“Dalam
Facebook bukan main, ayat macam gangster, tapi depan-depan skema giler!”
Pernah
tidak di dalam sudut hati timbul ayat-ayat seperti di atas? Berapa ramai kawan
SNS anda? 400? 1000? Adakah anda mengenali mereka? Pernah jumpa? Pernah tidak
terdetik “Dalam Facebook lain, bila real nampak lain”. Pernah? Maka kali ini
Inphiniti tertarik untuk mengupas topik si “KEYBOARD WARRIOR”: Saya bukan dia
dan dia bukan saya, jadi siapa dia?
Komen-komen Keyboard Warrior berkaitan ucapan Timbalan Menteri Kewangan mengenai GST dan mahasiswa UITM di Malaysia. |
Mohamad Hairul Shari: “Maslan lagi
bodoh dari lembu.”
Ahmad Acai: “Bodohh.. kau lupa ke
dialog kau kat TV1.. ESOK GST HARGA SEMUA
TURUN.. BODOH.. SO APASAL KAU SKG KATA ELAKKAN GST. KATA GST HRGA MAKIN
MURAH..”
Nyatanya,
siapa Mohamad Hairul Shari? Siapa pula Ahmad Acai yang lantang mengeluarkan
komen-komen sedemikian rupa terhadap apa yang dikatakan oleh Yb Datuk Haji Ahmad Haji Maslan? Pernah
tidak kita terfikir bahawasanya mereka yang lancang ini sebenarnya seorang yang
sangat penyayang atau mungkin seorang yang sangat pasif secara realitinya?
Pendiam atau mungkin penakut? Jadi mereka inilah yang menggunakan identiti kedua
(second identity) yang digelar sebagai KEYBOARD
WARRIOR!
Siapa sebenarnya Keyboard Warrior?
Gigi
anda rongak? Berkulit hitam? Berjerawat atau mengalami masalah bentuk badan
yang tidak memuaskan? Jangan risau, untuk menjadi Keyboard Warrior, rupa paras
tidak diambil kira. Jadi, siapa Keyboard Warrior yang sebenar-benarnya?
Juara papan kekunci atau nama popularnya
Keyboard Warrior menurut Syuhada Mohamad dalam berita MyMetro merupakan
individu dalam masyarakat yang berani mengeluarkan kenyataan atau komen sendiri
yang dirasakan sahih tetapi hanya berani “menyorok” di sebalik skrin komputer.
Sebenarnya,
kehadiran keyboard warrior ini sudah lama wujud namun semakin menggila sejak
wujudnya laman media sosial seperti Facebook, Twitter, You Tube dan Instagram. Tertarik dengan
artikel “Laman sosial lahirkan keyboard warrior?” yang dikeluarkan dari Berita
Kampus, Universiti Sains Malaysia. Artikel ini menjelaskan bahawa kebebasan penggunaan
internet telah melahirkan golongan ini. Mereka ini dikatakan pejuang-pejuang
masyarakat kerana berani bersuara mewakili masyarakat walaupun sebenarnya kini
kebanyakkan mereka hanya suka meluahkan kemarahan dan perasaan tidak berpuas
hati. Sampai satu tahap sebahagian mereka ini suka memanipulasi fakta yang ada
demi mendapatkan ‘like’ dan perhatian daripada pengguna laman sosial.
Artikel
penuh di: http://www.beritakampus.usm.my/index.php/utama/rencana-kampus/1574-laman-sosial-lahirkan-keyboard-warrior
Ciri-ciri
seorang Keyboard Warrior? Lihat video ini.
Pahlawankah si Keyboard Warrior?
Golongan
ini bekerja hampir setiap masa. Mereka berusaha mencari topik-topik baru untuk ‘diperjuangkan’.
Isu yang diperjuangkan tidak mengambil masa yang lama, setiap hari mereka akan
berusaha mencari isu-isu baru yang boleh diparodi atau diviralkan. Contohnya,
dari isu Kangkung, Kehilangan MH370, Tertembaknya MH17, Pergaduhan sekumpulan
wanita dengan Pemandu Teksi, GST dan yang terbaru isu ucapan Datuk Haji Ahmad Haji Maslan mengenai mahasiswa UITM dan GST.
