Friday, 24 April 2015

[W7a] New Media & Identity: Sarawak for Sarawakians?


     Bunyinya  agak rasis apabila kita menyebut bahawa ‘Sarawak for Sarawakian’ yang bermaksud Sarawak hanya untuk Orang Sarawak. Namun, itulah realiti yang perlu kita ketahui bahawa negara kita Malaysia menghadapi satu krisis atau sengketa antara satu dengan yang lain. Malah, ‘Sarawak for Sarawakian’ ini merupakan satu tentangan terhadap sikap kerajaan yang sambil lewa serta tidak berlaku adil kepada penduduk tempatan (http://reptoz.com/?p=3146).

     Slogan Sarawak for Sarawakian ini telah lama wujud. Menurut Jurucakap STAR Sarawak, Zulfakar Sa’adi di dalam Malaysian Today pada 10 April 2014, beliau mengatakan bahawa Sarawak For Sarawakian ini telah digunakan berates ribu rakyat Sarawak yang menyertai perhimpunan demonstrasi yang dianjurkan oleh pelbagai gerakan anti-Malaysia pada tahun 1962. (http://www.malaysia-today.net/slogan-sarawak-for-sarawakians-sudah-lama-wujud/ )
     Selain itu, Melanau Blogger juga mengeluarkan pendapat penulis mengenai halaman Sarawak For Sarawakian ini. Penulis blog menyatakan bahawa slogan Sarawak For Sarawkian sememangnya sudah menjadi ramuan utama dalam propaganda parti dari Malaya yang bermain politik di Sarawak. Malah slogan itu berjaya memancing sentiment pemimpin tempatan di Sarawak. (http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakian.html)


     Jika dilihat dengan lebih jelas, kewujudan blog ini adalah bertujuan untuk menentang kerajaan serta protes untuk mendapatkan hak yang sepatutnya diperolehi oleh masyarakat di Sarawak. Keadaan ini menjadi lebih parah apabila Sarawak dan negeri sejiran iaitu Sabah bertindak untuk keluar dari Malaysia.

     Sebaliknya, terdapat masyarakat di Sarawak yang tidak bersetuju dengan  idea ini. Bagi mereka, ia tidak kira sama ada Sarawak adalah sebuah negeri atau negara kerana Sarawak telah hidup secara aman dengan negeri-negeri lain seperti Sabah dan Semenanjung Malaysia untuk 51 tahun di mana beberapa negara lain tidak boleh mencapai perpaduan yang kita kecapi selama ini. Sebahagian daripada mereka berkata Sarawak tidak bersedia untuk menjadi dengan sendiri kerana ia kekurangan tenaga kerja dan bahawa ia harus mengamalkan dasar pintu terbuka.

Remaja atau orang dewasa?


     Golongan remaja merupakan peringkat umur yang sentiasa mempunyai perasaan ingin mencuba dan sedang menuju ke tahap untuk menjadi seorang dewasa. Pada peringkat ini, kita mudah terpengaruh dengan segala perkara yang baru dan mudah didesak oleh golongan tertentu. Kebanyakkan yang menyertai halaman (page) Sarawak For Sarawakian ini adalah terdiri daripada golongan remaja. Justeru, golongan remaja yang berada di Institut Pengajian Tinggi (IPT) samada Swasta mahupun Kerajaan juga pengikut tegar halaman ini terutamanya penduduk tempatan. Pemikiran yang baharu serta kearifan dalam politik golongan ini adalah menjadikan halaman Sarawak For Sarawakian ini menjadi lebih hangat apabila meperdebatkan pelbagai isu yang berkaitan dengan kerajaan khususnya. Adakah anda sebahagian daripada golongan ini?

