Monday, 6 April 2015

[W5a] Revolusi Media Baru: Kewujudan Wartawan Warga atau Citizen Journalist



Kebangkitan kewartawanan warga telah membawa pelbagai impak kepada perkembangan bidang kewartawanan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Kewartawanan warga berkembang seiring dengan kecanggihan perkembangan teknologi maklumat yang tiada sempadan pada masa kini Kehadiran internet dan penggunaannya yang meluas dalam waktu yang pantas telah mengubah landskap kewartawanan. Internet merupakan ‘kenderaan’ penting untuk wartawan warga. Tanpa Internet dan tanpa orang ramai yang berminat dalam berkongsi pengalaman, kewartawanan warga dalam talian tidak mungkin akan wujud.
Tahap penglibatan rakyat atau pengguna media baru dalam bidang kewartawanan jua semakin meningkat. Kebangkitan wartawan warga adalah untuk memenuhi permintaan masyarakat dan jurang maklumat yang wujud akibat penerbitan media arus perdana yang didakwa gagal membekalkan informasi yang diperlukan oleh masyarakat. Tidak dinafikan wartawan warga mampu menyalurkan informasi dengan cepat melalui penggunaan media baru. Tindakan ini membolehkan masyarakat boleh memperoleh maklumat atau informasi yang disalurkan dengan cepat berbanding maklumat yang diperoleh dari media tradisional.
Kewartawanan warga ialah satu gelaran pengamal kewartawanan yang terdiri daripada kelompok masyarakat yang bertindak melaporkan apa-apa kejadian kepada kelompok masyarakat yang lain namun tidak terikat dengan pihak media. Berita yang diperoleh  akan disampaikan secara terus kepada masyarakat melalui perantaraan media baru sama ada blog, Facebook, Twitter, Instagram, Wechat, Wassap, Youtube dan sebagainya.
Pengguna media baru yang juga berfungsi sebagai wartawan warga telah memuatkan gambar atau video hasil rakaman penduduk tempatan terhadap tembakan terhadap pesawat MH17  pada 17 Julai 2014. Melalui wartawan warga ini, orang yang tidak berada di tempat kejadian tersebut berpeluang untuk menyaksikan situasi sebenar yang dimuat naik ke media sosial. 

tekan untuk menonton video mengenai MH17
 
Begitu juga dengan perlawanan bola sepak yang tidak disiarkan secara langsung di kaca TV. Orang ramai yang menyaksikan secara langsung perlawanan di stadium boleh la melaporkan perkembangan semasa melalui media sosial. Bukan itu sahaja, bahkan setiap pasukan bola sepak negeri sudah ada admin pada fan club masing-masing yang akan melaporkan apa-apa sahaja melalui media sosial. Ini memudahkan orang ramai yang tidak berkesempatan untuk pergi ke stadium untuk mengetahui perkembangan semasa perlawanan tersebut. Contohnya Sarawak FC mempunyai fan club yang sering melaporkan berita dan perkembangan terkini di media sosial seperti Shoot Sampei Bisak Net Tiang Gol Ya, Sarawak Football Team, Sarawak Football Fan Club

informasi mengenai bola sepak dimuat naik dengan kadar segera
   
Dalam bersih 2.0, wartawan arus perdana bertidak melaporkan berita pada sebelah pihak sahaja iaitu pihak kerajaan. Dapat dilihat bahawa media arus perdana adalah berat sebelah dan memutarbelitkan perhimpunan tersebut melalui pelbagai sudut. Bukan itu sahaja, media arus perdana sentiasa melaporkan keburukan sahaja perhimpunan tersebut melalui Tv mahupun akhbar dan tidak pernah memberi peluang mereka untuk bersuara. Mereka menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh aktivis sahaja namun tidak menunjukkan keganasan yang dilakukan oleh pihak polis. Namun kewujudan kewartawanan warga telah mengubah persepsi masyarakat terhadap perhimpunan bersih 2.0. Wartawan warga pula melaporkan berita yang tidak disiarkan oleh media arus perdana. Ini menunjukkan kepentingan kewujudan wartawan warga dalam negara kita supaya masyarakat boleh melihat berita dari perspektif yang berbeza. 


tekan untuk menonton video  mengenai Bersih 2.0 daripada perspektif masyarakat.