Walaupun
terdapat kebenaran dalam pendapat-pendapat golongan ini, namun kedatangan Keyboard Warrior ini dilihat sesuatu yang negatif lebih-lebih lagi apabila
mereka berhujah mengikut perasaan semata-mata. Sumpah seranah, gelaran buruk,
mencarut, kata-kata kesat dan maki hamun menjadi makanan rasmi sebahagian
golongan ini. Kehadiran mereka ini telah menarik minat Ooi Kok Hin untuk menulis
artikel mengenai The Keyboard Warrior Manifesto yang disiarkan dalam The
Malaysian Insider. Menurut beliau terdapat 10 manifesto kepahlawanan juara
papan kekunci ini: Artikel penuh di http://www.themalaysianinsider.com/opinion/ooi-kok-hin/article/the-keyboard-warrior-manifesto
1. We refuse to be tainted by
rational arguments.
2. We refuse to engage so-called
facts which do not align with our position.
3. We refuse to use ideas adopted
from the West.
4. We hear only what we want to
hear, read only what we want to read, and talk only to people who agree with
us.
5. We will argue endlessly with
people we don’t know on Facebook on topics we don’t actually care about.
6. We will argue until we win.
7. We feel we are right, therefore
we are right.
8. We will always present two sides
of the story: our left hand side and our right hand side of the story. When a
study conducted by University of Malaya documented proof that private sectors
discriminated against the Malays, our left hand said it is because they are
lazy and our right hand said they speak poor English.
9. We care about issues as long as
they are presented to us in a binary of two choices (good versus evil) or in a
way that we can blame the government for it.
10. We are not going to bring any
significant change to the society.
Melalui
10 manifesto ini, jadi kita boleh nilai sendiri kepahlawanan Keyboard Warrior
ini.
Mangsa si Keyboard Warrior
Walaupun
sebenarnya kehadiran mereka ini merupakan satu lapisan masyarakat baru yang cuba
mewakili masyarakat untuk mendapatkan perhatian pihak berkuasa, namun jika
dinilai kini, mereka ini lebih banyak membawa keburukan daripada kebaikan.
Berikut merupakan mangsa-mangsa Keyboard
Warrior.
- Ahli berkepentingan/ ahli politik
Kehidupan
sebagai orang yang sangat penting dalam pentadbiran negara bukanlah senang.
Kebergantungan kepada internet masa kini memodenkan masyarakat untuk menjadi
pengawal sepenuh masa ahli-ahli politik. Maka, apa sahaja yang disampaikan oleh
pihak-pihak berkepentingan ini akan menjadi kajian golongan Keyboard Warrior.
Terbaru,
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan telah menjadi mangsa
dengan pandangan beliau mengenai GST dan mahasiswa di Malaysia. Sebahagian
sumber mengatakan, Datuk Ahmad Maslan menyarankan mahasiswa UITM untuk berjimat
dengan memasak dan mengelak daripada pembayaran GST. Setelah kata-kata beliau ini
diviralkan dan menjadi isu panas Keyboard Warrior, beliau merasa tertekan
dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan golongan ini. Lantaran itu, beliau
telah membetulkan semula pandangan masyarakat dan mengeluarkan kenyataan beliau
bukanlah seorang yang tidak pandai.
Sumber:
http://malaysianreview.com/
- · Selebriti
Begitu
juga dengan selebriti atau artis-artis tempatan mahupun artis luar. Oleh kerana
Keyboard Warrior ini sifatnya menggunakan identity kedua, jadi kebebasan untuk
mengeluarkan sebarang pendapat juga bebas dilakukan. Mereka ini tidak takut
untuk menghina mahupun cuba menjadi penghasut sehingga boleh menjadi penyebab
utama perosak hubungan orang lain. Antara artis Malaysia yang menjadi mangsa ialah
Wak Doyok, Zizan dan Fazura.
Sumber: http://www.astrogempak.com.my/
- · Masyarakat
Oleh
kerana Keyboard Warrior yang dahagakan isu-isu baru setiap hari untuk diperjuangkan
mereka, masyarakat awam juga tidak ketinggalan menjadi mangsa. Tidak dapat
salah sedikit, mereka akan cuba mencari, mengkaji dan menganalisa setiap
pelosok gambar mahupun video yang boleh dijadikan topik hangat mereka.
Contohnya, kes sekumpulan wanita mengamuk yang ditumbuk oleh seorang pemandu
teksi baru-baru ini. Selain itu, pada banjir tahun 2014, sekumpulan Keyboard Warrior
diburu kerana memanipulasi berita banjir di Malaysia sehingga menimbulkan
kemarahan rakyat terhadap kerajaan.