Sarawak For Sarawakan : Medium yang digunakan

     Penggunaan laman sosial seperti facebook adalah amat pantas dalam meyebarkan maklumat kepada masyarakat. Hal ini demikian kerana, hampir semua orang dapat mengakses kepada internet masa kini dan mencari maklumat serta perkembangan semasa yang berlaku di dalam mahupun di luar negara. Begitu juga dengan pasukan Sarawak for Sarawakian ini. Mereka menggunakan facebook untuk menyatakan propaganda serta slogan untuk menarik minat pelbagai peringkat umur serta kepelbagaian kaum yang ada di sarawak untuk bertindak dalam menuntut keadilan. Justeru, youtube juga digunakan sebagai medium kepada masyarakat yang ingin menyokong kewujudan halaman Sarawak for Sarawakian ini. (https://www.youtube.com/watch?v=-hQP4LGQkMA). Pembaca yang budiman, apakah halaman Sarawak for Sarawakian ini adalah satu platform yang baik untuk bersuara? Apakah impak halaman (page) sebegini terhadap negara dan masyarakat? 

Friday, 17 April 2015

[W6b] Second identity: Saya bukan dia, dia bukan saya!

“Dalam Facebook bukan main, ayat macam gangster, tapi depan-depan skema giler!”

     Pernah tidak di dalam sudut hati timbul ayat-ayat seperti di atas? Berapa ramai kawan SNS anda? 400? 1000? Adakah anda mengenali mereka? Pernah jumpa? Pernah tidak terdetik “Dalam Facebook lain, bila real nampak lain”. Pernah? Maka kali ini Inphiniti tertarik untuk mengupas topik si “KEYBOARD WARRIOR”: Saya bukan dia dan dia bukan saya, jadi siapa dia?

Komen-komen Keyboard Warrior berkaitan ucapan Timbalan Menteri Kewangan mengenai GST dan mahasiswa UITM di Malaysia.

Mohamad Hairul Shari: “Maslan lagi bodoh dari lembu.”
Ahmad Acai: “Bodohh.. kau lupa ke dialog kau kat TV1.. ESOK GST HARGA SEMUA   TURUN.. BODOH.. SO APASAL KAU SKG KATA ELAKKAN GST. KATA GST HRGA MAKIN MURAH..”

     Nyatanya, siapa Mohamad Hairul Shari? Siapa pula Ahmad Acai yang lantang mengeluarkan komen-komen sedemikian rupa terhadap apa yang dikatakan oleh Yb Datuk Haji Ahmad Haji Maslan? Pernah tidak kita terfikir bahawasanya mereka yang lancang ini sebenarnya seorang yang sangat penyayang atau mungkin seorang yang sangat pasif secara realitinya? Pendiam atau mungkin penakut? Jadi mereka inilah yang menggunakan identiti kedua (second identity) yang digelar sebagai KEYBOARD WARRIOR!


Siapa sebenarnya Keyboard Warrior?
Gigi anda rongak? Berkulit hitam? Berjerawat atau mengalami masalah bentuk badan yang tidak memuaskan? Jangan risau, untuk menjadi Keyboard Warrior, rupa paras tidak diambil kira. Jadi, siapa Keyboard Warrior yang sebenar-benarnya?

      Juara papan kekunci atau nama popularnya Keyboard Warrior menurut Syuhada Mohamad dalam berita MyMetro merupakan individu dalam masyarakat yang berani mengeluarkan kenyataan atau komen sendiri yang dirasakan sahih tetapi hanya berani “menyorok” di sebalik skrin komputer.

     Sebenarnya, kehadiran keyboard warrior ini sudah lama wujud namun semakin menggila sejak wujudnya laman media sosial seperti Facebook, Twitter, You Tube dan Instagram. Tertarik dengan artikel “Laman sosial lahirkan keyboard warrior?” yang dikeluarkan dari Berita Kampus, Universiti Sains Malaysia. Artikel ini menjelaskan bahawa kebebasan penggunaan internet telah melahirkan golongan ini. Mereka ini dikatakan pejuang-pejuang masyarakat kerana berani bersuara mewakili masyarakat walaupun sebenarnya kini kebanyakkan mereka hanya suka meluahkan kemarahan dan perasaan tidak berpuas hati. Sampai satu tahap sebahagian mereka ini suka memanipulasi fakta yang ada demi mendapatkan ‘like’ dan perhatian daripada pengguna laman sosial.