Faktor Kewujudan Kewartawanan Warga di Malaysia
Kejadian yang berlaku kepada mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998, yang disingkirkan dari jawatannya dan diheret ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan sodomi, dan kemudian dipenjarakan telah menjadi punca kemunculan gerakan Reformasi di Malaysia. Abu Hassan menyatakan tidak ada satu pun media tradisional di Malaysia seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, New Strait Times, The Star, RTM dan TV3 yang menyiarkan informasi yang sedikit berpihak kepada Anwar. Ini menyebabkan munculnya generasi baru para jurnalis bebas dengan idealisme kewartawanan baru atau kewartawanan tanpa sempadan dan organisasi. Mereka cuba meluahkan akal rasa dan akal fikir mereka khususnya dalam memperjuangkan keadilan buat Anwar Ibrahim, dan blog menjadi medium terpenting sebagai sumber informasi alternatif mendukung gerakan-gerakan pembebasan Anwar Ibrahim, Reformasi Malaysia, Hak Kebebasan Media dan sebagainya
Kerajaan juga merupakan pihak utama yang menyebabkan wujudnya wartawan warga atas talian. Kerajaan telah mengawal sepenuhnya media tradisional dan menetapkan pelbagai akta dan polisi yang terlalu mengongkong pengamal media tradisional daripada melaporkan apa yang sebenarnya berlaku. Bukan sahaja televisyen, malah surat khabar juga dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan. Ini menunjukkan kebebasan bersuara di Malaysia semakin berkurangan. Oleh itu, melalui media sosial masyarakat bebas meluahkan suara mereka. Kewartawanan warga akan menyampaikan apa yang difikirkan dari rakyat kepada rakyat. Jika masyarakat gagal mendapat maklumat dalam media tradisional, maka mereka boleh mendapatkannya dari media alternatif dan turut sama menyumbang apa yang mereka lihat dan dengar. Media alternatif dan wartawan warga memikul tanggung jawab yang berat untuk menyampaikan mesej dan berita kepada pembaca yang memberikan kepercayaan kepada mereka.
Kredibiliti Kewartawanan Warga?
Cabaran yang paling besar wartawan warga adalah sama ada dapat mengenal pasti maklumat yang dikemukakan dengan cara yang objektif dan tidak berat sebelah. Maklumat yang disampaikan hendaklah betul, tidak berat sebelah dan tidak untuk kepentingan peribadi.
Persoalannya, bagaimana anda melihat sumbangan wartawan warga? Kebaikan atau keburukan?
Adakah anda pernah menjadi sebahagian daripada wartawan warga?

10 comments:

  1. I have never been a citizen journalist even though I know how it works, because I have seen what sort of negative impact it can brought to the people if this job is not carried out carefully.

    My friends paid for their meals after eating in a restaurant. However, they received calls from their family members, saying that their photo were posted online accusing them for not paying. Apparently, a staff in the restaurant used her handphone camera to snap their photo through CCTV replay and posted it online. My friends called the restaurant quickly to figure things out. It happened that the staff mistook them as the other customers. In short period of time, my friends gained a lot of hatred. A lot of people shared the post, and criticized them badly. Their reputations were gone because of a mistake from a 'citizen journalist'.

    The idea of having citizen journalism is ideal: the peoples get to have more say in deciding the policy; the peoples' voice is heard; no one-sided story and many more other advantages. However, we must bear in mind that, all these advantages only exist when the citizen journalists themselves are professional! We criticised on mainstream media due to its favoritism and bias. But, can citizen journalists be perfectly fair and right? I doubt so.

    What I observe from this issue is that we need a platform to voice out, and we also need to listen to more sides of a story. The root problem which obstructs us from achieving this is the mindset of the people, the government and the system. We should work hard correcting our mindsets, make everyone a media literate, then perhaps we can achieve more as a country.