Video penuh di https://www.youtube.com/watch?v=T-aSoHjYf8Q
Sumber: http://www.hmetro.com.my/
Kesan
daripada keghairahan Keyboard Warrior ini telah mewujudkan satu lagi jenis
kumpulan manusia yang membina budayanya yang tersendiri. Malahan, kes bunuh
diri seperti kes Amanda Todd juga berpunca daripada golongan ini yang
tanpa mereka sedari sebenarnya mereka telah melakukan buli siber. Hal ini
dikhuatiri akan menjadi punca utama kepada berlakunya perpecahan kesepaduan kaum
di negara kita. Mewujudkan identiti kedua dengan melahirkan Keyboard Warrior
bukanlah satu idea yang baik. Jadi, jadilah pahlawan yang dalam erti kata yang
sebenar-sebenarnya bukan menjadi pahlawan si Keyboard Warrior yang membaling
batu kemudian menyembunyikan tangan mereka.
Berbalik
kepada persoalan awal, siapa sebenarnya dia? Dia akan tetap menjadi persoalan
kerana kita tidak tahu siapa sebenarnya disebalik Keyboard Warrior ini. Bagaimana pula
pendapat anda? Adakah anda pernah menjadi mangsa si Keyboard Warrior atau
andalah yang sebenarnya si Keyboard Warrior? Apakah tindakan yang harus
diambil ke atas golongan ini? Anda fikir dan anda jawab.
Hai Inphiniti,
ReplyDeleteSangat tertarik dengan artikel yang berkaitan keyboard warrior ini. Perkataan keyboard warrior ini bukanlah sesuatu yang asing lagi semenjak adanya laman sosial seperti facebook, twitter dan sebagainya. Seperti yang dikatakan oleh penulis di dalam artikel yang mengatakan bahawa kita menggunakan identiti kedua (second identity) apabila ingin menjadi keyboard warrior. Jadi, agak sukarlah orang lain mengecam siapa kita sebenarnya apabila memberi komen mahupun membidas sesuatu hujah ataupun isu yang berlaku.
Bagi saya, kewujudan serta penularan keyboard warrior ini bukanlah sesuatu yang baik malah memburukan lagi keadaan. Sebagai contoh, laman facebook 'Unimas Confession' adalah tempat dimana ramai dalam kalangan mahasiswa memperdebatkan isu-isu yang tidak masuk akal seperti 'rakan serumah tidur lewat malam', isu 'percintaan' dan sebagainya. Beginikah cara kita mendidik mahasiswa untuk bersuara? Hanya berani bersuara di laman sosial tetapi apabila berhujah di khalayak membisu tanpa kata. Bak kata si penulis ' si keyboard warrior yang membaling batu kemudian menyembunyikan tangan mereka'.
Sebagai konklusinya, tidak semua orang yang menjadi keyboard warrior. Keyboard warrior seringkali dilakukan oleh individu yang cepat melatah, amarah terhadap seseoarang serta dan sebagainya. Bukan senang kita ingin membendung masalah ini daripada terus berleluasa.
Hi Inphiniti, thanks for sharing an interesting article this week. In my point of view, some people become keyboard warriors have their own reason. As a citizen, we need a platform to express our opinion and complain. Therefore, express their thought on the internet is the easiest way. People start to become a keyboard warrior, staring to write and comment anything they want. They dare to do this because they use an online identity, and they comment via verbal communication which is the text form.
ReplyDeleteHowever, there are some keyboard warriors do not use the internet wisely. Some of them like to make fake article and spread it on the internet, especially on Facebook. There is one article that I read through on Facebook, is it a fake news about our PM has divorced with his wife. This author does not realize that his or her action might get caught under Sedition Act. These kind of keyboard warriors are really annoying, they do not think wisely before they write, do not understand the law in our country.
As our lecturer Mr. Jamali said, the internet has gone beyond our control. This phenomenon is hard to control. I believe if the government really want to take action on this case, keyboard warrior, there will be many people get caught under the law.
As a conclusion, to control the keyboard warriors, strict law should be made in controlling the new media. Education also should be started in school, to teach children and teenager how to use the internet and make comment ethically. Citizens should understand the law and the consequences that might be occur if we violate the law.
Keyboard Warrior
ReplyDeleteKewujudan Keyboard Warrior kesan daripada kewujudan identiti kedua memang sudah tidak asing lagi seperti yang dikongsi kan oleh penulis. Ini mampu memberi impak yang negatif kerana akan menyebabkan penularan fitnah, kutuk mengutuk, pergaduhan dan sebagainya di laman sosial. Namun adakah kita sedar akan punca berlakunya gejala Keyboard Warrior ini?
