Thursday, 2 April 2015

[W4c] Berita blog (news blog) dan laman web berita atas talian (online website news)

Malaysian Review, Berita Semasa dan Malaysian Insider kini bukanlah asing lagi bagi masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi dengan kehadiran media sosial. Amnya kini terdapat sebilangan daripada kita mengetahui dan meninjau dengan lebih lanjut berita yang terkini melalui media baru. Namun begitu, berbanding surat khabar atas talian, seperti Kosmo Online dan Sinar Harian, kini terdapat pelbagai pihak yang mengolah blog khas dan laman web khas untuk berita-berita ini. Maka wujudlah wartawan-wartawan dalam kalangan masyarakat sendiri atau dikenali sebagai wartawan warga.

Berita Blog (News Blog)        
    
Ingat lagi spekulasi mengenai hilangnya MH370 pada 8 Mac 2014? Malaysia dicemuh sebahagian besar warga dunia. Sebilangan masyarakat China menggila dengan kecuaian yang dikatakan berpunca dari pihak Malaysia. Kehilangan besi bersayap besar yang menerbangkan seramai 239 nyawa tidak pernah dijumpai sehingga kini membuktikan wujudnya berita blog bahkan berita-berita seperti kehilangan MH370 dan tertembaknya MH17 diibaratkan seperti baja menjadikan berita blog ini bercambah dari hari ke hari. Hal ini kerana berita yang disiarkan sangat pantas, cepat, lebih terbuka dan tidak seperti media tradisional yang mempunyai limitasi dalam mengolah berita.


Sumber: musramrakunman.blogspot.com.

Apa itu berita blog? Berita blog ini merupakan berita yang disampaikan dengan menggunakan blog sebagai medium utama. Dahulunya, blog lebih digunakan sebagai tempat masyarakat menceritakan pengalaman dan kisah kehidupan mereka selain sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat, idea, pendapat, gambar dan ruang untuk berdebat tanpa sekatan “gatekeeping” oleh media tradisional. Namun kini, blog dijadikan satu medium yang sangat penting bagi menyampaikan berita yang diolah oleh seseorang yang digelar wartawan warga.

Menurut kajian, blog telah menjadikan kewartawanan warga dalam talian mula berkembang lewat 1990-an. Dikatakan penulis-penulis blog pada tahun 1998 mula menjadikan blogging sebagai hobi rasmi apabila ketika itu Malaysia digemparkan dengan isu penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad. Chamil Wariya mengatakan pada masa tersebut wujudlah blog-blog yang aktif meluahkan rasa tidak puas hati dan kononnya membongkar segala rahsia tentang  kepimpinan Tun Dr. Mahathir dan konco-konconya.

Laman web berita dalam talian (online website news)

Jika berita blog menggunakan blog sebagai medium utama, konsepnya masih sama dengan laman web berita dalam talian. Bezanya, laman web berita dalam talian ini menggunakan laman web sebagai medium penyebaran berita dan ini berbeza dengan surat khabar atas talian kerana laman web berita dalam talian tidak dicetak. Selain daripada itu, laman web berita ini juga lebih bersifat berkumpulan bukan dimiliki individu tertentu sahaja sepertimana kebiasaan berita dalam blog. Malaysiakini.com merupakan salah satu contoh awal batu asas kepada laman web berita dalam talian yang lain. Walaupun telah digunakan lewat tahun 1990-an iaitu semasa pilihan raya tahun 1999, namun media alternatif ini mula popular ketika pilihan raya umum 2004 dan diikuti dengan Agendadaily.com. Dasar langit terbuka disamping tiada tapisan ke atas internet sepertimana termaktub dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah banyak memperlihatkan kehadiran portal berita jenis ini dari tahun ke tahun contohnya TheMalaysianInsider, Malaysian Review dan Free Malaysia Today.

Kebaikan dan keburukan

Istimewanya, blog dan laman web ini merupakan satu inisiatif dalam melahirkan wartawan warga yang terdiri daripada rakyat biasa untuk melaporkan berita atau meluahkan pandangan tentang kejadian-kejadian yang berlaku di dalam mahupun luar negara. Oleh kerana penyampaian berita melalui medium ini bersifat bebas dan berfungsi tanpa melalui proses editorial, berita yang disampaikan juga lebih bersifat objektif dimana ia merupakan berita rakyat yang diolah oleh rakyat dan ditujukan kepada rakyat.