    ReplyDelete
  2. Hai Inphiniti,

    Kewujudan wartawan warga setelah berkembangnya teknologi masa kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Penggunaan teknologi canggih masa kini menyadi penyumbang kepada peningkatan jumlah wartawan warga. Adakah kemunculan golongan ini memberi impak yang positif dalam bidang kewartawanan? Jika kita lihat di laman sosial seperti twitter, facebook, blog dan sebagainya, terlalu banyak maklumat dan informasi dihebahkan oleh golongan ini yang kita tidak tahu keabsahannya. Tidak cukup dengan itu, penyebaran fitnah, berita palsu dan tidak ketinggalan kritikan terhadap sesuatu perkara adalah rutin wartawan warga ini.

    Sebagai contoh, kita digemparkan dengan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MH 370) pada 08 Mac 2014 yang lalu. Pelbagai spekulasi yang dikeluarkan oleh ramai pihak mengenai misteri kehilangan pesawat termasuk wartawan warga. Justeru, dalam satu blog yang bertajuk 'Saat pesawat MH 370 menghilang, Pengawas Udara tertidur?' adalah satu contoh berita yang ditulis oleh wartawan warga. Bagi saya, berita ini sangat tidak relevan disebabkan tiada autoriti yang menyokong ataupun ditemubual bagi memastikan berita itu sahih atau tidak. Dari konteks masyarakat pula, kita lebih cenderung untuk bersikap menunding jari kepada pihak tertentu apabila membaca berita ini tanpa mengetahui usul yang sebenarnya. ia menyebabkan ramai pihak keliru mengenai apa yang berlaku.

    Dari aspek penulisan berita pula, saya sangat menyokong pendapat penulis bahawa berita yang ditulis oleh wartawan warga adalah tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja. Sebagai masyarakat, kita menginginkan perubahan dan penambahbaikan daripada kerajaan yang memerintah. Jadi, tiada halangan untuk kita bersuara tetapi harus tepat dengan nilai serta norma masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Salam inphiniti..

    Pada pandangan saya, wartawan warga memberi impak yang positif dan negatif. Namun, sebagai golongan yang menyampaikan berita dan berkongsi maklumat dengan individu lain dalam masyarakat, wartawan warga seharusnya peka dengan kod etika kewartawanan di negara ini, agar penulisan mereka tidak menimbulkan kesusahan dan kerosakan kepada rakyat Malaysia.

    Antara etika yang perlu mereka fahami ialah hanya menyiarkan berita yang benar dan sahih sumbernya serta melaporkan berita yang adil untuk semua pihak dan bukanya menulis untuk kepentingan satu-satu pihak. Kedua-dua etika ini adalah penting untuk membolehkan wartawan warga mendapat tempat dalam kalangan pembaca Malaysia. Penulisan tanpa fakta dan berat sebelah akan menyebabkan wartawan warga yang mula bertapak di negara ini mengalami krisis ketidakbolehpercayaan dan dilabelkan sebagai sumber berita yang tidak sahih.

    Kesimpulannya, jika etika kewartawanan ini tidak diikuti oleh pengamal media di alam siber, kemungkinan besar akan berlaku campur tangan dari pihak kerajaan, yang akan menggunakan senjata ‘undang-undang’ untuk mengawal perkembangan kewartawanan warga di Malaysia. Situasi ini adalah tidak digalakkan dan akan menyebabkan alam siber di Malaysia menjadi hambar.

    ReplyDelete
  4. Hi Inphiniti!

    Tahniah kerana telah berjaya mengolah artikel yang sangat berinformasi. Jika ditanya pernahkah saya menjadi wartawan warga, setakat ini saya hanya menggunakan media sosial sebagai tempat luahan perasaan dan sebagai motivasi sahaja. Berdasarkan apa yang ditulis oleh penulis topik ini, nampaknya penulis lebih memihak kepada kebaikan wujudnya wartawan warga di Malaysia. Saya bersetuju dengan penulis bahawa media arus perdana yang sibuk menutup keseluruhan cerita menjadikan wartawan warga juga wajib ada untuk membuka cerita dari aspek yang berbeza.