Pada pandangan saya, kebebasan bersuara yang tidak dilaksanakan dengan betul di Malaysia menyebabkan berlakunya keyboard warrior seperti apa yang telah berlaku terhadap Timbalan Kementerian Kewangan Negara mengenai isu GST. Sebenarnya sejumlah besar rakyat tidak menyokong akan pelaksanaan GST dan telak melakukan bantahan melalui perhimpunan jalanan, membawa sepanduk dan sebagainya. Namun kerajaan tidak pernah cuba untuk mendengar suara rakyat. Oleh itu, rakyat menggunakan media sosial untuk cuba menentang pemimpin kerajaan yang menyokong pelaksanaan GST.
Namun, saya memang tidak bersetuju dengan cara sesetengah keyboard warrior yang mengkritik dengan cara yang tidak profesional. Komen “Maslan lagi bodoh dari lembu” terhadap Timbalan Kementerian Kewangan Negara adalah sesuatu kenyataan yang keterlaluan dan tidak melambangkan pemikiran yang matang. Komen haruslah kritikan berdasarkan penjelasan yang terang dan bernas.
Berani kerana benar, takut kerana salah dan bukannya menjadi keyboard warrior.
Terima kasih atas artikel yang dikongsikan oleh Inphiniti mengenai kisah si Keyboard Warrior.
ReplyDeleteDi seluruh dunia hamper semua masyarakat yang menggunakan laman sosial bukan sahaja untuk tujuan ekonomi sosial dan sebagainya, malah laman ini diangap sebagai satu aset peribadi bagi diri mereka. Pemilikan peribadi terhadap laman sosial ini secara realitinya sangat penting untuk menggelakan maklumat kita diceroboh oleh pihak tertentu tetapi kesannya kita tidak dapat mengetahui siapakah pemilik sebenar laman sosial tersebut sekiranya akaun yang digunakan itu adalah fake account.
Rentetan daripada keadaan ini wujudnya golongan yang dikenali sebagai keyboard warrior yang sering memaparkan sesuatu perkara yang lebih kepada perkara negative. Saya bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh saudara William mengenai satu laman sosial yang wujud di UNIMAS sendiri iaitu dikenali sebagai Unimas Confession. Laman ini sangat memberi impak yang negative kepada sesiapa yang menjadi mangsa kepada golongan Keyboard Warrior ini. Berdasarkan satu pengalaman yang telah saya lalui iaitu mengenai satu confession yang ditujukan khas kepada Kelab Kebudayaan Kolej kami yang menyatakan mengenai kelemahan dan mengutuk ahli-ahli dalam kelab tersebut dengan bahasa yang sangat kreatif sehingga jika diberi penilaian bahasa yang digunakan itu sangat berseni. Kesannya disini menyebabkan satu organisasi itu agak goyah dan sedikit krisis yang berlaku kerana kita tidak dapat mengesan siapakah si Keyboard Warrior itu. Kewujudan laman ini merupakan sesuatu yang perlu disekat terutama dalam sesebuah Universiti. Hal ini kerana, sebagai mahasiswa yang berintelek kita harus menyuarakan pendapat atau ketidakpuasan hati melalui saluran yang betul bukan dalam bentuk penghinaan kepada orang lain. Begitu juga isu-isu yang di luar sana yang boleh memusnahkan hidup orang lain dan tidakkan anda berasa perbuatan ini sangat zalim?
Keyboard Warrior ini bukan perkara yang mudah untuk dibendung tetapi sebagai satu jalan penyelesaian kita harus membendung perkara ini dari skop yang kecil terlebih dahulu. Contohnya, dari awal kanak-kanak, pendidikan di sekolah-sekolah serta Universiti sebelum masalah ini lebih menular. Golongan ini juga perlu diambil tindakan di bawah akta yang berkaitan Komunikasi di Malaysia untuk membendung daripada lebih banyak yang suka berselindung dari bersemuka di dunia sebenar.
Hai Inphniti!
ReplyDeleteKeyboard Warrior, namanya sudah menunjukkan kehandalan sebagai pejuang-pejuang zaman kini. Sebenarnya, kewujudan golongan ini membawa impak negatif dan positif di sisi lainnya. Zaman teknologi masa kini melahirkan golongan ini dengan membentuk budaya dan trend terbaru dalam kalangan masyarakat.
