatin terhadap perjanjian rakyat di Borneo (Sabah & Sarawak) sebelum menyertai Malaysia telah dimungkiri. Hal yang dimaksudkan adalah Perjanjian 18 Perkara Negara Sarawak dan Perjanjian 20 Perkara Negara Sabah. Anak-anak muda yang berpendidikan ini sedar akan ketidakadilan yang berlaku dan bertindak untuk membangkitkan semangat masyarakat tempatan menentang kecacatan yang berlaku terhadap perjanjian-perjanjian ini.
ReplyDeleteSeperti saudara Joshua, saya juga bersetuju dengan ideologi ini kerana dapat menggesa kerajaan untuk bertindak adil dan menghormati perjanjian ini. Mungkin mereka yang tidak tinggal di Bumi Kenyalang dan Bumi di Bawah Bayu tidak memahami atau tidak menghargai perjanjian ini kerana bagi mereka isu ini tidak sepatutnya dibahaskan demi menjaga kepentingan bersama. Namun bila berbicara mengenai kepentingan bersama, adakah hasil bumi yang dihisap keluar dari tanah-tanah yang kaya dengan hasil mineral ini dapat dinikmati bersama? Kalau ada, mana buktinya? Benar, Malaysia dapat menjamin keselamatan rakyat Sabah dan Sarawak sehingga kini. Tapi persoalannya, sampai bila?
Dari apa yang saya lihat, penyebaran ideologi Sarawak for Sarawakian melalui media sosial terhadap masyarakat umum boleh dikatan berjaya kerana dapat menyebarkan fahaman dengan cepat. Sekiranya kita berlegar-legar di sekitar bandaraya Kuching, hampir semua kereta mempunyai pelekat 'Sarawak For Sarawakian'. Hal ini menunjukkan betapa ideologi ini berjaya disebarkan dalam tempoh yang singkat.
Bagi mereka yang tidak faham, ideologi ini adalah bertujuan untuk menyebarkan kesedaran terhadap kepentingan memenuhi perjanjian yang telah dibuat sebelum pembentukan persekutuan Malaysia. Bukannya bertujuan untuk menyebarkan kebencian di dalam kalangan rakyat Malaysia seperti yang didakwa oleh beberapa blogger di negara ini.