    Namun begitu, kerelevanan kewujudan wartawan warga ini tidak sesuai digunakan di Malaysia. Ya, mungkin wajar hadirnya mereka namun sebenarnya haruslah dipantau dan diberikan satu akta dan undang-undang khas kepada mereka ini. Kenapa? Jawapannya sangat mudah kerana kita hidup di Malaysia, penduduk berbilang kaum dan walaubagaimanapun keamanan yang kita idam-idamkan, kita sangat bergantung dengan perpaduan dalam kalangan masyarakat! Impaknya wartawan warga ini juga menjadi faktor kewujudan rasa streotaip dan bias dalam kalangan masyarakat yang mana mungkin boleh menjadi ekstrimis lalu membawa kepadaperpecahan kaum. Kita seharusnya tahu kesannya pada masa akan datang. Salah satu penyebab utama adalah kerana wartawan warga ini tidak mendapat pendidikan penulisan, etika kewartawanan sepertimana wartawan di kebanyakan surat khabar bercetak. Sesiapa sahaja boleh menjadi wartawan. Nah, pelbagai jenis berita boleh disisarkan walaupun tanpa diketahui kesahihan berita tersebut. Kesannya, kehadiran berita dalam blog, media sosial dan laman web yang dikatakan merupakan suara rakyat sebenarnya sama sahaja ibarat berita media arus perdana. Jika media arus perdana memihak pihak berkepentingan sahaja tidak dapat kita nafikan wartawan warga media sosial pula memihak pihak mereka sahaja. Siapa? Pihak mereka. Mangsanya? Para pembaca atau masyarakat yang hanya tahu membaca sahaja tanpa tahu menilai dan memahaminya.

    Mari kita rungkai peristiwa demonstrasi Bersih 2.0 seperti diceritakan oleh penulis. Peristiwa 9 Julai 2011 ini merupakan antara peristiwa buruk yang berlaku di Malaysia. Penulis mengatakan wartawan warga telah banyak menyebarkan cerita sebenar memandangkan wartawan warga ini berada di tempat kejadian. Jika wartawan warga banyak menceritakan kekejaman pihak berkuasa PDRM manakala wartawan media arus perdana pula banyak menceritakan keganasan oleh peserta yang terlibat dalam demonstrasi ini. Namun, apa yang harus kita ketahui di sini ialah Perhimpunan Bersih 2.0 ini adalah perhimpunan HARAM. Maka penulis dan masyarakat harus tahu menilai sejauh mana kewajaran pihak berkuasa dalam membendung atau dikatakan bertindak ‘ganas’ pada masa tersebut. Maka fikirkan pula sejauh mana terdidiknya sebilangan wartawan warga untuk menjadi pendidik masyarakat?

    Kesimpulannya, harus ada satu sistem yang benar-benar telus bagi mewujudkan bidang kewartawanan di negara ini yang boleh menjadi tulang belakang negara dan masyarakat. Jika ibu ketam bisa berjalan lurus mana mungkin anak ketam berjalan ke tepi.

    ReplyDelete
  5. Hi Inphiniti, I used social media, but I never become a citizen journalist. Being a citizen journalist is less credible for me. I do not trust the source from social media, unless it attach with a link from online news portals.

    As example, the MH370 and MH17 incidents happened last year. There are many citizen journalists trying to write online news. Especially after the incidents happened, there are many rumours talking about the factor of the incidents. Some of the citizen journalists like to come out with their own “theories” in writing an article or news. Theories like the Bermuda Triangle, aliens, the plane was found and whatever rumours regarding this incident. This could make people confused about it.

    I don’t think citizen journalists able to produce a good or a credible news or information. However, the information that provided by citizen journalists is fast in speed. Our new technology has been used by those citizens journalists in uploading their information, photos or news. There are some of the information given by citizen journalist is less credible, however some of the information are useful. As example if there is a car accident happened at Jalan Song, Kuching, there are some citizens updated it on the social networking website. For those people or drivers that read the about this, they can avoid the jam in this road, to take another road to their destination.

    In conclusion, the information or news provided by citizen journalists only can become as references for us. For those readers who want a more credible information or news, they should go to read the traditional form of new media such as newspaper, radio or television.

    ReplyDelete
  6. Hello inphiniti,

    Wartawan warga sebenarnya mempunyai impak yang positif kepada mereka yang mencari kebenaran kerana berita-berita yang disiarkan adalah bersifat asli atau tanpa suntingan. Kewujudan wartawan warga juga telah menghapuskan sistem organisasi yang lama kerana berita yang diperolehi boleh diedarkan secara langsung tanpa meminta kebenaran atau tapisan daripada mana-mana pihak.