Ciri-ciri seorang Keyboard Warrior? Lihat video ini.

                                   Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=FeKSpN4-HI0#t=60

Pahlawankah si Keyboard Warrior?
    Golongan ini bekerja hampir setiap masa. Mereka berusaha mencari topik-topik baru untuk ‘diperjuangkan’. Isu yang diperjuangkan tidak mengambil masa yang lama, setiap hari mereka akan berusaha mencari isu-isu baru yang boleh diparodi atau diviralkan. Contohnya, dari isu Kangkung, Kehilangan MH370, Tertembaknya MH17, Pergaduhan sekumpulan wanita dengan Pemandu Teksi, GST dan yang terbaru isu ucapan Datuk Haji Ahmad Haji Maslan mengenai mahasiswa UITM dan GST.

     Walaupun terdapat kebenaran dalam pendapat-pendapat golongan ini, namun kedatangan Keyboard Warrior ini dilihat sesuatu yang negatif lebih-lebih lagi apabila mereka berhujah mengikut perasaan semata-mata. Sumpah seranah, gelaran buruk, mencarut, kata-kata kesat dan maki hamun menjadi makanan rasmi sebahagian golongan ini. Kehadiran mereka ini telah menarik minat Ooi Kok Hin untuk menulis artikel mengenai The Keyboard Warrior Manifesto yang disiarkan dalam The Malaysian Insider. Menurut beliau terdapat 10 manifesto kepahlawanan juara papan kekunci ini: Artikel penuh di http://www.themalaysianinsider.com/opinion/ooi-kok-hin/article/the-keyboard-warrior-manifesto

1. We refuse to be tainted by rational arguments.
2. We refuse to engage so-called facts which do not align with our position.
3. We refuse to use ideas adopted from the West.
4. We hear only what we want to hear, read only what we want to read, and talk only to people who agree with us.
5. We will argue endlessly with people we don’t know on Facebook on topics we don’t actually care about.
6. We will argue until we win.
7. We feel we are right, therefore we are right.
8. We will always present two sides of the story: our left hand side and our right hand side of the story. When a study conducted by University of Malaya documented proof that private sectors discriminated against the Malays, our left hand said it is because they are lazy and our right hand said they speak poor English.
9. We care about issues as long as they are presented to us in a binary of two choices (good versus evil) or in a way that we can blame the government for it.
10. We are not going to bring any significant change to the society.

Melalui 10 manifesto ini, jadi kita boleh nilai sendiri kepahlawanan Keyboard Warrior ini.
                                                                                                                             
Mangsa si Keyboard Warrior
Walaupun sebenarnya kehadiran mereka ini merupakan satu lapisan masyarakat baru yang cuba mewakili masyarakat untuk mendapatkan perhatian pihak berkuasa, namun jika dinilai kini, mereka ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Berikut merupakan mangsa-mangsa Keyboard Warrior.
  •       Ahli berkepentingan/ ahli politik

Kehidupan sebagai orang yang sangat penting dalam pentadbiran negara bukanlah senang. Kebergantungan kepada internet masa kini memodenkan masyarakat untuk menjadi pengawal sepenuh masa ahli-ahli politik. Maka, apa sahaja yang disampaikan oleh pihak-pihak berkepentingan ini akan menjadi kajian golongan Keyboard Warrior.