Jika dilihat dari aspek negative yang seperti disenaraikan oleh penulis, kehadiran mereka ini lebih banyak membawa kesan negative kerana mereka menjadikan orang lain sebagai mangsa mereka. Pernah satu ketika saya membaca komen-komen yang dilemparkan ke atas peserta-peserta pertandingan lelaki comel oleh Nescafe Malaysia. Apa yang menariknya, gambar-gambar yang disiarkan tidak menunjukkan seperti apa yang dipertandingkan. Jujurnya, lelaki-lelaki yang mengikuti pertandingan tersebut tidaklah secomel yang disangkakan. Kesannya, gambar-gambar tersebut telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada keyboard-keyboard warrior untuk menghina, mengutuk dan lebih banyak mengeluarkan kata-kata kesat berbanding kata-kata yang boleh memberi galakkan kepada peserta. Namun, kebanyakkan daripada mereka yang memberi komen ini menggunakan laman Facebook yang bukan menggunakan nama mereka yang sebenar, contohnya seperti “Chef Bugis” dan “Embun Pagi”. Maka mereka inilah yang layak digelar keyboard warrior yang hanya berani berkata-kata tanpa mahu diketahui identiti mereka yang sebenar. Melalui pembacaan saya terdapat salah seorang yang juga turut memberi komen terhadap gambar tersebut, beliau mengatakan impak daripada kata-kata hina yang dikeluarkan keyboar warrior. Beliau mengatakan, peserta pertandingan tersebut mungin akan tertekan dan tidak dapat menerima kutukan yang diberikan seterusnya boleh membawa ke arah yang lebih teruk seperti membunuh diri kerana kutukan yang dilemparkan. Walaubagaimanapun, keyboard warrior terus berusaha untuk berasa bangga dengan aktiviti harian mereka dengan mengejek semula seperti “Ustaz dan Ustazah tidak diperlukan di sini”. Nah jelas budaya inilah yang semakin menular dan menjadikan Malaysia semakin aman damai secara luaran sahaja.
Namun begitu, terdapat kesan positif hasil daripada perjuangan golongan ini. Kini, pihak atasan mahupun masyarakat Malaysia semakin jelas mementingkan penjagaan imej masing-masing agar tidak menjadi mangsa mereka. Pihak atasan seperti ali-ahli politik semakin pandai menjaga tutur kata dan bersifat kemasyarakatan kerana kata-kata sinis yang diberikan oleh golongan warrior yang di sisi lainnya sebenarnya juga memperjuangkan luahan rasa masyarakat. Jika tidak dengan cara tersebut, tindakan yang mungkin dijalankan akan mengambil masa yang lama dan ada yang tidak diberi tindak balas.
Kesimpulannya, golongan ini mungkin boleh dibendung dengan adanya satu undang-undang untuk menyekat kebebasan yang melampaui batas ini. Walaubagaimanapun, undang-undang tersebut haruslah logik dan tidak mengekang terus trend ini untuk mewujudkan negara yang demokrasi.
A Taiwanese celebrity killed herself a week ago. She was a little more elder than 20 years old, beautiful, ambitious, working hard to achieve her dream. Her death has broken many hearts. In her will, she stated, she was pushed to the cliff by all those comments she read every day in Facebook and other SNS. A Facebook page was created to anti this celebrity.
ReplyDeleteThe celebrity was young. Those comments left impacts, in fact huge impact to her psychology. Her confidence has been damaged. She was depressed, she thought lowly of herself. And she finally has decided to kill herself.
If we were to look deep into the issue, it is a murder case. The celebrity was killed by all those ill-intended keyboard warriors. My suggestion to tackle this problem is to ensure the government to be stricter in cyber law systems. The government should be able to track down those keyboard warriors almost immediately to make sure no one is harmed by their comments.
Keyboard warrior is no more unfamiliar in this technology fast pace world. As we know, some peoples do not really express their ideas in face to face as they had to consider the feeling of the people who they talked to. However, people free to comment or complaint everything in online world as readers cannot detect their real identity. For example, many people dare to scold prime minister and fight against government about GST in online world but they do not really dare to talk in front of the prime minister. Some students critique and scold their teachers in online world but they are very obedient in front of elders. This is due to people create their second identity in online world such as Facebook and Twitter.
ReplyDeleteBesides, some peoples like to write some fake articles and share it in social network site. For example, article such as MH 370 was found or celebrity divorce with his/her wife/husband, celebrity do not respects others and etc. Some people may assume the number of their articles being shared by others as an achievement. They felt proud when there are many people read and share their articles. People who write the fake articles do not really felt guilty because they had no responsibility to their actions as they used second identity in online world.