    Setiap yang baik pasti ada buruknya. Antara kelemahan wartawan warga ini ialah mereka tidak mempunyai latihan kewartawanan yang sepatutnya. Hal ini menyebabkan mereka sering dikaitkan dengan isu masalah kredibiliti. Kekurangan latihan ini juga menyebabkan mereka tidak mempunyai etika kewartawanan. Hal ini boleh menyebabkan mereka tidak mengetahui cara untuk menangani situasi-situasi tertentu yang memerlukan etika ketika bekerja sebagai seorang wartawan yang bertauliah. Sebagai contoh, seorang wartawan seharusnya mengetahui berita-berita yang tidak patut untuk disiarkan untuk mengelakkan tersebarnya informasi yang menyentuh sensitiviti mengenai sesuatu perkara.

    Selain itu, menurut temuramah yang dikendalikan oleh NewsMeBack,kebiasaannya wartawan warga merakam dan menyebarkan berita kepada masyarakat umum tanpa membuat usul periksa terhadap fakta-fakta yang boleh diperolehi melalui pelbagai cara.

    Tidak dinafikan saya sendiri pernah menjadi seorang wartawan warga. Hal ini berlaku sebelum saya menjejakkan kaki ke Universiti pada tahun 2012. Saya gemar menghadiri perlawanan bola sepak yang terletak ratusan kilometer dari rumah saya. Oleh kerana terlalu teruja, saya turut mengemaskini keputusan perlawanan setiap beberapa minit kerana ini berkongsi perasaan ini bersama kawan-kawan lain yang tidak dapat menghadirkan diri ke stadium pada masa itu. Walaubagaimanapun saya bersyukur kerana saya hanya melaporkan berita sukan dan bukannya berita-berita serius kerana saya berpendapat bahawa laporan mengenai hal-hal yang berat ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar.

    ReplyDelete
  7. Hai inphiniti..
    Untuk menjadi salah seorang daripada wartawan warga sememangnya mudah. Hal ini adalah kerana dengan adanya kemudahan internet, segalanya boleh tersebar dengan pantas. Berbicara mengenai kebaikan ataupun keburukan, semua perkara adalah sama. Media arus perdana sendiri tidak mampu mengekalkan kredibilitinya dalam menyampaikan berita. Dalam erti kata lain, perkataan bias sudah memadai untuk membuktikan bahawa media arus perdana melanggar salah satu daripada dimensi kredibiliti iaitu unbias (berita haruslah tidak memihak kepada sebelah pihak sahaja). Akan tetapi, perkara sebegini adalah berpunca daripada pengaruh politik. Untuk mengukuhkan kedudukan yang dimiliki, pemilik media sudah semestinya akan manggunakan kuasanya untuk memgawal berita ataupun informasi yang perlu disebarkan kepada rakyat. Malah, proses pembikaian ataupun framing turut berlaku. Hal sebegini sudah semestinya akan menggugat reputasi ataupun kedudukan pihak lawan. Bagi saya, kemunculan wartawan warga merupakan salah satu inisiatif yang penting agar berita yang diterima tidak hanya berpihak kepada sesetengah kuasa/parti/kumpulan sahaja. Malah, melalui wartawan warga, perkara yang “disorok” mampu didedahkan kebenarannya kepada masyarakat. Selain itu juga, berita mengenai sesuatu perkara dapat tersebar dengan pantas.
    Namun begitu, keburukan sesuatu berita yang disampaikan oleh wartawan warga dapat dilihat jika berita yang disampaikan rekaan semata-mata dan tidak sahih. Sesuatu berita haruslah melalui proses verifikasi agar berita yang disampaikan tidak memberi kesan buruk terhadap pihak-pihak lain yang berkaitan. Dengan cara ini juga, nilai kredibiliti berita yang disampaikan oleh wartawan warga dapat dibuktikan kualitinya dan tahap kepercayaan masyarakat turut akan meningkat.
    Setakat ini, belum terlintas lagi di fikiran untuk menjadi wartawan warga. Hal ini adalah kerana kesilapan berita yang disebar akan memberi impak buruk kepada orang lain. Dengan erti kata lain, saya mengambil langkah yang selamat iaitu mengelakkan diri daripada menyebarkan berita yang tidak sahih akan kebenarannya.