Walaupun kebanyakan berita atas talian ini boleh dikatakan bersifat radikal namun sifat bias dalam sesuatu berita masih dapat dikenal pasti. Oleh kerana berita bercetak yang bersifat status quo, berita talian dijadikan jalan terbaik bagi pihak tertentu mendapatkan pengaruhnya tersendiri. Walaupun kebanyakan berita atas talian mendakwa menyediakan liputan berita yang bersifat bebas, berkecuali, adil dan seimbang namun persoalan pembinaan agenda mungkin relevan.

Nyatanya kini sebilangan besar rakyat di negara ini berasa keliru dengan sistem politik negara lebih-lebih lagi dengan kewujudan berita-berita yang tidak pernah didedahkan sama sekali melalui media tradisional.

Namun begitu, berita jenis ini masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tambahan lagi dengan keghairahan penggunaan internet pada masa kini. Berbanding surat khabar bercetak, sistem demokrasi dalam media massa lebih tampak dengan jelas kerana rakyat bebas untuk bersuara walaupun hanya di dalam skrin semata-mata. Setiap blog dan berita dalam laman web menyediakan kolum khas kepada pembaca untuk memberikan pandangan dan pendapat masing-masing. Namun dapat dilihat ini merupakan agenda penulis dan pemilik setiap blog dan laman web berita untuk mengetahui dan mendapatkan pengaruh-pengaruhnya tersendiri.

Di sisi lain, wujud pejuang-pejuang tidak berbayar atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior. Masyarakat dikatakan ‘minah karan’ dan budaya ketimuran yang sinonim dengan masyarakat Malaysia seperti tidak relevan lagi digunakan pada masa kini. Melalui kolum komen-komen ini juga, bukan sahaja rakyat Malaysia bahkan orang luar boleh menilai sendiri timurnya rakyat Malaysia. Tambahan pula, kesahihan berita yang disiarkan tidak dapat dipercayai seratus peratus sebagaimana yang kita tahu ia ditulis oleh wartawan warga yang boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. 


                 Komen pembaca mengenai pelaksanaan GST. Sumber: tunfaisal.blogspot.com

Seharusnya, tempoh 16 tahun perkembangan berita blog dan laman web berita dalam talian sudah dapat mendewasakan pemikiran kita sebagai rakyat Malaysia. Pada pendapat penulis, berita yang disiarkan melalui medium ini sangat bijak digunakan jika media literasi diterapkan seiring dengan percambahan trend berita blog dan laman web berita yang menjadi pilihan masyarakat kini. Jika penulis berita ini bijak menggunakan media literasi ke atas media baru ini, tidak mustahil suatu hari nanti berita dalam surat khabar bercetak akan terkubur begitu sahaja.


Sumber: The Malaysian Insider



Bagaimana pula dengan pendapat anda? Adakah berita dalam blog dan dalam laman web masih relevan digunakan dengan keadaan ekonomi, politik dan sosial Malaysia pada masa kini? Haruskan pihak berkuasa menilai semula dasar langit terbuka? Bagaimana pula dengan kesan-kesannya? 

10 comments:

  1. Hi inphiniti....

    Saya sangat tertarik dengan artikel ini. Saya berpendapat bahawa blog adalah sangat relevan digunakan pada masa kini. Blog adalah ibarat mulut masyarakat pada masa kini untuk mereka bersuara untuk meluahkan apa yang mereka ingin sampaikan sama ada kritikan atau sanjungan. Jika tiada blog, tiada medium lain untuk rakyat bersuara. Bukan sahaja rakyat biasa, bahkan pemimpin kita sendiri turut memiliki blog. Walaupun blog sering kali dianggap bias, namun apa yang ditulis dalam blog tersebut adalah dari hati nurani penulis sama ada untuk kepentingan diri atau rakyat. Kita juga mampu melihat tahap kematangan penulis tersebut melalui penulisan beliau. Jika blog tersebut ditulis tanpa sebarang bukti atau untuk kepentingan peribadi sudah pasti itu adalah orang yang boleh dianggap bodoh atau tidak berakal.

    Kerajaan wajar melaksanakan terus dasar langit terbuka. Kerajaan tidak harus menyekat kebebasan bersuara rakyat. Jika kerajaan memerintah dengan telus dan amanah tiada apa yang perlu disekat atau ditakutkan. Kerajaan harus menerima segala kritikan rakyat kerana melalui kritikan barulah kita tahu akan kelemahan kita. Saya sedar bahawa tidak semua kritikan adalah relevan, namun kerajaan harus bersikap ambil yang jernih, buang yang keruh.

    Kesimpulannya, rakyat adalah negara dan negara tidak akan wujud tanpa rakyat. Oleh itu, kerajaan haruslah tidak menyekat kebebasan suara rakyat. Tambahan pula, negara kita mengamalkan pemerintahan ‘demokrasi’.