Terbaru, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan telah menjadi mangsa dengan pandangan beliau mengenai GST dan mahasiswa di Malaysia. Sebahagian sumber mengatakan, Datuk Ahmad Maslan menyarankan mahasiswa UITM untuk berjimat dengan memasak dan mengelak daripada pembayaran GST. Setelah kata-kata beliau ini diviralkan dan menjadi isu panas Keyboard Warrior, beliau merasa tertekan dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan golongan ini. Lantaran itu, beliau telah membetulkan semula pandangan masyarakat dan mengeluarkan kenyataan beliau bukanlah seorang yang tidak pandai.

                                    
                                                Sumber: http://malaysianreview.com/

  • ·      Selebriti

Begitu juga dengan selebriti atau artis-artis tempatan mahupun artis luar. Oleh kerana Keyboard Warrior ini sifatnya menggunakan identity kedua, jadi kebebasan untuk mengeluarkan sebarang pendapat juga bebas dilakukan. Mereka ini tidak takut untuk menghina mahupun cuba menjadi penghasut sehingga boleh menjadi penyebab utama perosak hubungan orang lain. Antara artis Malaysia yang menjadi mangsa ialah Wak Doyok, Zizan dan Fazura.



                                                Sumber: http://www.astrogempak.com.my/

  • ·      Masyarakat

Oleh kerana Keyboard Warrior yang dahagakan isu-isu baru setiap hari untuk diperjuangkan mereka, masyarakat awam juga tidak ketinggalan menjadi mangsa. Tidak dapat salah sedikit, mereka akan cuba mencari, mengkaji dan menganalisa setiap pelosok gambar mahupun video yang boleh dijadikan topik hangat mereka. Contohnya, kes sekumpulan wanita mengamuk yang ditumbuk oleh seorang pemandu teksi baru-baru ini. Selain itu, pada banjir tahun 2014, sekumpulan Keyboard Warrior diburu kerana memanipulasi berita banjir di Malaysia sehingga menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

                           Video penuh di https://www.youtube.com/watch?v=T-aSoHjYf8Q


                                               Sumber: http://www.hmetro.com.my/

     Kesan daripada keghairahan Keyboard Warrior ini telah mewujudkan satu lagi jenis kumpulan manusia yang membina budayanya yang tersendiri. Malahan, kes bunuh diri seperti kes Amanda Todd juga berpunca daripada golongan ini yang tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah melakukan buli siber. Hal ini dikhuatiri akan menjadi punca utama kepada berlakunya perpecahan kesepaduan kaum di negara kita. Mewujudkan identiti kedua dengan melahirkan Keyboard Warrior bukanlah satu idea yang baik. Jadi, jadilah pahlawan yang dalam erti kata yang sebenar-sebenarnya bukan menjadi pahlawan si Keyboard Warrior yang membaling batu kemudian menyembunyikan tangan mereka.

Berbalik kepada persoalan awal, siapa sebenarnya dia? Dia akan tetap menjadi persoalan kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya disebalik Keyboard Warrior ini. Bagaimana pula pendapat anda? Adakah anda pernah menjadi mangsa si Keyboard Warrior atau andalah yang sebenarnya si Keyboard Warrior? Apakah tindakan yang harus diambil ke atas golongan ini? Anda fikir dan anda jawab.

Monday, 13 April 2015

[W6a] New Media, Second identity?


Since the new technology era arises, having an account on social networking website is popular among the people. However, people might do not use their own identity to create their account on SNS, they can own the SNS identity whatever they want the identity to be, there are no limits on it. Thus, second identity which means that is another identity owned by the same person.



Why second identity?
People do have a different perception and purpose of using SNS. There are people enjoyed themselves and being themselves in SNS. They love to share about their life, communicate with friends, doing the thing that used to be done in SNS. But, there are also people use a second identity on SNS different  purpose. These are a few examples of using their own account on SNS but being as their second identity. 

A Facebook fan page apparently is purposely created by a person, but is not appearing as his or her own identity, it is created for another objective.
A Facebook page created, but do not expose as his or her identity.

The admin showed up to say that he or she is busying with the schoolwork and unable to run this page actively. 