It is really difficult to eliminate keyboard warrior. However, it can be prevented if every people can control their own actions. People should understand their responsibility of the words used in online world. We cannot control the action of others but we can always prevent ourselves from having those immoral attitude. So, we should start from ourselves to prevent us from becoming one of the contributors to keyboard warriors. Moreover, we can also remind people surrounding to be responsible to every single words and actions presented.
ReplyDeleteSalam..
Berkenaan dengan isu Keyboard warrior ini, wajah dan tubuh di sebalik gambar profile yang digunakan memang sukar untuk dikesan. Malah taraf pendidikan bukanlah dijadikan kayu pengukur untuk melayakkan seseorang untuk berkecimpung dalam dunia Keyboard warrior. Berbalik kepada soalan mengenai pengalaman menjadi mangsa keyboard warrior, secara peribadinya saya kata belum lagi. Atau mungkin pernah dijadikan bahan kutukan, tetapi tidak desedari secara langsung. Hal ini adalah kerana saya merupakan seorang yang jarang meluangkan masa dengan laman-laman sosial. Oleh yang sedemikian, saya tidak terdedah kepada isu-isu sebegini. Malah, boleh dikatakan bahawa saya agak ketinggalan jika ditanya pasal isu-isu semasa.
Berkenaan dengan menjadi seorang keyboard warrior, ia bukanlah satu ‘profesion’ yang baik bagi saya. Menjadikan orang lain sebagai subjek kepada pendapat serta bahan gossip tidak memberi satu sen pun kepada saya. Jadi, tidak ada gunanya untuk saya menjadi seorang keyboard warrior yang menyebarkan isu-isu murahan semata-mata untuk mengaibkan pihak ketiga.
Tindakan? Kerajaan/pihak berwajib mungkin tidak mampu mengesan para keyboard warrior disebabkan oleh kekangan-kekangan seperti kekurangan pakar dalam mengesan golongan tersebut ataupun teknologi kita yang mungkin tidak cukup canggih untuk mengesan lokasi gajet yang digunakan oleh keyboard warrior. Akan tetapi, andai kata pihak berkuasa mampu mengesan dan menahan golongan keyboard warrior ini, yang mana tujuan kewujudannya adalah untuk merosakkan nama orang lain dan menyebarkan berita palsu semata-mata untuk mencipta isu hangat, mereka patut ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Fitnah 1957.
Pada pendapa saya, golongan keyboard warrior harus diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Dengan berkembangnya teknologi dalam penyebaran maklumat dan menyuarakan pendapat, golongan ini telah mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan teknologi sewenang-wenangnya.
ReplyDeleteWalaupun agak sukar untuk mengesan siapa pemilik sebenar akaun-akaun keyboard warrior ini, saya berharap agar pihak berkuasa menubuhkan satu badan khas untuk menyiasat gejala keyboard warrior ini. Hal ini demikian, gejala tidak berhemah ini menimbulkan masalah dalam masa yang sama menyebarkan maklumat yang salah.
Seperti yang dapat kita lihat, jika ada sesuatu isu yang dibangkitkan seperti GST, gossip-gosip artis, dan sebagainya adalah daripada akaun yang tidak mempunyai maklumat pemegang akaun tersebut. Dengan menggunakan identiti lain, golongan ini melontarkan kata-kata yang berbaur fitnah, kesat da, sebagainya tanpa rasa malu. Hal ini perlu diambil tindakan segera sebelum ia menjadi lebih parah.
Hi inphiniti,
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian mengenai Keyboard warrior pada pos kali ini. Pada pendapat saya, Keyboard warrior merupakan sebuah gejala yang mempromosikan sikap tidak bertanggungjawab kepada masyarakat umum. Hal ini demikian kerana, mereka yang digelar keyboard warrior ini tampil lantang bersuara di media sosial dengan menggunakan akaun palsu yang menyebabkan orang ramai tidak mengetahui tentang latar belakangnya. Hal ini menyebabkan mereka lebih berani berkata-kata tanpa mengambil kisah untuk bertanggungjawab terhadap kata-kata yang telah dituturkan olehnya walaupun boleh menimbulkan kesan yang negatif terhadap masyarakat.
Setakat ini, saya belum pernah berhadapan dengan individu-individu palsu yang lantang bersuara ini. Saya berharap agak pembaca di luar sana memahami tentang keburukan keyboard warrior ini dan mengelakkan diri untuk menjadi seperti mereka. Jadilah seorang individu yang bertanggunjawab, berfikiran matang dan terbuka, serta tahu menilai baik dan buruk.