    ReplyDelete
  2. Hello inphiniti,

    Satu isu menarik yang mengetengahkan hal-hal yang berkaitan dengan berita blog. Pada pendapat saya sendiri, berita blog sangat seronok untuk dibaca kerana menggunakan ayat-ayat santai dan ini menarik minat para pembaca. Berbeza dengan surat khabar atas talian oleh syarikat-syarikat berita terkemuka, mereka lebih formal dalam menyampaikan berita dan ini membuatkan masyarakat bosan dengan perkara ini.

    Meskipun begitu, saya tidak dapat melihat apa sebab-sebab untuk masyarakat kita lebih mempercayai berita blog berbanding akhbar atas talian. Hal ini kerana, pada pendapat saya sendiri, berita blog menyebarkan berita yang tidak mempunyai sumber-sumber yang boleh dipercayai. Malaysia telah dilanda musibah berikutan kes kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014. Akibat daripada insiden ini, banyak berita blog yang menjadi terkenal dengan sekelip mata. Sebagai contoh, satu blog yang bertajuk 'bradokapak' menyebarkan berita yang bersifat tuduhan liar semata-mata dengan sumber-sumber yang sangat meragukan (kawan kepada kawan, kawan yang bekerja sebagai polis, ister kepada kawan dsb). Sebagai seorang wartawan yang beretika, dia seharusnya mendapatkan fakta daripada badan-badan organisasi profesional dan bukannya melalui individu-individu yang tidak dapat disahkan kredibilitinya. Malah, apa yang lebih menyedihkan apabila saya melihat terlalu ramai masyarakat yang percaya dengan berita yang berkonsepkan teori konspirasi ini. Mereka sepatutnya memperolehi informasi yang sepatutnya melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, bukannya melalui media tidak berkredibiliti seperti blog ini. Sebagai bukti, berita mengenai kehilangan pesawat MH370 ini telah mencapai hit dengan nilai ribuan perkongsian di dalam media sosial Facebook.

    Oleh yang demikian, saya sememangnya merasakan bahawa berita blog tidak relevan kerana berita-berita kebanyakannya disiarkan menggunakan sumber-sumber yang tidak kukuh. Saya menyarankan khalayak ramai untuk memilih dengan berhati-hati sumber informasi agar tidak terpedaya dengan pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi.

    ReplyDelete
  3. Hi Inphiniti, thank you for sharing a wonderful article to us. In my opinion, online news and news in blog is relevant to use in our country. As everyone know, Malaysia is a democratic country. The ruling parties are elected by a voting system from citizens. Although those ruling parties may help citizens to solve the problem, but citizens need a platform to express their thoughts.

    Usually in the traditional media, is mostly one way communication. As an example, the newspaper only publishes the news and information to the readers, there is no way for the reader to give feedback. If there is a way to give feedback, the officer or staff of that particular newspaper company will also filter the messages. Therefore, online news in the blog or news portal are the platform for citizens to express anything they want.

    From the article above, we can see that there are some news portal do provide a comment box to the readers. Readers can express their idea in the comment box, which become a two ways communication, between readers and the news portal. For the particular parties related to the news, they are able to read the idea from the readers.

    However, this may cause some issues happened, especially involving the topic regarding the economics, politics and social issues. As an example, a news regarding about the campaign “I want to touch a dog” had been discussed and argue on the social media. There are many comments from citizen and reader on the social networking website in arguing this issue. It was like a war between the readers because each of them think that their points were right. Moreover, this issue is sensitive because it actually related to religion issue. The argument over the social networking website can be harmful or bring a bad impact to our society.

    ReplyDelete
  4. Hai Inphiniti,

    Sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini, ramai dalam kalangan masyarakat kita semakin cekap menggunakan pelbagai media yang ada. Penggunaan blog serta laman media sosial bukanlah suatu yang asing lagi bagi masyarakat kita. Maka, tidak hairanlah sekiranya kita disajikan dengan pelbagai berita serta informasi yang melimpah menerusi blog-blog dan sebagainya. Pada pandangan saya, penulisan artikel melalui blog adalah sangat relevan dalam melahirkan golongan cendiakiawan dalam negara kita. Kebebasan dalam meyuarakan pendapat, perkongsian info, serta memberikan hujah-hujah terhadap rasa tidak puas hati biasanya ditulis di dalam blog. Hal ini bukanlah menjurus kepada suatu yang negatif tetapi membawa kepada suatu yang positif apabila ada pihak yang mengambil peduli akan setiap pekara yang dihujahkan.