Post from admin.

From the post from admin, the user can guess that this admin is a student, but the demographic of this admin is still unknown.

Besides that, there are user of SNS to create a second identity for their own business, to earn money.


Online business on Facebook


Online business on Instagram



­­­­
There are also user who likes to use YouTube to express their second identity by making videos to attract peoples attention and get fans from it. 


Ryan Higa is one of the YouTuber like to make videos, in his video he likes to play different roles, so which one is the real him? Ryan? Regina? Hanate? Or R-Dizzle?




Skitzo - News Live


Skitzo - Nose Scar

Moreover, there is an online avatar game named Second Life, developed by Linden Lab was launched on June 23. This is a free accessed virtual world open to all. Second Life users can generate a virtual character of themselves, which is called avatar. Users of Second Life are able to discover the world in this game, to build the house or building they like, to shop and buy the virtual object, and they also able to trade and purchase services in this game.The main function of Second Life is that the users are able to interact with other users, in an avatar way. Second Life also owns their virtual money, which is exchangeable with the real world money.



Here is a real life story of Alice Krueger. Krueger is an active user of Second Life and she thinks that Second Life can make her life better. In real life, Krueger is 63 years old and she is in a wheelchair. She has been diagnosed numerous sclerosis and difficult to walk. In the virtual life, she creates an avatar that she calls Gentle Heron. As Gentle Heron, she has no restriction on her physical activities. She can walk, dance, ride horse and even fly. She said that she met friends in the virtual world, they were talking about their lives, sharing their thoughts with the people who has the similar situation with her. She said that she did not want to just sit in her room doing nothing because of her disabilities, the thing she can’t do in the real world, she can do in the virtual world.
Kruegre living her dream in Second Life
read full story here

This phenomena, creating a second identity are being done due to many factors. One of the factors is that Internet is freely accessible by everyone. People want a platform or an opportunity to do the things that cannot do in the real world. For those business owners created SNS account for their business, it is because SNS platforms are free, it is useful for them to run their business online with no financial problem. And for Kruegre, she is living her dream in Second Life instead of real life. 

Criminals on second identity


However, second identity on the internet may be unsafe. It’s usually easy involves cybercrime happened. SNS such as Facebook has become one of the criminal tools to commit crime like rape, murder, kidnap, death threats and fraud by a temporary second identity. 

Here is a kidnap, rape and murder case happened. Peter Chapman, the rapist uses a fake profile on Facebook to commit the crime. He posed as a good looking boy by using a fake profile photo to trap a 17 year old girl, Ashleigh Hall, into his trap. He met Ashleigh up by acting he is the father of the boy which he posed in Facebook. Right after Ashleigh entered his car, he attacked her. Ashleigh’s body was discovered dumped in a farmer’s field.

Read full story here

In 2014, a woman cheated of RM250K by a Facebook lover. This case happened in Malaysia, Kota Kinabalu. A 48-year-old single lady had a love relationship with a foreign friend from Facebook named Henry John. She helps her boyfriend make the payments to cover the procedure fees of transferring the cheque worth US$7.5 million under her boyfriend’s name to finance his project in Malaysia. Unfortunately, she found out this trap after she failed to contact her boyfriend after the payments.



Click here to read the news

No one knows the real identity of the user, people only able to observe, view and watch them through online. SNS have been used by almost everyone in the world, it is beneficial to the people because we are able to connect with our friends and other people from different places or countries. However, there are many criminals are using SNS to commit the crime. SNS has no restriction on the quantity of account, as long as the user register it with their email and put the user name they like. The demographic of the user can be anything, no one knows that is a real or a fake information. Only the users themselves know about it.

Therefore, meeting new people on SNS is not safe. However, this issue has gone beyond the control of a state. Have you experience any issue regarding this article? Or did you create a second identity for your own? What is the purpose of it? In your opinion, how this issue can be reduce or solve?