    ReplyDelete
  8. Tanyalah diri sendiri sama ada kewartawanan warga boleh diaplikasikan di negara kita mahupun tidak. Dari aplikasi mudah alih syarikat-syarikat media tradisional ternyata bahawa semua orang yang menyokong platform perkongsian mediadi samping itu, wartawan warganegara mempunyai "peluang untuk membentangkan perspektif yang unik selain hanya mengikut media arus perdana

    Selain itu, kewartawanan warga juga memberi kesan negatif terhadap sesuatu berita. Terlalu banyak “pemikiran” boleh menyebabkan sesuatu maklumat bercanggah. Setiap sudut berita mempunyai cirri yang berlainan kerana pemikiran wartawan-wartawan warga juga berbeza. Malah, wartawan warga tidak mempunyai skil yang terlatih yang boleh menyebabkan tidak professionalnya sesuatu berita.

    Oleh itu, wartawan warga tidak seharusnya digalakkan di negara kita kerana sesetengah masyarakat masih tidak rasional malah mengikut emosi dalam menyampaikan maklumat. Bahan yang diperoleh wartawan warga perlu ditapis agar kesahihan berita tersebut dapat dibuktikan.

    ReplyDelete
  9. I think citizen journalist is much more effective than our expectation. I would like to share my sister's experience about citizen journalist.

    One day, when my sister on the way to her working place, she saw a naked baby at the playground. Then, she parked her car by the roadside and walked toward the baby. Unfortunately, the baby is dead. My sister immediately called the police and it is one of the cases of baby dumping which happened in Johor Bahru. My sister felt sad and mad because of the irresponsible parents who willing to throw their baby by the roadside. So, she capture the photo of the baby and post it to her Facebook. After that, many people comment on it and voice out for the baby.

    Citizen journalists help to update the latest news. It also help to bring the news to the people who are less concerned printed or online news. For example, some peoples less likely to read online news or printed news but they are active on social network site like Facebook. So, when people post some latest news on Facebook like the baby dumping, they will pay attention to it and respond to it. Sometimes, the news post on SNS are being comment and shared more effective than the printed news. It is good when the news are being reported honestly by the citizen journalist to bring the society's concern to certain issues.

    Undeniably, there are certain citizen journalists who like to create news instead of report news. For example, some peoples like to create issues and report it for political purposes. However, people still believe on their words and shared their news. Although citizen journalist is good for people to voice out, sometimes, it is still difficult for people to differentiate the news reported by citizen journalists either the news is true or fake. So, there are pros and cons of citizen journalists.

    ReplyDelete
  10. Hai Inphiniti
    Wartawan warga sememangnya wujud akibat kawalan yang sangat ketat ke atas media-media tradisional. Namun kewujudan wartawan warga ini mampu memberi dua kesan yang boleh kita rasai iaitu positif dan negati.
    Dari aspek positif kewujudan wartawan warga ini mampu mencabar sesebuah pemerintahan dan ini menyebabkan pihak tertentu mengetahui kekurangan mereka serta melakukan sesuatu perbaharuan ke arah yang lebih baik. Selain itu juga, wartawan warga ini juga boleh membuka mata masyarakat terhadap dunia realiti dimana berita yang tidak dapat disiarkan media-media yang telah ditapis terlebih dahulutelah dibangkitkan oleh golongan ini.
    Dari aspek negatifnya wartawan warga ini mampu mereka cerita yang menyebabkan seseorang atau sesuatu organisasi itu musnah seperti mengeluarkan video mengenai sesuatu isu yang boleh membangkitkan sentimen perkauman dalam sesebuah negara.
    Oleh itu, terdapat kebaikannya sekatan dikenakan terhadap wartawan warga ini agar tidak terlalu sesuka hati menyiarkan perkara yang tidak sepatutnya disiarkan.

    ReplyDelete