    Justeru, blog yang ditulis berkaitan dengan politik biasanya mewujudkan 'kemarahan' sesebuah pihak. Misalnya, baru-baru kita dihangatkan dengan berita mengenai GST yang mana ramai pihak tidak bersetuju dengan kewujudannya. Ia seperti memberikan beban kepada ramai dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan yang berpendapatan rendah. Berdasarkan satu artikel yang ditulis dalam blog KopitiamEkonomi yang bertajuk "Makanan naik harga, kita naik baran" pada 11 April 2015, penulis mengatakan bahawa kenaikan harga barang secara mendadak oleh kerajaan persekutuan adalah tidak masuk akal. Berita atau informasi seperti ini sukar ditemui di dada-dada akhbar kerana melalui proses editing dan terpaksa menjaga aib kerajaan yang memerintah.

    Berkenaan dasar langit terbuka, bagi saya kerajaan tidak perlu untuk memansuhkannya. Dasar ini bagi saya merupakan satu plaform kepada kita untuk bertindak dimana kita bukan hanya menurut setiap yang diminta oleh pihak tertentu malah kita mempunyai hak untuk bersuara sekiranya ada perkara tidak relevan dengan kita. Sekian.

    ReplyDelete
  5. I believe in democratic society brings more development to the peoples. In order to achieve that, I do think that online new portals (especially those which are not counterparts of offline papers) are playing important roles.
    Mainstream media is being heavily controlled. Part of the reasons is because the government has to make sure the peoples are united in order to achieve an integrated goal. However, at this era, the development of technology is too advanced. The more the government tries to hide, the more the peoples are suspicious about the government. The government should not try to control the online news sources already. Instead, the government need to be more transparent.

    To be frank, I no longer trust the mainstream media content. I go online to read on the news to have more perspectives on an issue. However, I also realize some online news portals were as bias as the mainstream media. It is sad that now the peoples no longer have the rights to know what happened in their surroundings.

    As a communication student, I wish to see a more transparent, more professional and more ethical news industry in Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Hai…

    Pada zaman yang makin berkembang maju dari aspek teknologi, saya yakin kebanyakan masyarakat sekarang lebih gemar untuk membaca berita daripada blog-blog atau laman sesawang. Dengan kesibukan serta diiringi dengan kemajuan teknologi, masyarakat lebih mudah untuk mendapat maklumat terkini dengan aplikasi dan rangkaian internet pada telefon pintar. Di samping itu, ia juga dapat menjimatkan kos berbanding membeli surat khabar.

    Walau bagaimanapun, berita atau maklumat yang diperoleh dari laman sesawang adalah meragukan. Seperti yang dinyatakan oleh penulis, berita blog tidak mempunyai sistem “gate keeping” yang mengawal pengeluaran sesuatu berita. Pada pendapat saya, berita blog bukan sahaja meragukan, tetapi ia juga mungkin lebih telus berbanding berita bercetak.

    Namun, sebagai individu yang berhemat, sekiranya terdapat sesuatu berita yang disebarkan melalui laman sosial haruslah dikaji dahulu adakah berita atau maklumat tersebut sahih atau tidak sebelum menghebahkannya.


    ReplyDelete
  7. Hai Inphiniti! 

    Berita blog dan laman web berita atas talian? Bercerita mengenai berita-berita di Malaysia. Setakat hari ini belum ada satu pun berita dari mana-mana sumber yang boleh saya katakan menjadi sumber rujukan saya jika ia berkaitan politik! Oleh sebab itu, saya tidak suka berbincang mengenai sistem politik di negara ini kerana pihak kerajaan atau pembangkang kedua-duanya sama sahaja menjadikan berita bercetak, berita blog dan berita atas talian sebagai luahan rasa mereka. Mangsanya ? Masyarakat dan lebih kesian lagi karyawan-karyawan seperti wartawan yang cuba menyuarakan luahan hati masyarakat.

    Tidak cukup dengan media tradisional, media baru juga cuba dimonopoli oleh mereka-mereka ini. Masing-masing menceritakan kelebihan masing-masing dan keburukan orang lain. Seolah-olah tiada perkara lain yang lebih penting. Nyatanya, kehadiran berita blog dan berita atas talian ini mewujudkan satu transformasi baru kepada pemikiran masyarakat walaupun sebenarnya tidak dapat dipercayai kesahihannya. Walaupun begitu, sedikit sebanyak berita yang tidak sahih ini berjaya menarik kepercayaan masyarakat kerana selalunya cerita yang disiarkan seolah-olah tidak mustahil terjadi. Contoh terbaik ialah kehilangan MH370!

    Dasar langit terbuka? Pada saya ia tidak menjadi masalah namun pihak tertentu perlulah menyediakan satu sistem yang benar-benar telus dalam menangani masalah ini. Walaupun berita yang disiarkan hasil karya rakyat untuk rakyat namun apa yang perlu dikhuatiri ialah rakyat tipu rakyat.

    ReplyDelete
  8. I think blog and online news portal play an important role especially in democratic country like Malaysia.

    As we know, every printed news are belong to political parties. Therefore, the news reported by each printed news company are definitely contain certain bias. However, when news are reported in online news portal or blog, it will become less bias. All people are allowed to voice out their opinion and had their discussion in blog or online news portal instead of just listen to one party's point of view. It is fair to readers when they are allowed to give feedback after they read online news. However, there is disadvantage of online news because all people are allowed to report news online and it is difficult for readers to identify whether the news reported are true or fake.

    However, it is still important for people to give comment on the news reported online. All the readers can read through the comments and make their own decision on which parties to be trusted. In my opinion, blog is one of the medium which provide the chances for readers to voice out. So, blog can actually help the country to achieve democratic. I think blog or online news portal will provided more positive consequences rather than negative consequences to a country.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih Inphiniti dengan artikel yang diperkongsikan..
    Saya berpendapat bahawa blog tidak relevan lagi digunakan sejajar dengan perkembangan politik dalam negara kita Malaysia. Sesetengah blog digunakan untuk memberi rumusan dari berita yang telah disiarkan di portal berita-berita atas talian. Kandungan blog itu sendiri akan memberi satu spekulasi yang berat sebelah atau tidak benar terhadap sesuatu isu yang ditimbulkan.
    Isu yang paling dekat dengan kita iaitu isu Sarawak Sabah Keluar Malaysia atau SSKM telah memperjuangkan ideologi mereka melalui laman blog itu sendiri kesannya banyak lagi blog-blog yang mempunyai ideologi yang sama diwujudkan akibat isu ini. Walaupun blog merupakan tempat untuk masyarakat menyuarakan pendapat atau sebagai satu medium untuk mengeluarkan ketidakpuasan hati mereka tetapi kesannya sangat bahaya kepada negara. Melalui perkara yang ditumbulkan mengenai politik dari laman blog ini boleh mempengaruhi fikiran masyarakat kerana mereka menganggap blog adalah satu-satunya tempat yang tidak ditapis oleh pihak kerajaan dan apa yang disampakan adalah benar. Pi8hak yang bertanggungjawab haruslah menilai semua dasar mengenai penggunaan media dalam negara kita Malaysia ini seperti yang telah dilakukan kepada salah satu laman blog SSKM yang telah disekat.
    Kesimpulannya wartawan warga masa kini perlu menilai sifat sesuatu berita yang ingin dipaparkan sama ada bersifat positif, negatif, atau neutral supaya tidak meghancurkan keselamatan negara.

    ReplyDelete
  10. Salam inphiniti
    Berita dalam blog dan dalam laman web memang relevan asalkan segala maklumat ataupun info yang dikongsikan berasaskan fakta dan sumber yang sahih. Memang tidak dinafikan bahawa setiap orang boleh menjadi wartawan warga. Akan tetapi, jika dilihat dari keadaan politik di negara kita pada masa kini, perbalahan melaui media alternative semakin menjadi-jadi lebih-lebih lagi dalam kalangan penyokong parti-parti politik yang bersaing di negara kita. Mungkin disebabkan oleh ideologi politik yang berbeza mendorong kepada tercetusnya perbalahan melaui media alternatif. Namun begitu, adakah ia memberi impak kepada pembangunan negara? Jika tidak, kenapa masih lagi berterusan? Jika ya, buktikan.
    Negara kita masih lagi berada dalam keadaan yang aman, tetapi dengan adanya media alternatif yang mana siapa-siapa sahaja boleh menjadi wartawan warga dan menyebarkan berita, keamanan mungkin tidak akan kekal lama. Kita hidup dalam negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum, jika berita yang disampaikan menyinggung perasaan dan dianggap sensitif, nescaya perpaduan kaum akan retak dan tidak hairanlah isu rasis akan berlaku dan semakin berleluasa. Oleh yang demikian, kepada bloger-bloger ataupun wartawan warga di luar sana, pastikan berita ataupun maklumat anda mempunyai nilai kredibiliti yang tinggi agar anda tidak menjadi punca kepada retaknya keamanan negara.

    ReplyDelete